Uncategorized

Pesan Lelaki Ini, Masa Bercinta Tolong Elakkan Buat 10 Perkara! Kalau Dah Tunang, Lain Cerita

Share

Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi, masa bercinta cuba elakkan buat perkara ini pada pasangan. Terutama sekali bab kewangan! Kalau dah tunang tu lain cerita. Memang niat kita ingin membantu tetapi kita tidak tahu sejauh mana hubungan itu mampu pergi.

Jangan Buat 10 Perkara Ini Semasa Bercinta
**********************************************

Edisi Pengurusan Kewangan

Jika kau masih muda dan sedang bercinta, sila bercinta secara bersederhana. Jangan terlampau menyayanginya.

Mungkin kau duk jaga jodoh orang. Kalau putus di tengah jalan, karang susah nak move on. Memang dia paling kau cinta tetapi biar berpada-pada.Masa bercinta jangan lebih-lebih serupa kau dah berstatus suami isteri.聽
.

Jangan lakukan ini jika kau belum sah lagi berkahwin dengan si dia :

  1. Jangan beritahu jumlah wang simpanan kau. Karang asyik nak pinjam je kerjanya.
  2. Jangan kongsi duit beli kereta. Kau sayang dia setinggi langit pun, jangan tolong bayar deposit kereta dia. Karang kau tahu dia ada orang lain, mula la nak meroyan.
  3. Jangan kongsi duit untuk bayar deposit rumah. Kongsi untuk belanja kahwin takpe.
  4. Jangan kongsi beli rumah pertama. Lepastu letak nama dia. Last sekali kau yang merana.
  5. Jangan berhutang untuk makwe/pakwe. Kau sayang dia pun, tak payah sampai sanggup berhutang untuk dia.聽
    .
  6. Jangan bagi pinjam wang lagi jika hutang pertama dia masih belum langsai.
  7. Jangan buat pembiayaan peribadi untuk kenduri kahwin. Nanti anak dah masuk tadika pun belum habis bayar lagi.
  8. Jangan jadi penjamin pada hutangnya. Tapayana tunjuk pengorbanan kau sangatlah masa bercinta ni.
  9. Jangan terima cintanya jika hutangnya bersepah. Jangan bangga sangat kalau pakwe kau ada tiga kad kredit. Entah-entah tunggakan kad kredit dah lebih RM20K.
  10. Jangan suka sangat pakwe kau ada kereta import mewah, bayaran dia belum tentu cantik setiap bulan.

***

Masa bercinta kau tak perlu jadi lilin. Sanggup berhutang sana sini untuk tengok pasangan kau berjaya.

Dah tunang boleh la kau nak tolong sekadar yang mampu. Ini tidak, bercinta baru sebulan tetapi dia dah minta tolong macam-macam.

Setiap bulan dia pinjam duit kau. Macam-macam alasan dia bagi. Mak cik sepupu dia meninggal lah, adik kawan Wechat dia masuk hospital lah.

Karang kena tipu karang mula la duk cakap lelaki semua sama. Padahal kau mudah tertipu dan ditipu. Pujuk rayu sikit dah goyang. Kah!

Share jika bermanfaat | Tag BFF perempuan kau聽馃槉

[ASY]

#AmirSyahir
#NotaKewanganASY

Published by
Bella