
Penyanyi yang kini bergelar doktor, Hanie Soraya, 28, selamat bergelar isteri kepada pengurus syarikat dan pemuzik, Omar Saifuddin, 30. Majlis yang diadakan hujung minggu lalu berjalan lancar meskipun persiapan dilakukan dalam masa singkat.

Cantik menggayakan busana rekaan Kime Usof, Hanie gembira kerana segala persiapan dipermudahkan walaupun tema dan lokasi yang diingini tidak menjadi kenyataan. Memetik berita dari Harian Metro, rupa-rupanya Hanie mengimpikan sebuah majlis di pantai Terengganu.
“Saya memang idamkan majlis kahwin di pantai Terengganu. Tapi, akhirnya saya memilih sebuah lokasi acara di Hulu Langat saja untuk memenuhi permintaan ibu yang nak jemput lebih ramai tetamu datang.”katanya.

Perkenalan Hanie dan Omar bermula sejak 2020 lagi dan ketika itu Omar memang berhasrat untuk membawa hubungan mereka ke peringkat lebih serius. Namun ketika itu Hanie sedang sibuk dengan ‘housemanship’ . Jadi sekarang ni adalah masa yang sesuai.
Pasangan ini dinikahkan bapa Hanie, Tahar Mohd Shariff. Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak wanita manakala mas kahwin mereka dirahsiakan.

Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Gadis Meningkat Dewasa, Arni Nazira Kongsi Ciri-Ciri Calon Menantu Pilihan!

Sudah lama tidak melihat kelibat Arni Nazira menghadiri majlis-majlis hiburan apatah lagi sebaik mendirikan rumahtangga pada tahun 2009. Namun kelibat Arni yang hadir di majlis Anugerah Pesona Pengantin baru-baru ini begitu menarik perhatian.
Masih cantik , tinggi lampai dan langsing, kulit putih gebu dirias sederhana dengan mengenakan solekan tipis. Cukup menawan dan tidak salah jika penulis katakan. aura pelantun lagu Cinta Antara Benua ini amat kuat. Apatah lagi sepanjang majlis, dia melemparkan senyuman manis dan ramah apabila diminta berkongsi rona kebahagiaannya kini. Wanita berusia 44 tahun ini masih seperti dulu. Mesra dan menyenangkan!
Melayari rumahtangga bahagia bersama suami tersayang, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar pada tahun 2009, Arni memberikan sepenuh perhatian terhadap rumahtangga apatah lagi selepas memperolehi zuriat. Hasil perkahwinan Arni dan Wan Mohd Hazrie, mereka dikurniakan 3 orang cahayamata iaitu Wan Muhammad Mua’dz, , Wan Ayesha Maserra, dan Wan Muhammad Mushrief. Manakala melalui perkahwinan terdahulu, Arni mempunyai dua orang puteri iaitu Puteri Aleeya Antasha, Puteri Aleefa Antasha.
Sedar tak sedar dah bergelar anak dara puteri-puteri Arni Nazira ni. Macam kembar pun ada. Semakin cantik dan ayu persis ibu mereka ketika muda. Terpesona dan tak jemu mata memandang! Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha, masing-masing kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah kolej yang sama sekitar Kuala Lumpur dalam bidang event management. Disebabkan minat serta hubungan dua beradik ini sangat rapat, kedua-duanya memilih bidang pengajian yang sama.
Sebagai ibu, Arni tetap melayani anak-anak sama rata dan sentiasa berusaha menjadi ibu yang terbaik. Arni turut mendedahkan, kedua-dua puterinya itu memiliki karakter yang berbeza. Namun begitu, perbezaan itulah yang membuatkan mereka lebih rapat dan saling melengkapi.
“Memandangkan Puteri Aleeya anak yang sulung maka kami menggelarnya Kakak. Dia seorang yang lembut, kakak yang penyayang dan sangat menjaga adik-adiknya. Memang terserlah karakter ‘anak sulung’ dalam dirinya.
Puteri Aleeya juga rajin mengambil tahu tentang adik adiknya yang lain. Disebabkan itulah dirinya menjadi lebih matang, bertanggungjawab dan berdikari. Memandangkan Puteri Aleeya tinggal di asrama maka kami jarang berjumpa. Hanya pada hujung minggu jika ada masa terluang kami akan bertemu.
Manakala Puteri Aleefa pula karakternya sedikit ‘kasar’ berbanding kakaknya. Namun begitu, dia juga seorang yang sangat penyayang dengan adik-adiknya. Saya bersyukur kerana Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa mudah mendengar kata dan berfikiran matang.”
Pesona Pengantin sempat menerjah Arni dengan beberapa soalan ‘panas’ yang berkait rapat dengan dua orang puterinya yang sudah meningkat dewasa. Sebagai seorang ibu, pastinya Arni mengharapkan anak-anaknya diberikan jodoh yang terbaik dalam melayari rumahtangga. Sebagai seorang ibu, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan untuk anak-anaknya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.
“Anak-anak masih belajar.Tetapi InsyaAllah sebagai ibu, Kak Arni inginkan perkahwinan mereka perkahwinan yang sempurna, majlis yang meriah. Itulah doa saya sebagai seorang ibu, InsyaAllah,” ujar Arni memulakan bicara.
Ketika diajukan pula soalan mengenai kriteria bakal menantu pilihan, sambil tertawa kecil ini jawapan Arni Nazira.
“Saya serahkan pada anak-anak.Yang mana mereka rasakan baik dan sesuai dengan mereka, dan pada saya yang boleh bimbing mereka, baik, hormat orang tua, pandai ambil hati orang tua, pandai jaga anak-anak saya, InsyaAllah..Itu doa saya,” ujar Arni penuh senyuman.
Menyentuh perkembangan terbaru, ibu kepada 5 cahayamata ini mempunyai perancangan untuk memulakan perniagaan sedikit masa lagi. Melihat bisnes berkaitan dengan wanita begitu mendapat tempat di kalangan wanita, Arni turut bercadang untuk menceburkan diri dalam perniagaan tudung sedikit masa lagi.
“Segalanya masih dalam perancangan. InsyaAllah doakan yang terbaik untuk saya,” ujar Arni ketika berbicara mengenai perniagaan yang bakal diceburinya itu.
Arni atau nama sebenarnya, Arni Nazira Anuar kini bahagia bersama kehidupannya sebagai suri rumahtangga sepenuh masa. Menurutnya, dia sangat bahagia dan selesa dengan rutin hariannya sebagai isteri dan ibu. Walaupun sibuk menguruskan rumahtangga, Arni tetap mengutamakan soal penampilan diri kerana ia merupakan perkara yang penting untuk kesihatan luaran dan dalaman buat dirinya.
“Usia saya tahun ini memasuki 44 tahun ini. Saya tidak mempunyai apa-apa rahsia atau petua awet muda. Cuma saya kerap minum air masak, makan vitamin dan suka makan ulam-ulaman. serta bersenam untuk kekalkan berat badan ideal.”
Selain itu, saya memberi perhatian khusus untuk rawatan kulit wajah. Saya juga turut berkongsi tip penjagaan wajah dengan dua anak gadis yang sedang meniti usia dewasa.
“Tiada sebarang petua yang khusus cuma pesanan saya pada mereka ialah sentiasa menjaga kulit, lebih-lebih lagi di usia remaja sekarang. Kulit akan mudah bermasalah kalau tak jaga dengan betul,” kongsi Arni yang masih kekal jelita dalam usia 42 tahun. Harapan Arni buat Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa agar mereka sentiasa menjaga diri dan yang paling penting menjaga solat.
“Kalau bertemu atau sekadar berbual dalam telefon itulah pesanan utama saya buat mereka setiap hari. Kami akan video call atau bermesej di WhatsApp. Saya mendoakan mereka menjadi anak-anak yang solehah, berakhlak mulia, kental jiwanya dan tidak mudah tersasar dari landasan hidup yang sebenar, Insya-Allah. Saya mahu yang terbaik buat anak-anak, bukan saja Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa bahkan anak-anak yang lain juga,” ujar Arni seraya mengakhiri perbualan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Naik Pelamin, Cuba Buang Masalah Blackhead Dulu!

Isi Kandungan
ToggleBiasanya sebelum naik pelamin, anda pasti akan cuba buang masalah blackhead di wajah dulu untuk naikkan seri wajah. Malah, satu badan pun akan disental untuk kepuasan diri sendiri sebelum jadi raja sehari.
Begitulah yang sepatutnya, sanggup pergi ke pusat rawatan kulit atau ‘facial’ untuk membuang blackhead namun masih juga ada di wajah.
Jadi, sebagai salah satu langkah paling mudah dan menjimatkan, anda boleh DIY mask buang blackhead dengan hanya menggunakan dua bahan.
Buang Masalah Blackhead, DIY Sendiri Di Rumah
Nah, ini perkongsian macam mana nak buang blackhead ini di rumah, senang dan jimat kos tip yang dikongsi oleh PUan Diyana Othman.
Ini Bahan Yang Diperlukan:
-Putih telur
-Kapas/ Cotton wipes
Cara-caranya:
1.Basuh muka dengan bersih dahulu.
2.Ambil kapas muka itu, kita koyakkan bagi nipis.
3.Kemudian sapukan putih telur dekat hidung tetapi diingatkan supaya jangan sampai kering.
4. Cepat-cepat lekatkan kapas tadi tu dekat hidung anda. Biarkan sampai kering, kemudian baru tarik kapas tersebut secara pelahan. Siap dah.
Bukan hanya bakal pengantin boleh guna tip ini, sesiapa sahaja yang ada masalah blackhead boleh cuba hilangkan dan hasilnya makin licin lah hidung anda selepas ni. Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ubah Suasana Bilik, Isteri Kena Pandai Mainkan Peranan Nak Pikat Suami

Isi Kandungan
ToggleKalau nak pikat suami tersayang, sesekali isteri kena ubah suasana bilik. Jangan pandang remeh, ini pun salah satu cara buat pasangan rasa tenang dan rasa relaks bila balik rumah untuk berehat.
Jadi kalau anda nak dapatkan bilik tidur yang cantik, boleh guna idea yang dikongsikan Puan Nur Diyana ini.
Ubah Suasana Bilik, Isteri Kena Pandai Mainkan Peranan Nak Pikat Suami
Menariknya dia mengubah suai biliknya dalam tempoh 48 jam dengan modal RM600 saja. Boleh tiru cara dia melakukannya.
Warna sama 10 tahun
Inilah bilik asal saya di rumah ibu. Dah 10 tahun warna bilik ni merah menyala dan pink pekat huhu. Bilik ni besar dan kami kongsi tidur bila adik beradik balik sebab tu letak dua katil queen. Memang hanya bilik tidur semata.
Walaupun tak ada rupa, katil sentiasa kemas ya huhu. Katil yang lagi satu tu saya tolak percuma je pada kedai perabot terpakai dan tilam tu pun semua angkut. 3 bulan lepas saya memang kosongkan bilik sy terus.
Beza kan lepas ubah suai!
Tadaaa… Ini lah keadaan bilik selepas. Siap ada ruang menonton sendiri. Saya tambah corak wainscoting guna masking tape saja sebab tak mampu nak upah orang buat hihi, mahal kan tapi teringin jugak nak ikut trend. Kod cat Silver Grey dan Owen jenama Acristar. Satu tong ada 7 liter. Dua tong saja saya guna untuk cat bilik ni.
Siap ada ruang menonton ya!
Close up. Itu pokok bunga segar ya, namanya Money Plants, memang saya pergi ke nursery untuk indoor plant. Besar tu baru RM30. Pasu saya guna tong sampah dari kedai Eco saje. Lepas buat beberapa bacaan, saya rasa pokok asli pilihan yang lebih bijak dan jauh lebih murah.
Cuma kalau ada anak kecil dan haiwan peliharaan kena consider dulu, buat bacaan, jangan sembarang beli sebab ada yang tak sesuai ya. Kerusi tu kerusi babah saya, tak termasuk dalam bajet ya.
Meja ni asalnya warna coklat, dan meja kopi. Tapi sayang nak buang elok lagi kan. Jadi saya tukar warna putih, maaf ada tak kemas sikit hihi.
Katil dah berusia 20 tahun
Katil yang ada dalam bilik ini usianya dah 20 tahun. Saya tak nak buang, sayang sebab kayunya masih kukuh, saya tukar warna saje.
Sekarang sudah warna putih! Cadar marble saya beli di igshop, saya sengaja terbalikkan. Bagi warna kelabu, yang sebenarnya coraknya penuh marble hehehe.
Ada tempat khas untuk solat
Almari ni saya jual pada pusat perabot terpakai. Meja tu yang saya cat putih semula. Langsir pun sedih tengok ha asal boleh.
Inilah rupanya kawasan tadi, tanpa almari, nampak lebih luas kan? Saya sengaja pasangkan tirai dari Ikea tu untuk lebih privasi gitu. So nak bersiap ke nak solat takde la orang terus nampak kita sebab bila bukak pintu bilik, dari tangga terus nampak kawasan ni.
Tak guna almari, pakai rak saja
Saya dah tak guna almari, saya guna rak ini saja, hanger besi dari Eco Shop saje. Kami adik beradik dah belajar jauh-jauh jadi balik rumah ibu bila cuti saja. Baju tak banyak, praktikal la open concept macam ni. Kalau nak buat kat bilik sendiri, sesuai untuk ada almari terus. Dari sudut lain. Tirai tu macam pembahagi ruang la gitu.
Tak beli barang mahal
Ini je rasanya investment yang mahal kot pada saya sebagai seorang student hehehe. Kedua-duanya dari HomePro. Meja ni saya beli masa tengah promo, harganya cuma RM139.90 saja.
Cermin tu saya guna cermin untuk tandas, sebab nak jimat space tak nak cermin besar (mahal). Since cermin ni boleh adjust in certain degree, jadi nampak dari kepala ke kaki hehehe!
Pokok hidup (Money Plant) dalam pasu eco shop warna senada.Dummy book tu saya beli banyak cuma RM0.50 sen satu masa clearance sale di Index Living.
Apa yang tak ada kat Eco Shop ni? Tema Tropical Scandi pun ada, saya rasa sesuai, saya ambil lah!
Kisahnya saya beli kain langsir, dah nak jahit kain tak cukup. Tapi takpe bedal saje lah! Dari nagoya cuma RM7 semeter.
Wainscoting buat sendiri
Saya malas nak beli cat putih jadi saya spray je untuk buat wainscoting. Bila spray dah kering, saya tampal masking tape ikut cara yang pernah viral dulu, kredit tu Shafeq Bada atas perkongsian beliau.
Nampak la mewah sikit kan lepas dah dikemaskan? Walaupun guna bajet masking tape saje tapi masa nak kemaskan garisan tu semula lepas siap cat dan cabut masking tape lenguh juga la tangan hehehe.
Total bajet lebih kurang RM600
Inilah bajet penuhnya. Pricey juga pada saya sebab saya tukar cat, beli cadar dan langsir baru. Kalau encik/cik nak guna apa yang dah ada, mesti jauh lebih murah. Selamat mencuba!
Sumber: Nur Diyana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI