Pesanan Buat Lelaki Yang Pasangannya Kaki ‘Shopping’! Ingat Lelaki, No 4 Perlu Ada Ya!

Share

Membeli-belah atau shopping merupakan aktiviti kegemaran wanita sebelum mahupun selepas mendirikan rumah tangga. Bagi lelaki atau mereka yang bergelar suami, aktiviti shopping tentu sahaja membuatkan lelaki bosan kerana pasangan anda akan mengambil masa yang agak lama untuk membeli-belah.

Untuk kes ini, beberapa hal boleh dibuat agar anda kekal ceria dan lebih tenang. Jom kita lihat tip yang boleh diguna pakai ketika anda menemani pasangan sedang shopping!

1. SEDIAKAN KELENGKAPAN SECUKUPNYA

Pastikan bateri telefon mahupun power bank anda dicaj penuh sebelum keluar dari rumah. Jika anda suka membaca, bawalah bahan bacaan bersama seperti novel, buku, majalah atau suratkhabar. Anda pasti tidak akan berasa bosan jika dapat membuat perkara-perkara yang anda sukai sepanjang tempoh menunggu isteri sedang shopping.

2. BERI KOMEN YANG POSITIF

Semasa membeli-belah, pastinya isteri akan bertanyakan pendapat anda ketika isteri memilih barang. Jangan selalu memberikan jawapan yang selamat kerana perkara itu tidak akan memuaskan hati pasangan. Jika anda ingin pulang ke rumah dengan cepat, belajarlah untuk memberi komen yang pelbagai dan nampak bijak seperti, “Baju ni cantik tetapi potongannya tak sesuai dengan awak…” atau “Kasut ini terlalu tinggi, cari la yang tumitnya rendah sikit.”

3. BAWA KELENGKAPAN ANAK

Sekiranya anda mempunyai anak kecil, pastikan anda membawa semua kelengkapan untuk menjaganya. Bagi mengelakkan anda merana, pastikan anda bawa kesemua keperluan si anak seperti susu, lampin pakai buang, makanan dan paling penting stroller. Tugas menjaga anak ketika isteri sibuk shopping akan diserahkan sepenuhnya kepada anda. Lebih baik anda bersiap sedia!

4. MAKAN & MINUM DAHULU

Sebelum memulakan aktiviti shopping, pastikan anda dan pasangan makan terlebih dahulu. Persiapkan diri anda dengan tenaga yang secukupnya. Aktiviti membeli-belah ini mungkin mengambil masa yang lama dan khuatir anda akan kelaparan kerana menemani isteri anda membeli-belah.

5. CUBA CARI KAWAN

Beri masa isteri anda shopping sepuas hati. Bagi mengelakkan anda bosan, carilah kawan yang senasib dengan anda. Sambil berehat-rehat di kerusi yang disediakan, ringankanlah mulut anda untuk bertegur sapa dengan rakan di sebelah. Selain mendapat kawan baharu, anda juga mendapat pahala kerana menjalinkan tali silaturahim.

Published by
Fadhli Ismail