Menjadi kebiasaan pada hari Isnin dan khamis untuk sesiapa jua untuk merebut pahala berpuasa sunat. Malah ada yang berpakat di kalangan teman sepejabat. Niat ini sungguh murni namun perlu dingat bagi wanita yang sudah berkahwin hendaklah meminta keizinan dari suami terlebih dahulu, untuk berpuasa . Jika tidak diizinkan oleh suami, ibadah ini tidak boleh dilakukan.
Kenapa?
Sabda Rasulullah saw;
Seorang wanita tidak boleh berpuasa walau pun satu hari dalam keadaan suaminya berada di rumah kecuali dengan izin suaminya. Melainkan pada bulan Ramadan.
Hadis riwayat Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah.
Keperluan mendapatkan izin
Imam Nawawi menjelaskan suami berhak mengajak isterinya jimak bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.
Dalam hal ini isteri perlu meminta izin terlebih dahulu bagi memastikan suami tidak berhasrat kepada isteri yang tentunya akan membatalkan puasa sunat jika suami meminta dilayani keperluan batinnya pada siang hari.
Selain itu keizinan untuk berpuasa sunat ini juga perlu sebagai satu bentuk penghormatan kepada suami sebagai ketua keluarga
Berbalik kepada soalan pada asalnya seorang isteri itu wajib meminta keizinan suaminya untuk berpuasa sunat. Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Hammam bin Munabbih R.A, sabda Nabi SAW:
Maksudnya: larangan ini bermaksud ke atas puasa sunat (yang memiliki waktu tertentu seperti puasa hari arafah) dan puasa yang disunatkan yang tidak memiliki waktu tertentu, dan larangan ini merupakan larangan yang menunjukkan pengharamannya sebagaimana yang dijelaskan oleh ashab al-Syafi’eyyah
(Lihat Syarh al-Nawawi ala Muslim, 7/115)
Bagi menjelaskan isu puasa qadha’ Ramadhan para ulama menerangkan bahawa tidak dibenarkan bagi sesorang isteri untuk menggantikan puasa Ramadhan tanpa keizinan suami sekiranya waktu untuk menggantikannya masih mempunyai tempoh yang panjang.
Ini sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haithami di dalam kitabnya:
Maksudnya: Dan diharamkan ke atas seorang isteri untuk berpuasa sunat atau puasa qadha’ sekiranya tempoh menggantikannya masih berpanjangan dan suaminya datang kepadanya melainkan dengan keizinan suaminya atau dia mengetahui suami meredhainya berpuasa.
(Lihat Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, 3/461)
Imam al-Syirwani menyebut di dalam hasyiahnya bahawa sekiranya seorang isteri itu berpuasa tanpa keizinan suaminya maka sah puasanya akan tetapi perbuatannya itu haram dan berdosa. Walau bagaimanapun sekiranya suaminya tidak berada di tempat tinggalnya maka diharuskan baginya untuk berpuasa.
(Lihat Hasyiah al-Syirwani ala Tuhfah al-Muhtaj, 3/461)
Kesimpulan
Dapat disimpulkan bahawa seseorang isteri wajib meminta izin suaminya apabila hendak melakukan puasa ganti atau puasa sunat sekiranya suami berada di rumah. Ini kerana wajib bagi seorang isteri untuk memenuhi hak bagi suaminya. Namun sekiranya suaminya tidak ada di rumah, maka ia boleh berpuasa qadha’ atau sunat. Bahkan sebaiknya meminta keizinan suaminya bagi menunjukkan rasa hormat ke atasnya.
Untuk anda yang bakal menikah dalam masa terdekat, adalah tanggungjawan anda mengetahui apa yang patut di lakukan pada hari pernikahan tersebut nanti. Seperti mengupah tok kadi atau jurunikah?. Tahukah anda bahawa sewaktu majlis pernikahan di dalam kebanyakan negeri upah nikah perlu diberikan kepada jurunikah atau tok kadi yang menikahkan pengantin?
Kebiasaannya, pengantin atau wakil keluarga perlu memberikan upah pada kadar yang telah ditetapkan oleh jabatan agama bagi setiap negeri.
Hal ini membuatkan kadar upah ini berbeza mengikut negeri di mana pernikahan tersebut dijalankan. Seperti contoh, bagi negeri Selangor. Bayarannya adalah RM160, iaitu ianya merangkumi RM100 untuk jurunikah, RM20 untuk pendaftaran pernikahan dan baki RM40 adalah untuk 2 orang saksi yang dibawa oleh jurunikah.
Oleh itu, sila rujuk jabatan agama negeri pernikahan anda untuk mengetahui nilai upah nikah yang perlu anda sediakan sewaktu majlis pernikahan anda berlangsung.
Sumber : kahwinmall
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin kebelakangan ini kita kerap mendengar tentang kesan buruk akibat dari kekurangan masa tidur. Pada masa yang sama, ia mampu memberikan kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan. Disebabkan kekangan kerja yang banyak dan tidak boleh ditangguh sama sekali, ramai yang terpaksa melakukan pekerjaan di rumah sehingga masa tidur mula terganggu. Kalau nak kumpul duit sebab nak kahwin pun, tidur kena jaga ya semua!
Sekiranya anda pernah merasa secara langsung terhadap kesan-kesan kekurangan tidur seperti tidak mampu memberikan perhatian yang sepenuhnya, rasa rimas dan kelelahan kerana rasa mengantuk yang teramat. Tahukah anda, terdapat kesan sampingan yang serius boleh anda alami jika tidak dibendung lebih awal.
Mari kita semak kesan keburukan akibat kekurangan tidur yang boleh menyebabkan kanser yang harus anda ketahui.
Apa yang harus anda ambil tahu
Jika seseorang individu tersebut mengalami kurang masa tidur, kemungkinan besar ia boleh mengalami pelbagai jenis penyakit serta menganggu kesihatan tubuh badan mereka. Tahukah anda, terlalu kerap kurang tidur boleh menyebabkan anda mendapat risiko besar seperti penyakit kanser. Jika anda tidur kurang dari 6 jam, kemungkinan risiko kematian awal serta risiko kanser boleh berlaku seperti yang dilaporkan oleh The Independent.
Seandai ia masih diteruskan, kemungkinan disebabkan kurang masa tidur boleh menyebabkan kematian kerana mempunyai tekanan darah tinggi, diabetes tahap 2, sakit jantung dan strok. Menurut kajian yang telah diterbitkan oleh Journal Persatuan Herat Amerika, jika seseorang itu mempunyai masa tidur yang kurang dari 8 jam kemungkinan mereka akan mempunyai masalah kesihatan.
Terdapat satu penyelidikan yang telah dijalankan pada tahun 1991 sehingga 1998. Pada tahun 2016, dikatakan terdapat sebanyak 512 peserta yang didapati meninggal dunia dan separuh darinya mengalami penyakit jantung, strok dan kanser.
Oleh itu, sangat penting seseorang itu mendapatkan masa tidur yang cukup dan mampu melindungi dari terkena risiko kesihatan seperti di atas, ujar Prof. Julio Fernandez- Mendoza dari Pennysylvania State College of Medicine. Terlalu banyak tempoh tidur yang kurang akan menyebabkan kesihatan seseorang itu berada di tahap yang kritikal.
Hasil dari penemuan yang disebutkan oleh Mendoza, ia juga mampu mengenalpasti serta menyelesaikan masalah tidur yang memberi kesan pada kesihatan.
Jika anda tidak mahu apa-apa yang menganggu kesihatan tubuh badan, sebaiknya anda harus menjaga waktu tidur supaya teratur dan tidak mempunyai masalah. Sekian petikan dari Mv.beritacenter.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yang menaikkan seri wajah korang untuk majlis kahwin tak lain tak bukan tentulah mak andam atau make up artist. Banyak kepentingan mengambil make up artist ni sebenarnya. Dan salah satu sebab nya ialah menyembunyikan cela yang ada pada wajah. Selain itu, ada juga sesetengah make up artist yang pandai mendandan rambut dan juga menggayakan tudung korang.Tapi sebelum mengambil make up artist, ini 5 perkara yang perlu korang tahu.
Tempahan awal – Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat Mak Andam atau Make-up Artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan budget anda.
Test make-up/pre-wedding makeup – Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan Mak Andam atau Make-up Artist yang dipilih.
Hanya anda seorang – Pastikan agar Mak Andam/ Make-up Artist anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan Mak Andam/ Make-up Artist anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan.
Berbincanglah – Pastikan anda dan Mak Andam/ Make-up Artist anda berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan Mak Andam/ Make-up Artist menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan Mak Andam/ Make-up Artist) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda!
Cerewet biar kena tempatnya – Dalam menetukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik; anda dan Mak Andam/ Make-up Artist anda pasti akan mencapai solekan yang diingini. Ingat, cerewet biar kena tempatnya!
Kredit : ikahwin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!