Punca orang perempuan pertahankan hubungan walau ada banyak ujian, bagi golongan ini, sekali kahwin, cukuplah! Tak perlu banyak kali walau disakiti.
Ya, itu lah sebab nampak seolah-olah orang perempuan kuat dan sabar berdepan dengan ujain. Nak tahu lagi jauh soal ini, jempute baca perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini berkenaan sikap seorang wanita apabila bergelar isteri.
Punca Orang Perempuan Pertahankan Hubungan
Ada sebab kenapa seorang isteri masih mempertahankan rumahtangga yang kalian bina:
1. Kalau dah sayang, bukan senang nak benci dan pergi macam itu je. Seorang isteri akan cuba perbaiki kelemahan diri dan belajar untuk jadi yang terbaik. Dia perbaiki semua salah silapnya dan nak suaminya jatuh cinta dengannya lagi.
Walaupun pada dasarnya isteri itu tak salah apa. Suaminya yang beralih arah ke wanita lain.
Fitrah wanita, susah nak jatuh hati lagi dengan lelaki lain. Cukup satu je. Yang lain, fokusnya hanya pada anak-anak dan urus rumahtangga sahaja.
2. Mereka ini selalu berharap untuk kalian berubah. Berharap bahawa kalian sedar salah silap kalian. Dan jadi macam lelaki yang mula-mula mereka kenal dahulu.
Siang malam mereka berdoa supaya kalian dilembutkan hati, direndahkan ego dan menerima kasih sayang mereka dengan terbuka.
3. Perempuan ni, sekali kahwin cukup sudah tu. Nak ‘start all over again’ itu tak pernah ada dalam fikirkan mereka. Mereka rasa letihnya nak mulakan lagi hubungan baru.
Cukuplah seorang lelaki je yang mereka pilih sebagai pasangan hidup. Sebab mereka ni dah fikir 2-3 kali sebelum terima kalian tau.
4. Sungguhpun jika suatu saat nanti berumahtangga lagi, dia kena fikir macam-macam. Bukan sahaja nak terima seorang suami baharu, malah nak terima mertua baharu, keluarga baharu dan masa itu macam-macam pengalaman yang kena tempuh lagi.
Namun pada masa itu, mereka nekad juga terima lelaki lain atas dasar anak-anak perlu kasih sayang seorang ayah. Susah kalau nak lebih dari itu.
5. Bila isteri ni dah buat yang terbaik, maka dia akan pertahankan sungguh-sungguh. Walaupun dilayan macamana sekali pun, dibuat endah tak endah, tetap juga dia berusaha mempertahankan rumahtangga.
Dia tak putus asa selagi ada kudrat dan hati untuk diperjuangkan. Dia cuba sedaya upaya untuk pertahankan mahligai yang terbina.
Para suami di luar sana, kita kerap mendengar rintihan pelbagai latar belakang seorang yang bernama isteri. Masih ramai yang sehingga ke saat ini mempertahankan rumahtangga walaupun pada hakikatnya jiwa mereka telah kosong. Hati mereka telah berkecai dan remuk tak boleh dibaiki.
Namun mereka masih usaha dan tersenyum hanya demi rumahtangga dan anak-anak yang perlukan kehidupan berkeluarga yang bahagia.
Pesan Tok Abah, renung-renungkanlah. Sedarlah bahawa isteri kalian sedang berjuang tu. Jangan kecewakan mereka lagi. Ubahlah diri kalian selagi sempat.
Kerana hati yang bertahan tak selamanya kuat. Bila sampai hadnya, mereka juga terpaksa mengalah demi ego seorang suami.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI