Tidak lengkap Ramadan ini tanpa mencuba bufet Ramadan yang menjadi penyeri setiap kali tibanya Ramadan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, “Jemput Makan” kembali lagi ke Sunway Resort bermula dari 4 April hingga 2 Mei 2022 ini. Ia menjanjikan pengalaman kulinari yang asli dengan mengetengahkan resipi tradisional yang terkenal di zaman dulu.
Rasai hidangan klasik pilihan resipi asli yang diwarisi turun temurun daripada nenek moyang oleh pasukan kulinari The Resort Café.

Pernah Cuba Linut  & Ikan Ampap? Jemput Makan Sunway Resort Hidangkan Menu “Rare’ Ramadan Ini!Menjadi tumpuan utama tahun ini isudah semestinya sembilan stesen yang bakal menjadi pilihan para pelanggan. Inilah masanya berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan dan terokai hidangan bufet yang mewah dengan rasa yang pastinya menyelerakan.

Pernah Cuba Linut  & Ikan Ampap? Jemput Makan Sunway Resort Hidangkan Menu “Rare’ Ramadan Ini!
Linut & Ikan Rebus Kunyit – Jemput Makan Sunway Resort

Hidangan dari sekumpulan cef terkemuka yang diketuai oleh Sous Chef Mohamad Yatim Supaat dan Chef Senior Sous, Chef Halid Bin Hm Burus, barisan resipi tradisional termasuk, ‘Hinava’ atau Barramundi Ceviche bakal dipersembahkan buat para tetamu. Antara hidangan klasik yang mencuri tumpuan team Pesona Pengantin ialah hidangan tradisional dari Sabah yang disediakan menggunakan resipi asli oleh Chef Halid. Barramundi diperap dalam jus limau nipis yang baru diperah, cili api, bawang merah yang baru dihiris, halia muda dan peria. Selain itu Ikan Salai Terung Asam dan Linut & Ikan Ampap juga menggugat rasa. Jika anda berasal dari Sabah dan rindukan hidangan tradisi ini, Sunway Resort bakal menjadi pilihan anda untuk mengembalikan nostaligia serta mengubati kerinduan air tangan ibu!

Ads

Pernah Cuba Linut  & Ikan Ampap? Jemput Makan Sunway Resort Hidangkan Menu “Rare’ Ramadan Ini!
Melangkah ke luar restoran pula, konsep stesen live action seperti bazar yang sibuk menanti, – kambing bakar yang enak dan menarik perhatian .Diperap semalaman dengan lebih 25 rempah dan aroma tempatan seperti halia tua , bawang putih, serai, lengkuas, masala, ketumbar, yogurt, pudina dan jintan manis sebelum dipanggang perlahan selama empat jam.

Hidangan untuk penggemar daging, ‘Daging Salai Panggang’ atau Daging Asap Panggang dengan pilihan daging lembu atau ayam, diperap dengan rempah tempatan selama 24 jam dan selepas itu dipanggang di atas api arang untuk kesempurnaan. Singgah ke stesen ‘Bakar’ pelbagai makanan laut segar yang dipanggang hingga sempurna. Begitu juga stesen goreng menyediakan goreng pisang, ubi goreng, cempedak goreng, cekodok dan lain-lain.

Ads

Pernah Cuba Linut  & Ikan Ampap? Jemput Makan Sunway Resort Hidangkan Menu “Rare’ Ramadan Ini!

Pelbagai hidangan nasi klasik seperti Nasi Hujan Panas,Nasi Tomato, Nasi Minyak dan Nasi Bukhara. Ulam ulaman tradisional akan tersedia untuk dinikmati dengan rangkaian sambal seperti sambal belacan, sambal budu, sambal tempoyak, sambal udang petai, sambal hijau’ bersama kerabu sotong bunga kantan, kerabu udang cili muda, acar sayur, salad telur goreng dan banyak lagi semuanya dihidangkan dengan sos buatan sendiri.
Tahun ini, jalan utama Persiaran Lagoon akan dihiasi dengan lampu yang menerangi laluan menuju ke atas bumbung gazebo The Resort Café dan tanglung emas yang menjadi simbolik musim akan digantung untuk menyambut tetamu yang berjalan melalui restoran. Melepasi pintu masuk yang besar, dihiasi dengan tanglung dan bunga mekar dalam warna putih dan emas, hiasan tengah gazebo memberikan peluang yang indah untuk mencipta detik berharga bersama yang tersayang, berkumpul sambil berkongsi hidangan.

Ads

Pernah Cuba Linut  & Ikan Ampap? Jemput Makan Sunway Resort Hidangkan Menu “Rare’ Ramadan Ini!

Jemput Makan di The Resort Café berharga RM198.00 bersih bagi setiap orang dewasa dan RM99.00 bersih bagi setiap kanak-kanak (berumur 6 hingga 12 tahun) dan bermula dari 6.30 petang hingga 10.30 malam.Buat pengantin baharu yang mahu menikmati pelbagai menu bufet yang istimewa, Sunway Resort boleh dijadikan pilihan!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI