Penghujung tahun ini pastinya ramai bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan. Sebagai ratu sehari, tentu sahaja anda ingin wajah tampak lebih menyerlah di hari bahagia.

Bagi memastikan wajah pengantin baharu sentiasa berseri, ikuti perkongsian daripada Norsyafiqah Norazman ini. Semoga tip yang beliau kongsikan ini boleh dimanfaatkan oleh semua bakal pengantin.

Tips ni penting kalau nak cantik2 masa majlis nanti. Especially for bride-to-be yang tak nak makeup tebal2 & nak natural looks.

AMALAN 6 BULAN SEBELUM MAJLIS:

  • Mula amalkan makan buah-buahan sitrus as snacks. Ni untuk bagi kulit glowing dari dalam.
  • Mula biasakan kulit dengan penggunaan foundation and powders sekurang2nya. Untuk sentuhan makeup yang cantik, perlukan wajah yang blend well with the makeup. It takes some time untuk biasakan wajah. Kalau hari majlis tu baru nak makeup for the 1st time, believe me your makeup won’t last long and effect dia tak cantik. Walaupun you hire a very talented and skilled MUA sekali pun.
  • Dalam masa 6 bulan ni, jangan tukar skincare. If let say the skincare ada healing crisis pada kulit you, tau sendiri lah jadi nanti. Hehe . Andai kata kalau nak tukar jugak, jangan rakus terus skincare baru. Ikut step cara2 nak tukar skincare.

Again, this tips special untuk yang tak nak makeup tebal2 masa hari bermakna tu nanti. So, kena work hard sikit. Tapi bakal pengantin yang lain pun boleh ambik tips2 ni kalau nak.

PERSEDIAAN 3 BULAN SEBELUM MAJLIS:

IKLAN
  • Mulakan amalan facial treatment di rumah. Nak guna products ke, bahan alami ke, terpulang. Yang penting anda yakin apa yang anda guna tu selamat. (Kalau nak beberapa tips yang I guna, text personal nanti ye ). Kalau kayooo, pergilah facial treatment kat spa. Amalkan 3 kali seminggu.
  • Avoid pollution as possible as you can. Kalau perlu ambik cuti awal untuk jaga wajah kat rumah, silakan. It is your wedding day! Once in a life time! Ni pengalaman diri sendiri masa wedding dulu. Ambik cuti seminggu before the wedding day. Masa tu musim jerebu teruk, naik LRT pulak pergi kerja. Seminggu wasn’t enough. Hah! Jerawat berketul. Sempat bagi elok sikit lah. Haha. Nasib baik boleh sorok! Love my MUA much!
  • Masa ni, mula amalkan gaya hidup dan pemakanan sihat. Mesti you guys nak langsing perut kempis jugak kan. Ha, ambiklah peluang ni. 2 in 1 . Baju tak fit, boleh alter. Tapi kalau muka jerawat teruk dan kusam. You have no choice! Makeup lah tebal2. Hehe Air masak tu paling penting. 2 liter sehari. I know, air lah paling liat sekali anda semua nak amalkan. Betul tak? Nak cantik, buat. Disiplin.

PERSEDIAAN SEBULAN SEBELUM MAJLIS:

  • Amalkan rendam kaki dengan air suam. Sambil menikmati hot tea tanpa / kurang gula. Dalam masa 4 minggu sebelum majlis ni, ni masa para pengantin nak bagi badan relax. Boleh lah buat 2 hari sekali or seminggu 3 kali. Waktu paling best buat is sebelum tidur. Lepas setel, terus tidur. Rendam kaki dengan air suam ni boleh release stress. Badan akan lebih segar. Badan yang segar akan jadikan kulit lebih glowing dan kurang risiko naik jerawat. Amalkan ni sampai sebelum hari nak nikah / bersanding. Siapa yg stress bekerja dan ada migraine pun boleh amalkan. InsyaAllah boleh lega.

PERSEDIAAN SEMINGGU SEBELUM MAJLIS:

IKLAN
  • Yang ni depends pada pengantin tu sendiri. Ada keluarga buat amalan mandi bunga, lulur, sauna and so on. So boleh lah follow. Kalau takde, teruskan je 3 posts tips yg I dah bagi ni.

MACAM MANA NAK BERSEDIA SUPAYA MAKEUP KITA CUN?

IKLAN
  • Pilih MUA yang betul2 menepati cita rasa dan bajet anda.
  • Request pada MUA makeup macam mana yang uolls nak.
  • Malam sebelum majlis tu, buat facial treatment utk kali terakhir.
  • Tidur awal.
  • Pakai moisturizer siap2 sebelum MUA anda mula beraksi pada wajah anda.

NOTA PENTING:

Sekiranya kulit anda kulit yg istimewa contoh macam;

  • Sensitif
  • Terlalu berminyak
  • Terlalu kering

Tanya MUA yang anda pilih, ada foundation yang sesuai untuk kulit anda atau tak. Kalau takde, please, please and please, beli sendiri yang special untuk kulit anda. Kalau tak tau nak pilih, boleh mintak MUA tu yang belikan (pandai2 lah date dengan MUA tu kejap nak pergi pilih foundation. Haha )

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI