Mana nak tahu lelaki berstatu suami orang kalau dia tak cakap, jadi orang perempuan memang kena teliti dan semak betul-betul sebelum jalinkan hubungan lebih serius dengan seseorang.
Begitu juga dengan nasib personaliti media sosial, Nurhayati Tahir yang enggan menjalinkan hubungan cinta kerana masih trauma dengan kisah lalu.
Nurhayati atau Nurhayati Tahir, 33, berkata dia pernah ditipu oleh seorang lelaki yang sudah berstatus suami orang.
“Pengalaman mengenali orang yang salah membuatkan saya serik juga sebenarnya.
“Salah satu yang membuatkan saya ada trust issue berkaitan perhubungan ini sebab saya pernah kenal dengan seseorang yang berstatus suami orang dan saya tidak mengetahuinya,”
katanya.Tidak mahu digelar sebagai perosak rumah tangga, Nurhayati mengambil langkah memutuskan hubungan dengan lelaki berkenaan.
“Sememangnya saya tidak suka, sebab saya sebagai perempuan saya tahu perasaan sakit itu bila dikhianati, ditipu, dan prinsip saya sendiri, saya tak akan sakitkan hati perempuan lain demi mengejar cinta seorang lelaki,” ujarnya.
Sebaiknya begitulah, elakkan daripada berkawan dengan lelaki berstatus suami orang sejak dari awal. Nak kata jodoh pun, benda boleh tolak. Jadi sebelum pergi lebih jauh, berfikirlah secara waras dan pandang masa depan yang bakal berlaku pada kehidupan kita.
Moga kita yang masih mencari jodoh dapat membuat pilihan terbaik untuk berkongsi hidup dengan seseorang.