Pesan Coach Ina Fitlife, Jika Nak Kurus Elak 10 Kesilapan Besar Diet Ini

Share

Tahun baharu ramai yang memasang impian dan salah satunya yang jadi kemestian semua orang ialah ingin kurus. Tapi macam mana nak kurus? Mesti tak boleh makan nasi dan kena minum air sahaja? Kalau berat sudah mencecah 80kg, mampukah anda mendapatkan berat ideal sekurang-kurangnya 50kg?

Mungkin ini yang bermain di fikiran anda. Segalanya terletak pada diri individu itu sendiri sejauh mana kecekalan dirinya mahu berubah dan bukan hanya untuk nampak cantik. Yang penting tubuh badan sentiasa sihat.

Nak kurus tapi tak berjaya? Cuba semak 10 kesilapan besar ketika diet sebagaimana yang dikongsikan oleh Coach Ina Fitlife ni. Mungkin ada kesilapan-kesilapan yang pernah anda lakukan ketika mengamalkan diet.

Sebelum nak melangsungkan hari bahagia, cuba selidik tip berguna ini agar misi anda untuk menurunkan berat di tahun 2018 tercapai.

1. SKIP HIDANGAN

Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Sarapan tu penting tau ! Pilih sarapan yang sihat, tinggi protein dan serat ! Elakkan sarapan yang tinggi kalori, gula dan lemak.

2. MAKAN 3x SEHARI JE?

3 hidangan sehari TAK cukup untuk mengawal nafsu makan membantu meningkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Rancang meal plan mengikut keperluan kalori seharian. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.

3. MAKAN TAK CUKUP?

Jangan jangan jangan tak makan. Nak turun berat kena makan. Berlapar akan membuatkan metabolisma berkurang dan menjejaskan penurunan berat badan korang tu.

4. NAK KURUS ORANG CAKAP ELAK NASI.

Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. Memang lah menggemukkan kalau sehari 4 5 pinggan nasi , TETAPI oats, buah, roti pun menggemukkan kalau diambil berlebihan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.

5. IKUT ORANG CAKAP & MISS GOOGLE

Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini. Asal nak kurus je tanya cik google tak pun ikut orang cakap. Nak diet kena tahu dan faham apa yang korang makan. Turun berat bukan magik !

6. TAK TAHU KEPERLUAN KALORI SEHARIAN

Kenal pasti keperluan kalori seharian ( DCR) . Bukan main berlapar je. Bila dah tahu DCR, baru lah senang nak rancang menu makan seharian. Ye tak ?

7. NAK DIET KENA MAKAN SALMON DAN PASTA JEEE.

Buat lah diet yang sesuai dengan kita yang duduk di Malaysia ni. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Nak makan kari ayam ? Makan je ! Ambil bahagian isi, kurangkan kuah. Ni diet makan sandwich , makan pasta kononnya ORANG CAKAP senang turun berat.

8. DIET SAYA KENA MINUM AIR DAN TAK BOLEH MAKAN NASI

Diet yang baik merangkumi kesemua pilihan harian yang sihat dan seimbang. Nasi tu tak salah . Yang salah kalau korang ambil berlebihan.

9. AKU NAK KURUS SEBAB NAK KAWENNN

Diet yang sihat bukanlah diet yang ada jangka masa. Ceee google sikit tanya ” WHAT IS DIET “. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa bukan short term. Nak sihat berpanjangan, bukan sebab nak nampak cantik di hari perkahwinan je.

10. GELOJOH

Naik berat punyalah makan macam macam , nak kurus kalau boleh 1 minggu tu nak turun 20 KG. Penurunan berat adalah proses , bukan LIPOSUCTION .

Haaa sekarang dah tahu mistake mistake yang korang selalu buat ?

Selamat mencuba dan good luck !

Published by
Putri Adila