Seperti tahun-tahun sebelum ini, Berjaya Times Square Hotel turut serta memeriahkan bulan Ramadan dengan menghidangkan pelbagai menu buffet Ramadan yang menarik selera pelanggan. Bertemakan Aroma Resipi Ibu, pada bulan Ramadan kali ini Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur membawakan pelbagai resipi istimewa, antaranya :
Paru-Paru Berlada
Pedal Hati Ayam Masak Cili
Tempe
Acar Buah
Acar Rampai
Itik Masak Kari Hijau Thailand
Untuk Ramadan kali ini, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur turut menghidangkan masakan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan turut disediakan gerai-gerai bagi memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan.
Kari Kepala Ikan Citarasa Bonda
Lempeng Kelapa Pisang Bidara
Pisang Goreng Keju Makmur
Aneka Sup Serantau
Rendang Daging Khatulistiwa
Popia Basah Mahsyur
Kambing Golek Penawar Rindu
Nasi Lemak Lobster Tersohor
Manakala untuk seleksi pencuci mulut pula dihidangkan :
Mango Charlotte
Pandan Chiffon Cheese Cake
Chocolate Brownies
Fruit Plan
Mixed Berry Panna Cotta
Red Velvet Cake
Harga Dan Cara Untuk Membuat Tempahan
Untuk pengetahuan semua, Bazaar Ramadan Buffet BTHKL ini akan bermula pada 8hb Mei 2019 sehingga 2hb Jun 2019 dan bertempat di Big Apple Restaurant yang terletak di aras 14.
Harga untuk buffet Ramadan ini :
Early Bird
Dewasa : RM98 nett
Kanak-kanak : RM48 nett
Minggu Pertama (8hb-12hb Mei 2019)
Dewasa : RM118 nett
Kanak-kanak : RM48 nett
13hb – 28hb Mei 2019
Dewasa : RM128 nett
Kanak-kanak : RM58 nett
Minggu Terakhir (29hb Mei – 2hb Jun 2019)
Dewasa : RM118 nett
Kanak-kanak : RM48 nett
Bagi mereka yang gemarkan Nasi Briyani, pihak BTHKL turut menyediakan ‘Nasi Briyani Take Away’ dengan pilihan Ayam & Kambing. Gerai Nasi Briyani ini terletak di lobi hotel antara pukul 5 petang sehingga 8 malam dengan harga bermula RM10
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah menjadi trend di kalangan pasangan suami isteri meraikan ulang tahun perkahwinan dengan upacara majlis persandingan. Satu fenomena yang mula menjadi ikut-ikutan apabila beberapa selebriti tempatan mengadakan majlis persandingan sebagai cara meraikan pasangan. Tidak ada salahnya jika diraikan dengan sedemikian rupa.
Ada di antara pasangan suami isteri tidak sempat merasai kemeriahan persandingan atau perkahwinan impian mereka lantaran kekangan kewangan ketika itu dan sebagainya. Jadi, apabila sudah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, apa salahnya kembalikan ‘momen persandingan’ bersama isteri tersayang dengan sesuatu yang bakal dikenang sehingga ke akhir hayat.
Personaliti media sosial yang juga usahawan berjaya, Asyalliee Ahmad baru-baru memuat naik posting meraikan ulang tahun perkahwinannya yang kelima bersama suami tersayang, Eboy Arbaain. Menariknya apabila pasangan ini mengadakan majlis resepsi persandingan sambil disaksikan ahli keluarga dan teman-teman rapat!.
Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Bt Ahmad merealisasikan impiannya apatah lagi apabila mengimbas kembali suasana ketika bergelar suami isteri 5 tahun lalu yang menggunakan ‘pelamin recycle’ yang disediakan di pejabat agama sebagai props di majlis akad nikahnya.
Berkongsi di laman instagramnya, Asyalliee yang mesra disapa Asya mengimbau kembali kisah di sebalik momen perkahwinannya. Sememangnya sejak dahulu lagi dia mengimpikan untuk bersanding di majlis perkahwinan namun menyedari hakikat dirinya dan suami belum berkemampuan lagi pada ketika itu, dia lalu terpaksa menyimpan hasratnya itu.
“Anak dah 3 orang baru nak bersanding, Alhamdullilah rezeki sangat. 5 Tahun yang lepas asya pernah berangan nak ada wedding macam ni tapi apakan daya. ‘Ukur baju dibadan sendiri’ itulah yang asya positif kan diri dulu. Asya faham keadaan eboy dan asya faham keadaan asya juga masa tu macam mana. Asya anak yatim piatu yang menanggung hidup sendiri selepas sekolah. Eboy pula yang hanya bekerja makan gaji cukup hidup dan makan untuk diri sendiri je.
Allah swt temukan kami berdua semasa bekerja di ioi city mall dulu tahun 2015, sebulan selepas tu baru kami bercinta. Kalau nak cerita pasal kisah percintaan kami ni @eboyarbaain yang lebih simpan memori nya sebab asya banyak dah lupa
So tak sampai setahun kami bercinta, kami bertunang. Tak sampai setahun kami bertunang, kami nikah. Kami nikah pada 25 Feb 2017 masa tu di jais shah alam. Disebabkan asya takde wali, so kena pakai wali hakim. Bila pakai wali hakim kena akad nikah dekat tempat dia la. Pelamin pakai yang sama orang lain pakai juga.
Sebelum turn asya, turn orang lain dulu lepastu baru turn asya. Selepas asya orang lain punya turn pula. So takde keistimewaan sangat dekat situ tapi memori yang sangat indah tercipta disitu.
Team Pesona Pengantin mengucapkan tahniah buat pasangan suami isteri ini yang mencipta memori indah untuk dikongsi bersama. Sama-samalah membahagiakan pasangan sebagai lubuk mencari pahala dalam berumahtangga.
Setiap pasangan suami isteri pasti akan mengimpikan satu kehidupan yang bahagia dan harmoni. Setiap suami juga pasti mengidamkan seorang wanita solehah yang merupakan sebaik-baik kenikmatan dunia.
Sabda Nabi s.a.w:
“Dunia itu penuh dengan kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia adalah isteri yang solehah.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1467.
Namun begitu, apa yang sering dicanangkan adalah peranan isteri untuk membentuk keluarga yang harmoni, bagaimana isteri patut taat kepada suami, apakah balasan bagi isteri yang derhaka, apakah balasan terhadap isteri yang menolak pelawaan suami untuk bersetubuh dan tugas-tugas isteri untuk membahagiakan suami. Hanya sekali-sekala diketengahkan perbahasan tentang apa yang suami perlu lakukan untuk membina sebuah keluarga yang dihiasi dengan perasaan cinta (mawaddah) dan kasih-sayang (rahmah).
Firman ALLAH S.W.T:
“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-NYA dan rahmat-NYA bahawa DIA menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-NYA antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang serta belas kasihan. Sesungguhnya demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” – Surah al-Ruum: 21.
Suami sememangnya telah diperintahkan oleh ALLAH untuk melayan isteri dengan penuh kebaikan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampak cukup solekan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina menjadi tumpuan di majlis resepsinya setelah hampir 3 bulan bernikah dengan Essam Muhammad di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.
Berita itu dikongsikan menerusi laman sosial Instagram jurusolek, Fazz Ariffin yang memuat naik foto hasil tata rias pengasas Qalby App berusia 43 tahun itu.
Tampil anggun dengan solekan sederhana, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tampil kelihatan anggun dalam persalinan berwarna putih hasil rekaan pereka fesyen, Ezzati Amira.
Berjalan dari pintu masuk menuju ke pelamin, para tetamu yang hadir dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto Mizz Nina dan Essam.
Majlis tersebut juga turut dikongsikan rakan rapat Mizz Nina, Aliza Kim yang memuat naik foto pasangan pengantin bersama anak angkat Mizz Nina, Musa.
Turut kelihatan hadir memeriahkan majlis ialah pelakon Datin Lisa Surihani dan suami, Datuk Yusri Abdul Halim.
Sebelum ini, Mizz Nina pernah berkongsi khabar gembira mengenai pernikahannya dengan suami, penyanyi rap berdarah kacukan Maghribi-Amerika Syarikat itu.
Satu Malaysia sudah mengetahui status pasangan yang hangat diperkatakan masa kini antara Fattah Amin dan Fazura. Tempoh hari, kecoh dengan perkhabaran mengenai pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan berwalikan abang kandung pelakon jelita itu.
Teka-teka mengenai status pasangan ideal itu terjawab apabila kedua-dua artis pujaan ramai ini memuat naik video sekitar majlis pernikahan mereka malam tadi. Fattah dan Fazura berkongsi momen dan detik bahagia di majlis pernikahan mereka di laman Instagram masing-masing.
Sejuk mata memandang! Itulah yang dapat digambarkan saat melihat video pasangan sama cantik sama padan ini saat disatukan. Terpancar wajah kegembiraan kedua-dua pasangan apabila perjalanan percintaan mereka berakhir dengan satu ikatan yang sah.
Fazura tampil cukup manis dan sopan dalam persalinan kurung moden yang ringkas dan minimalis. Solekan malar segar ternyata menjadi padanan sempurna buat artis jelita ini. Fattah Amin pula segak dalam persalinan baju melayu lengkap serba putih. Dekorasi indah menjadi saksi terpaterinya ikatan dua hati ini. Gemeresik pelamin nuansa ungu lembut sentuhan Reka Teemor menaikkan lagi keindahan majlis yang diraikan penuh sederhana.
Jom kita lihat video sekitar majlis pernikahan antara Fattah Amin dan Fazura! Bersemut tengok video penyatuan dua hati kesayangan Malaysia ini!