Hubungan

Pesan Rozita Ibrahim, Berhati-hatilah Memilih Calon Menantu Jika Nak Bahagia

Share

Pesan Rozita Ibrahim, ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri meminta agar para mentua berhati-hati dalam memilih calon menantu.

Nak hidup lama, jadi soal jodoh atau menantu memang patut diselidik dulu sebelum menghalalkan. Ini demi masa depan dan kebaikan suami isteri.

Walau ada sesetengah pihak tak suka masuk campur hal anak-anak, namun bab calon menantu sebaiknya anda kena ambil peduli.

Jom baca pandangan Bonda Rozita dulu, barulah kita boleh memahami lebih jauh tentang isu ini.

Hati-Hati Pilih Calon Menantu

Akui perkara yang sama, Bonda Rozita menyatakan ke mana saja dirinya pergi pasti akan mendoakan yang terbaik buat anak dan keturunannya.

“Menantu jadi hantu ..?? Berhati2 memilih calon menantu ” orang asing dalam keluarga kita “

“Yang akan mengambil anak kita dan menentukan kekeluargaan – Genetik generasi – Nasab atau keturunan.

“Apa yang ada pada ibu dan ayah ia akan menurun melalui rupa paras sikap dan genetik ..!!” itulah antara luahan Bonda Rozita yang turut menjadi kerisauan pada ibu bapa yang lain.

Doa Tanpa Henti, Allah Bagi Keturunan Yang Baik-Baik

Bonda Rozita yang juga Pengasas Jamu Ratu Malaya sebagai seorang ibu dia begitu risaukan anak-anak terutama pada anak-anak Perempuan.

“Risau orang tua “dia ada hak pada anak-anak, lagi-lagi anak perempuan!! Doa tanpa henti doa tu kekuatan agar Allah bagi keturunan yang baik-baik beragama dan bijaksana.

“Selalu saya menung, kemana saja pergi doa paling utama ialah untuk anak dan keturunan.

“Mencari calon menantu tak mudah! Tertarik dengan kata-kata Ustaz Dasuki baru-baru ini kata Ustaz jangan salah pilih menantu. Menantu yang membahagiakan atau menantu yang sebenarnya menghantu.

Ibu Bapa Kena Beri Panduan Hal Perkahwinan

“Saya pesan pada anak , tak kawin lebih baik dari kawin dengan lelaki berguna yang tak boleh membawa anak saya kepada kehancuran dunia dan akhirat.

“Belajar dari pengalaman, perkahwinan ni, tak seindah macam drama Korea atau Hindustan di mana yang akan ada best ending.

“Menantu boleh merosakan masa depan dunia akhirat anak kita,  pecah belahkan keluarga, menjemput musibah besar.

“Menyerahkan anak pada lelaki yang salah umpama meminum racun setiap detik, pada saya sebagai ibu dan masa depan anak saya!

“Setidak-tidaknya sebagai ibu kita dah ikhtiar nasihat terbaik dan penentunya Allah juga. Hanya sikap taat anak menjadi redha ibu membawa lapang dan tenang kehidupan anak-anaknya sampai kesyurga Allah,” ungkapnya.

Ibu bapa sebenarnya wajib memberikan panduan bagaimana anak perempuan mereka boleh mencari bakal suami.

Jadi, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Hal ini kerana perkahwinan bukan kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan.

Published by
Nadia