Ramai para suami walaupun tidak semua lupa tentang keperluan menjaga emosi isteri tanpa sedar. Menjadi tugas suami untuk menjaga kebajikan dan menyediakan keperluan seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan untuk semua ahli keluarganya.
Sebagai suami, anda perlu memahami tujuan perkahwinan menjurus kepada perkongsian melaksanakan amanah untuk hidup bahagia dan membahagiakan satu sama lain.
Memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta pada masa sama bekerja bagi meringankan beban kewangan suami bukanlah semudah yang disangka.
Dalam keadaan beginilah seorang isteri itu perlukan sokongan daripada pihak suami. Ketahuilah bahawa apabila seorang wanita itu mengambil keputusan untuk berkahwin maka seluruh hidupnya diserahkan sepenuh pada suami dan keluarga.
Berikut perkongsian Muhammad Hassan betapa penting suami mengambil berat soal emosi seorang isteri.
Kita rasakan cukuplah beri nafkah pakaian, tempat tinggal, makan minum dia, keperluan harian dia. Done. Kita suami kadang-kadang terlepas pandang tentang EMOSI isteri.
Betullah ada saya baca. Kesunyian wanita ketika alam perkahwinan lebih menderita berbanding kesunyian ketika dialam anak dara.
Lihat. Rasulullah SAW cukup peka tentang emosi isteri. Cukup Rasulullah SAW jaga. Terlalu banyak kisah Rasulullah SAW menitik beratkan emosi isteri dan wanita.
Nabi SAW teladan yang terbaik dalam melayani isteri-isteri baginda. Tenang, bahagia saat isteri bersama baginda SAW, bahkan Nabi SAW melarang kita untuk memukul wajah, mengherdik isteri.
Lihatlah cinta Nabi SAW terhadap khadijah RHA Setelah 3 tahun wafatnya Khadijah RHA barulah Nabi SAW berkahwin dengan Saudah RHA dan seterusnya Aisyah RHA dan lain-lain.
Saya selalu pesan kepada anak-anak muda. Jika sayang awek, jaga si dia betul-betul, niat untuk kahwini dia. Belajar dan kerja sungguh-sungguh. Jangan lupa mantapkan ilmu agama.
Ambil tahu basic ilmu KELAHIRAN,PENYUSAAN dan ilmu bagaimana untuk jaga emosi isteri ketika berpantang.(POSTPARTUM).
Kenang balik jerit perih mereka kandungkan anak kita,betapa sakitnya untuk lahirkan anak. Setiap minit contraction berlaku sehingga ada yang lebih rela untuk dibedah.
Bang,mereka pernah ‘mati’ untuk lahirkan anak kita, lagi sedih setelah bersalin bermacam penyakit pula dapat.
Saya pernah jumpa seorang ibu dukung anak Epidermolysis Bullosa(Penyakit kulit rapuh). Kuatnya ibu itu setiap masa lap darah anak sehingga darah menitis ke lantai. Beginilah seorang ibu, seorang isteri 100% jiwanya untuk keluarga ini.
Tiada lagi istilah ME TIME untuk mereka, tiada lagi reunion bersama rakan perempuan, sanggup berhenti kerja demi menjaga anak yang sakit.
Tiada lagi masa untuk ziarah ibu bapa di kampung, bahkan kadang-kadang setahun sekali dapat jumpa ahli keluarga yang lain. Ini semua untuk kita para suami.
Kadang-kadang merekalah doktor, misi, merekalah cikgu, merekalah ustazah, merekalah chef, merekalah security untuk anak-anak.
Sebagai suami kita adalah pemimpin untuk isteri dan anak-anak. Bagaimana kita dapat PERBAIKI mereka untuk taat Allah dan Rasul. Bagaimana agar kita pertaruhkan nyawa kita untuk MELINDUNGI mereka dan bagaimana untuk kita beri PERHATIAN kepada mereka setiap masa.
Jika kita fikirkan kecantikan semata ia akan pudar ditelan usia. Sememangnya wanita diciptakan Allah cantik pada pandangan mata lelaki. Sedangkan perkahwinan bukan untuk ‘bersedapan’ sahaja, bahkan ia satu amanah yang besar dari Allah.
Boleh jadi perkahwinan ini asbab kita masuk syurga, sebaliknya akan menempah bara api neraka.
Perbaiki niat kita,kahwin untuk dapat redha Allah,untuk pegang tangan pasangan sama-sama masuk syurga.
“Jagalah Allah pasti Allah jaga kita”
Sumber: Muhammad Hassan
Kredit foto (top image): Pexels