Pulut kuning begitu sinonim dengan majlis perkahwinan dan pertunangan kerana ia sering dijadikan hantaran. Pulut kuning dihias serba indah dengan hiasan gubahan sayuran yang segar dan diselitkan dengan telor puyuh serta lapisan serunding daging atau ikan bersama pulut yang lemak manis rasanya.

Sempena pameran perkahwinan yang berlangsung dari 1 hingga 18 Oktober di ruang legar, SACC Mall, Shah Alam berlangsung Pertandingan Menghias Pulut Kuning dengan tema Pengantin Raja Sehari.

Pertandingan ini disertai oleh enam orang peserta. Keperluan yang mereka perlu adakan ialah pulut kuning seberat 1kg dan bahan-bahan hiasan.

Peserta Serlah Kreativiti Dalam Pertandingan Menghias Pulut Kuning Dengan Tema Pengantin Raja Sehari

Ads

Masing-masing menonjolkan kepakaran yang tersendiri dalam menggubah pulut kuning agar tampil menarik.

Markah diadili bukan hanya dengan melihat rupa malah tekstur dan rasa juga diambil kira. Makanan haruslah mempunyai rasa yang sesuai dan cukup perasanya iaitu sebanyak 30%.

Ads

Selain itu persembahan makanan turut mengambil kira di mana makanan perlu bersih, menarik dan praktikal. Hiasan yang digunakan perlu bersesuaian dengan makanan dan 25% diberikan.

Markah juga diberikan kepada kombinasi, kesederhanaan dan keaslian iaitu sebanyak 25%. 20% diberikan untuk markah keseluruhan.

Peserta Serlah Kreativiti Dalam Pertandingan Menghias Pulut Kuning Dengan Tema Pengantin Raja Sehari

Peserta Serlah Kreativiti Dalam Pertandingan Menghias Pulut Kuning Dengan Tema Pengantin Raja Sehari

Penjurian dilakukan oleh barisan juri profesional iaitu Puan Ezatul Nazura Baba CEO dari  Wangi World, Puan Mariam Shukor Editor Pesona Pengantin dan Puan Elina Kamarudin dari Majalah RASA.

Ads

Peserta Serlah Kreativiti Dalam Pertandingan Menghias Pulut Kuning Dengan Tema Pengantin Raja Sehari

Puan Norkamisah berjaya menggondol tempat pertama dengan hasil kreativiti yang ditonjolkan dan membawa pulang wang tunai RM300 serta hamper. Manakala tempat kedua jatuh kepada Puan Norlida Ahmad dengan hadiah wang tunai RM200 juga hamper. Satu-satunya peserta lelaki Mohamad Faizal mendapat tempat ketiga dengan hadiah RM100 serta hamper.

Ternyata semua peserta mempunyai kreativiti yang tersendiri. Setiap peserta diberikan sijil penyertaan oleh pihak penganjur iaitu Butik Jedan.

Peserta Serlah Kreativiti Dalam Pertandingan Menghias Pulut Kuning Dengan Tema Pengantin Raja Sehari

Peserta Serlah Kreativiti Dalam Pertandingan Menghias Pulut Kuning Dengan Tema Pengantin Raja Sehari

Peserta Serlah Kreativiti Dalam Pertandingan Menghias Pulut Kuning Dengan Tema Pengantin Raja Sehari

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI