Dalam langkah menuju majlis perkahwinan, tentunya banyak perkara yang perlu disiapkan Apalagi jika anda ingin majlis tersebut menjadi lebih istimewa dan menjadi kenangan yang abadi.
Agar anda tidak tersasar atau terlupa perkara penting yang perlu dilakukan menjelang hari perkahwinan, tidak ada salahnya jika anda mulai menyenaraikan berbagai-bagai hal untuk disiapkan perkahwinan kelak.
1. Meski tampak mudah, cenderahati untuk tetamu boleh anda fikirkan dan tentukan mulai dari sekarang.
Cenderahati untuk tetamu undangan sering kali disiapkan secara mendadak dan merasakan ia penting. Namun, bila anda menentukan mulai sekarang apa yang akan anda berikan sebagai cendera hati kepada para tetamu akan sangat membantu. Dengan mengetahui apa yang akan menjadi cenderahati kepada tetamu kelak, tentu anda tidak akan menyusahkan lagi nanti.
2. Memikirkan dan menulis tetamu yang perlu anda undang dalam acara perkahwinan kelak juga boleh anda senaraikan nama-namanya mulai sekarang.
Daripada anda harus mengingat dan menulis nama-nama yang mahu diundang menjelang acara bahagia itu, anda boleh mula menyenaraikan sedikit demi sedikit nama tetamu. Dari sekarang, anda boleh menganggar berapa ramai undangan yang akan anda sebar dan menulis daftar nama-nama orang daripada teman-teman terdekat terlebih dahulu.
Tindakan ini juga sangat membantu anda untuk menentukan seberapa banyak makanan daripada katering yang akan dipesan, jumlah bangku, hingga jumlah cenderahati yang akan disiapkan.
3. Menentukan tempat perkahwinan, apakah perlu menyewa dewan atau cukup di rumah saja.
Menentukan di mana anda akan melangsungkan resepsi pernikahan juga merupakan hal penting. Mulai sekarang anda perlu mula berfikir sama ada mengadakan majlis di rumah atau di dewan.
Kalau anda memang berniat berkahwin dengan menyewa dewan, anda juga perlu menentukan dewan mana yang mahu anda sewa nanti. Anda boleh mulai mencari dewan mana yang sekiranya sesuai dengan bajet anda. Begitu pula mengenai konsep atau tema dekorasinya, anda boleh mulai fikirkan dari sekarang.
4. Menentukan vendor katering yang akan anda gunakan servisnya untuk majlis perkahwinan anda.
Katering ialah salah satu hal yang paling penting untuk menentukan suksesnya majlis perkahwinan anda. Untuk itu, anda boleh mula tanjau pelbagai vendor katering yang ada di sekitar tempat anda. Anda boleh ambil tahu mengenai servis, jenis-jenis makanan, rasa makanan, hingga harga daripada vendor-vendor itu dan menentukan kira-kira mana sesuai dengan yang anda inginkan.
Anda boleh melakukan survey dengan bertanya kepada teman-teman yang sudah berkahwin atau datang ke acara-acara yang diadakan berbagai-bagai vendor katering untuk menikmati makanan mereka. Sangat penting anda memilih vendor katering dengan servis baik, makanannya enak-enak dan memiliki harga yang relatif murah.
5. Mengasingkan sebahagian wang untuk perkahwinan impian anda.
Mengadakan majlis resepsi perkahwinan bukanlah perkara yang murah. Anda tentunya memerlukan modal yang cukup banyak nantinya. Untuk itulah, mulai sekarang anda harus mulai menabung sebahagian wang anda. Tidak hanya sebagai bekal untuk mengadakan majlis perkahwinan, wang tabungan anda itu juga boleh dijadikan untuk modal berkahwin. Boleh untuk membeli rumah, biaya kehidupan sehari-hari, hingga lebih jauh lagi, persiapan untuk bakal anak kelak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI