Kita juga harus berhati-hati sekiranya menemui benda pelik seperti telur busuk, selipar sebelah dan najis manusia di hadapan rumah kerana itu adalah salah satu cara untuk menghantar ilmu pukau ke rumah bagi tujuan jenayah.
Pukau boleh berlaku dalam tempoh sekitar 5 hingga 10 saat. Bagi wanita, anak gadis atau remaja, lazimnya mereka terjebak dengan pukau yang membabitkan perasaan cinta. Sebab itulah kita sering dengar, ada orang yang sanggup mengikut lari lelaki yang baru dikenali termasuklah warga asing kerana apabila terkena pukau, individu itu akan berasa terlalu sayang kepada orang yang mengenakan sihir ke atasnya.
Tanda-Tanda Dipukau
Tanda-tanda mereka yang terkena pukau ialah nampak sesuatu yang sebaliknya misalnya, hodoh bertukar cantik.
Selain itu, jantung berdebar-debar, terima panggilan senyap, sakit di belakang badan dan sakit kepala khususnya menjelang waktu Maghrib juga merupakan tanda seseorang terkena ilmu pukau.
Mereka yang terkena ilmu pukau ini biasanya tidak akan sedar melainkan selepas ditegur oleh orang sekeliling seperti ahli keluarga terdekat yang nampak perubahan diri mereka.
Terdapat kes yang membabitkan seorang lelaki yang terkena ilmu pukau ketika dia mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Selepas terkena ilmu tersebut, lelaki itu mengalami kemurungan selama tiga tahun
.
Tips Wajib Tahu Cara Atasi Ilmu Pukau Cara untuk pelindung diri
Ads
Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pukau, kita supaya menjauhkan diri daripada orang tidak dikenali yang secara tiba-tiba ingin rapat, di samping jangan mudah percaya kepada seseorang.
Jika pengamal ilmu sihir boleh melakukan latihan untuk mendapatkan ilmu yang dikehendaki, Kita juga perlu melatih diri kita dengan mengamalkan panduan yang boleh mengelakkan diri dari terkena ilmu berkenaan. Jika mendengar salam yang diberi oleh orang yang tidak dikenali, jangan dijawab dahulu dan jangan terus bertentang mata mereka.
Antara kaedah yang boleh diamalkan;
[1]. Berwuduk
Cara paling mudah seseorang itu mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ialah dengan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk supaya jin dan syaitan tidak dapat menguasai diri kita.
Ads
Latihan seperti itu perlu diamalkan supaya niat jahat seseorang itu tidak berjaya kerana hanya wuduk mampu mematahkan semua niat jahat ingin diperlakukan kepada kita. Lagi cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ini iaitu dengan mengamalkan ayat suci al-Quran dan zikir sebagai benteng untuk diri.
[2]. Berdoa
Setiap kali keluar rumah jangan lupa baca doa yang sewajarnya dan sentiasa menjaga solat sebagai perisai mukmin.
3]. Ayat Kursi
Antara Beberapa khasiat Ayat Al-Kursi :
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
Fadhilat Surah Al-Muawwizat
Keistimewaan dan khasiatnya mengamalkan ‘Surah Al-Muawwizat’ adalah;
– Pelindung / pendinding diri.
– Penyembuh segala penyakit zahir dan batin.
– Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna.
– Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan.
– Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu.
Untuk ‘pendinding diri’.
Amalkan membaca beberapa ayat suci al-Quran seperti surah Hud (ayat 57) setiap kali selepas solat fardu, surah Yassin (ayat 9), surah as-Soffat (ayat 6) dan surah Yunus (ayat 81 dan 83) – istune
Sumber: Islam Itu Indah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap majlis perkahwinan akan menjadi lebih berseri dengan adanya pemberian barang hantaran. Bagi bakal pengantin, pastikan anda jangan ambil mudah dengan jumlah dan senarai barang hantaran yang ingin anda sediakan. Berbincanglah terlebih dahulu dengan pasangan dan keluarga tentang pemberian barang hantaran ini agar tidak timbul masalah di kemudian hari.
Malah jangan sesekali anda berhasrat untuk membuat kejutan kepada pasangan, bimbang nanti anda pula yang terkejut! Bukan itu sahaja risau juga jika hantaran yang anda sediakan sama dengan warna hantaran yang pasangan sediakan, ataupun jumlah hantaran lelaki jauh lebih banyak daripada hantaran perempuan! Dari sinilah tetamu boleh menilai kemuafakatan dan kata sepakat bakal pengantin.
SENARAI BARANG HANTARAN YANG RINGKAS
Kalau ikutkan adat, bilangan dulang hantaran adalah ganjil. Dan pihak perempuan pada kebiasaannya akan menghadiahkan lebih dua dulang berbanding hantaran pihak lelaki.
Wang mas kahwin dan/atau hantaran
Barang kemas, boleh jadi cincin, rantai, gelang. Apa sahaja yang boleh disarungkan oleh suami ke atas isteri
Senaskhah Al-Quran, telekung atau sejadah
Sepasang set persalinan sama ada sudah lengkap atau kain pasang
Buah-buahan
Coklat atau manisan
Tepak sirih
TIP PENTING:
Elakkan daripada membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar kerana ia menyukarkan untuk menggubahnya, apatah lagi kebanyakan dulang hantaran bersaiz sederhana dan kecil. Sebaiknya, pilihlah saiz beg tangan yang sederhana atau kecil.
CONTOH HANTARAN PIHAK PEREMPUAN KEPADA PIHAK LELAKI
Sirih junjung
Kemeja/seluar
Beg duit/tali pinggang
Al-Quran biasa/digital
Sejadah
Jam tangan
Set minyak wangi/barangan peribadi contoh barangan mandi
Kasut
Buah-buahan
Kek/kek cawan
Coklat
Gajet contohnya telefon bimbit, iPad
TIP PENTING:
Anda boleh menggabungkan antara satu hingga tiga warna barang hantaran dan tema warna hantaran. Jangan terlalu banyak warna ye, bimbang nampak berkecamuk dulang hantaran anda.
CONTOH HANTARAN PIHAK LELAKI KEPADA PIHAK PEREMPUAN
Mas kahwin/duit hantaran
Cincin/gelang/rantai/barangan kemas
Tepak sirih
Al-Quran biasa/digital
Sejadah
Potpourri/bunga rampai
Jam tangan
Kasut
Telekung
Beg tangan
Set Wangian/barang mekap
Buah-buahan
Kek/kek cawan/coklat
TIP PENTING:
Sekiranya anda bercadang untuk memberi buah-buahan sebagai salah satu dulang hantaran, pilihlah jenis dan warna buah-buahan yang sesuai dengan tema warna hantaran anda. Memadai jika anda memilih satu hingga tiga jenis buah saja. Jumlah buah-buahan biarlah tidak terlalu banyak bagi mengelakkan dulang hantaran menjadi terlalu berat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zihar ialah perbuatan seorang suami menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya.
Perempuan yang diharamkan berkahwin tersebut hendaklah yang diharamkan berkahwin buat selama-lamanya seperti ibu dan anak perempuan. Biasa terjadi menerusi percakapan, tidak dikira yang terlintas di dalam hati.
Syarat zihar ada 6, iaitu:
i. Suami mestilah seorang yang Muslim dan sudah baligh (mukalaf).
ii. Hubungan suami-isteri di antara mereka hendaklah masih sah.
iii. Gaya bahasa (sighah) lafaz yang digunakan oleh suami memang bermaksud untuk menziharkan isteri.
iv. Perumpamaan yang dikenakan oleh suami kepada isteri secara keseluruhan dirinya atau sebahagian sahaja.
v. Persamaan yang disebut di antara isterinya dengan mana-mana perempuan lain yang haram baginya nikah sama ada sementara atau selama-lamanya.
vi. Persamaan yang disebut membawa makna haramnya hubungan suami-isteri di antara mereka.
Apabila telah berlaku zihar, maka suami diharamkam bersetubuh dengan isterinya kecuali setelah membayar kifarat (denda).
Terdapat tiga jenis kifarat zihar mengikut keutamaan iaitu:
1. Membebaskan (memerdekakan ) seorang hamba Muslim.
2. Berpuasa dua bulan berturut-turut.
3. Memberi makan enam puluh orang miskin dengan secupak beras setiap seorang atau dinilaikan harga makanan tersebut.
Anda mungkin suka Klik ‘Faktor Asas Dalam Perkahwinan’
Sumber gambar: Wiki How
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Patutnya makin lama kahwin, makin masak dengan perangai pasangan tapi terbalik. Makin lama kahwin makin banyak pula rungutannya! Itu tanda kurang rasa syukur dalam hati.
Baik lelaki atau wanita, semua orang ada kelemahan. Jika di pandang kelemahan itu dengan hati tak bersyukur maka yang keluar dari mulut hanya kritikan dan rungutan. Jika hati dapat bersyukur maka yang keluar hanya kata-kata semangat dan dorongan. Mungkin ini 5 Cara tanamkan hati yang mudah bersyukur dalam rumahtangga.
1. Setiap pagi bersyukur dahulu sebelum merungut
Bersyukur kerana masih mempunyai pasangan hidup. Bersyukur kerana anak-anak masih sihat. Bersyukur kerana masih dapat luangkan masa dengan anak bini. Bersyukur kerana masih ada rumah, kerja, makan dan sihat.
Bila hati boleh bersyukur, buruk macam mana pun mata melihat sesuatu perkara tu mulut tak mudah merungut. Ini kerana hati masih boleh nampak hikmah di sebalik. Jernihkan hati dengan kesyukuran maka mata pun jadi jernih nampak segala kebaikan pasangan.
2. Amati betul-betul muka pasangan dan anak
Setiap hari ambil masa sekurangnya 15 minit untuk amati muka muka orang di kasihi. Dari muka mereka kita boleh belajar bersyukur dan lebih menghargai.
Isteri yang dulu berkulit halus dan gebu sekarang kasar dan tegang gara-gara membuat kerja rumah setiap hari. Bersyukur la kerana isteri tak pernah merungut. Anak yang gembira bermain walaupun dengan mainan kedai 2 ringgit. Bersyukurlah kerana ada anak hanya nak mainan dari kedai “toy r us” sahaja.
3. Fikir 3 cara untuk bahagiakan pasangan
Setiap hari fikir 3 cara untuk bahagiakan pasangan. Baik pagi, petang atau malam. Tak berjaya tak jadi masalah yang penting ada usaha.
Bangun pagi ucap love you, petang ucap terima kasih dan malam ucap berehatlah. Nampak ringkas 3 ucapan ni tapi sebenarnya ia ucapan yang di nanti-nanti oleh pasangan, terutama isteri.
4. Peluk, cium dan sentuh pasangan
Tanda bersyukur dalam hati bila kita kerap peluk, kerap cium dan kerap sentuh pasangan dan anak-anak. Bila gembira terus kongsi vibe gembira dengan isteri, bila rasa lapang terus kongsi dengan anak. Secara tak langsung mereka pun bersyukur dengan kita.
Jika selalu kita bersyukur dengan mereka, percayalah kita akan selalu nampak tingkahlaku mereka ini semakin menyenangkan. Menurut kajian juga sentuhan setiap hari sebelum keluar rumah boleh tingkatkan semangat dan emosi positif dalam diri pasangan.
5. Sentiasa murah dengan senyuman
Setiap hari pulang dengan senyuman dan penuh semangat. Apabila kita tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan suka mendekati. Senyumlah apabila sampai ke rumah. Ada kajian tentang senyum bahawa mak ayah yang selalu tersenyum mempunyai keluarga yang lebih stabil dan anak akan hebat interpersonal skilnya.
Lagipun senyum itu satu sedekah. Sedekah pada ahli keluarga sendiri lebih banyak ganjaran, selain dapat pahala sedekah malah dapat pahala jaga silaturrahim.