Kecantikan

Petua Berkesan Kecutkan Jerawat Tanpa Parut

Share

Jerawat adalah musuh utama pada kulit wajah kita. Jika timbulnya jerawat, kadang kala ia boleh membuatkan kita rasa stress dan kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.

Pakai semua produk tapi tak jalan? Itu adalah satu lagi masalah yang sering dihadapi. Bersama pengguna facebook Nauf Safuan berkongsi bagaimana beliau dapat kecutkan jerawat menggunakan bahan dapur ini dengan cepat. Selamat mencuba!

Ni percubaan pertama aku mengunakan kunyit dan timun. Aku share pengalaman aku yea.

Tujuan aku pakai mask ni. Sebenarnya nak kecutkan jerawat kat atas kening ni dan aku campur dengan timun untuk haluskan kulit aku dan kecilkan pori pori. Timun tu juga bertindak untuk mengawal minyak yang bertakung kat muka aku ni. Haha

Perbezaan selepas aku pakai mask kunyit timun ni. Muka nampak lebih fresh. Kulit rasa lembut. Jerawat atas kening dah mula tunjuk kesan nak mengecut.

Kulit aku jenis berminyak. Aku pakai pagi. Alhamdulillah sampai malam kulit aku mantain ja tak berminyak. Sampai malam kulit mantain lembut dan lembab. Mungkin sebab aku buh timun tu. Pori pun nampak lebih halus.

Kunyit tu hampa buh 1 sudu kecik. Sudu kfc tu. Pakai jangan lama sangat. Nanti muka jadi kuning. Pakai dalam 5 minit dan terus cuci guna air bersih.

 

Published by
NanyRahman