Kami nak kongsi petua ini dengan anda terutamanya wanita bagi membaikpulih masalah dalaman wanita dengan resipi air kencur ini. Air kencur ini sangat bagus untuk memecahkan angin dalam urat saraf dan juga baik untuk wanita yang dalam pantang, mengalami keguguran ataupun ibu yang masih menyusukan bayi. Malah orang lelaki pun boleh minum dan ianya tiada kesan sampingan.
Petua Air Kencur Baik Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak Juga Baru Alami Keguguran
Bahan-bahan Air Kencur
2 genggam cekur / kencur
1 genggam halia
1 genggam beras (yang sudah dicuci dan direndam 3jam)
1 ketul gula Melaka kecil
1 sudu teh kecil bunga cengkih
1 liter air
Cara Penyediaan
1. Cuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih.
2. Cuci dan kupas kulit cekur / kencur dan halia.
3. Masukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes.
4. Tuangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat.
5. Masukkan bunga cengkih dan gula Melaka.
6. Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya.
7. Biarkan sejuk sebelum masuk botol.
8. Minum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan.
Minum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing.
Dalam amalan berjamu, amat penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan.
Bila berjamu, jangan dicampur minum dengan ubat atau vitamin lain. Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam.
Bila amalkan jamu, pastikan minum banyak air suam supaya jamu dapat bekerja dengan lebih berkesan.
Antara kebaikan air kencur adalah menyembuhkan kembung perut, melegakan perut memulas, mengurangkan bengkak, melancarkan darah haid, melegakan batuk dan sakit tekak, pecah angin dalam urat saraf, menghilangkan lenguh sakit sendi, mewangikan badan, serta melancarkan perjalanan darah.
Sumber: Sinar fm
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI