
Barang kemas jika kerap di pakai lama-lama banyak daki dan kotoran yang melekat, meskipun kita selalu membasuh dengan air biasa namun ianya tidak boleh menghilangkan keseluruhan daki dan kotoran yang terlekat. Lama-kelamaan daki dan kotoran yang melekat ini boleh membuatkan barang kemas anda kelihatan tidak bersinar dan kusam sama sekali akan menghilangkan seri kecantikannya.
Apabila ada masa yang tidak tahu nak buat apa bolehlah ambil sedikit masa tu untuk kilatkan barang kemas seperti rantai, gelang dan cincin emas yang ada. Hari-hari pakai, dah tentu nampak kusam kan. Buat sendiri saja sebab petuanya mudah sangat. Ini petua buat para isteri supaya tidak membazir hantar ke kedai untuk bersihkan emas.
5 Petua Untuk Kilatkan Barang Kemas
1. Ubat gigi
Ini cara paling biasa kita buat. Ambil ubat gigi dan sental barang emas gunakan berus gigi terpakai. Confirm berkilat.
2. Air asam jawa
Rendamkan barang kemas ke dalam air asam jawa selama 6 jam, kemudian bilas dengan air biasa. Keringkan dengan kain yang bersih.

3. Guna air teh
Sediakan air teh jangan tambah gula. Rendam barang kemas dalam air teh tadi paling kurang selama sejam. Kemudian bersihkan dengan berus dan bersihkan. Jika ingin berkesan, rendam lebih lama.
4. Air panas
Cara ini sesuai untuk membersihkan barangan kemas yang tidak mempunyai batu. Letakkan barang kemas dalam bekas yang sesuai kemudian tuang air panas ke dalamnya. Biarkan sehingga air sejuk. Keluarkan dan bilas.
5. Cecair pencuci pinggan
Tuang beberapa titis cecair pencuci pinggan dalam mangkuk berisi air suam. Kacau dan rendam dalam 15 minit. Selepas bersihkan dengan berus kecil sebelum dibilas dan dikeringkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati-hati Pilih Pakej Perkahwinan, 6 Tip Ini Boleh Jadikan Panduan Untuk Anda

Antara perkara yang perlu dibuat oleh bakal pengantin sebaik telah menetapkan majlis perkahwinan ialah memilih pakej perkahwinan yang terbaik mengikut kemampuan. Buatlah pilihan yang tepat dan buat perbandingan sebelum membuat keputusan.
Tip memilih pakej perkahwinan terbaik
- Cari maklumat dan buat rujukan- sebelum membuat survey sebaiknya pengantin sudah mempunyai pengetahuan tentang apa yang diperlukan semasa majlis perkahwinan. Anda boleh mendapat maklumat dengan berkunjung ke pameran pengantin, majalah , internet, saudara mara dan kenalan.
- Tengok kualiti pakej yang ditawarkan- Penting untuk anda melihat kualiti, apakah wang yang dilaburkan setimpal dengan pakej yang ditawarkan. Pilih ikut kemampuan walaupun cantik tetapi mahal , jangan sampai pembaziran di kemudian hari. Masih ada pakej yang sederhana dan cantik serta berkualiti yang boleh bakal pengantin pilih.
- Pastikan butik tersebut berpengalaman dalam bidang perkahwinan dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
- Jangan buat bayaran pada orang tengah, bayar sendiri di butik dan dapatkan bukti pembayaran bagi mengelak dari tertipu.
- Elak dari membuat tempahan pakej dengan butik yang jauh dari tempat tinggal anda terutama yang melibatkan pelamin, khemah dan katering. Ia bagi mengelakkan dari sebarang masalah yang tidak diingini seperti kelewatan dan sebagainya.
- Pastikan rekaan pelamin dan baju dari butik itu sendiri kerana ada juga butik yang mengambil dari butik lain. Ini bagi memastikan baju dan pelamin dapat disiapkan seperti masa yang dijanjikan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Alasan Perempuan Boleh Guna Untuk Elak Diri Dari Kahwin Awal Sangat

Bukan semua orang jenis yang nak kahwin awal, banyak lagi benda yang mereka fikirkan untuk diri mahupun keluarga. Jadi, ini 6 alasan untuk anda yang rasa-rasa macam belum bersedia nak kahwin. Selamat berjaya!
KERJA NO 1
Kedengaran agak cliche, yes memang cliche pun jika anda memberi jawapan hambar ‘saya tak nak kahwin sebab saya suka dengan kerja saya…’ anda kena lah beri penjelasan yang jelas seperti ‘saya sedang membina karier demi hidup berkeluarga nanti’, ‘saya sedang fokus untuk kenaikan pangkat..selepas itu baru bersedia’ atau ‘sebenarnya sedang mencari jodoh yang satu tempat kerja’. Gunakan alasan yang beri sudut yang positif, terapkan dalam minda anda apa-apa pun alasannya haruslah memberi kebaikan untuk berkahwin lewat.
BANYAK HUTANG NAK KENA SETTLE
PTPTN, bayaran bulanan kereta, pinjaman modal perniagaan dan banyak lagi lah yang kena anda bereskan. Beritahu sahaja kepada mereka yang anda tidak mahu membebankan suami anda dengan hutang dan yang paling penting anda inginkan kehidupan perkahwinan yang bebas dari tanggungan hutang. Wow! Pasti ibubapa anda bangga dengan kenyataan ini. Hehehe. Jangan lupa untuk beritahu anda juga sedang menyimpan untuk hari perkahwinan nanti.
MASIH MENCARI HALA TUJU KEHIDUPAN
Hidup hanya sekali, Penulis percaya banyak yang anda ingin capai dalam hidup ini. Salah satunya mengejar matlamat dan cita-cita anda yang mungkin masih lagi jauh. Apa kata anda cabar diri untuk sibuk mempersiapkan diri untuk membuktikan pada mereka yang banyak lagi perkara yang anda perlu fikir selain soal kahwin. Tunjukkan yang anda bersungguh benar ingin mengecap impian anda dan pastilah makcik ‘machine gun‘ pun tak berani nak tegur tau. Siapa mampu nak tegur bakal wanita berjaya negara kelak! Hehehe.
TAK JUMPA JEJAKA YANG SERASI
Jangan anggap diri anda loser jika belum menemui pasangan. Hey! Good things always come late. Jadi jujur sahaja kepada ibubapa yang sememang anda belum ada teman lelaki untuk dinikahi.Diingatkan juga tekankan yang anda punya rakan lelaki tapi tiada yang serasi untuk hidup bersama. Iyalah, Penulis tak mahu ibu bapa anda fikir anda sejenis yang tidak bersosial pula. Jelaskan pada mereka, anda masih mencari yang sesuai dan serasi untuk dijadikan suami.
INGIN BANTU KELUARGA
Tidak kisah lah anak sulung atau bongsu, kita masing-masing punya tanggungjawab kepada keluarga dan ibubapa. Beritahu mereka yang keluarga adalah fokus utama anda selepas perkahwinan. Pasti ada diantara pembaca kini sedang menyara belanja pembelajaran adik-adik yang sedang bersekolah atau melanjutkan pelajaran bukan? Iyalah, hidup di zaman ekonomi yang kurang bagus ini kadang-kadang perbelanjaan tidak cukup hanya dari satu pihak.
SUDAH BIASA HIDUP BERDIKARI
pasti ada diantara kamu sudah memiliki aset sendiri seperti rumah, kereta ataupun perniagaan sendiri. Jadi anda sudah terbiasa bahkan lebih selesa dengan kehidupan seorang diri a.k.a berdikari. Juga anda sebenarnya mencari calon suami yang punya sama standard seperti anda bukan?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teknik Buat Isteri-Isteri Supaya Elak Ditipu Ketika Servis Kereta

Isi Kandungan
ToggleMasalah servis kereta, adalah benda biasa bagi seorang lelaki berkereta, tetapi perkara agak kurang biasa bagi kebanyakkan wanita. Ini kerana, ramai wanita diluar sana akan pergi ke kedai untuk servis kereta walaupun servis biasa dan juga ada segelintir golongan lelaki akan servis di kedai.
Di sini admin hendak kongsikan tips mudah untuk servis kereta.
TIPS SERVIS KERETA ( UNTUK WANITA BERKERETA )
Kpd orang pompuan, anda sebenarnya boleh menjimatkan duit anda masa servis kereta. BASIC SERVIS kereta adalah:
- penukaran minyak enjin + tukar penapis minyak
- cuci atau tukar penapis angin (air filter ; biasanya benda ni tahan lama.. 6 7 8 kali servis baru tukar sekaliair filter ni)
- Periksa & top up air bateri (kalau nak tukar bateri yg baru ambil jenis jenis Century ; bateri kereta Century air bateri lambat surut & bateri ni tahan lama)
Kos basic servis di workshop:
- Minyak enjin (20-50W) RM50 – 60 ++
- Oil filter RM10-RM13
- Top up battery water (biasanya free atau termasuk dlm labour charge)
- Labour charge RM15 – RM 25
- Kalau suruh kawan2 anda yg lelaki buat sendiri (contoh kos servis sendiri utk kereta P. Wira)
Anda pergi beli sendiri benda2 ni kat kedai spare part Minyak enjin (Castrol 20-50W) RM28 (Harga Jun 2006) - Penapis minyak/Oil filter jika jenis proton standard baru RM8 satu..
Andaikan air filter tak yah tukar (elok lagi)
- Top up air bateri (air bateri RM1 – RM2 sebotol) boleh top up pakai balance air bateri kawan anda yg lelaki tu (free je)
- Labour charge – Belanja la kawan2 lelaki anda yg tolong servis kereta anda tu..
- P/S : Bandingkan kos anda.. (sebab tu la orang pompuan kena berbaik2 dgn orang lelaki nie.. jangan dok jual mahal je)
TIMING BELT
Adalah mustahak timing belt ditukar setiap60,000km (jenis proton standard, original protonparts) .. kalau anda pakai jenis Mitsubishi boleh tahan sampai 100,000km (hati-hati, kat kedaisparepart ada jual timing belt jenisMitsuboshi (brand tiruan @ cap ayam).. sekiranya timing belt enjin kereta anda kena air.. kena minyak enjin dgn banyak yg meresap melalui celah enjin (gasket enjin dah bocor), maka disarankan anda terus tukar timing belt kerana ketahanan getah tali ‘timing belt’ ini sudah berkurangan (tear & wear)..
Catatkan bacaan odometer reading di dashboard kereta anda supaya anda tahu bilakah perlu dilakukan pertukaran timing belt seterusnya.
Contohnya sekiranya ‘clock’ odometer reading kereta anda mencatat kereta anda telah berjalan sejauh 165,433km maka pertukaran timing belt seterusnya perlu dilakukan apabila bacaan odometer kereta anda mencecah 225,433km.
Kegagalan untuk menukar timing belt pada masa yg disyorkan oleh mekanik boleh menyebabkan ianya putus di tengah jalan (apa lagi piston akan jammed, rod akan bengkok atau patah, blok enjin akan calar atau pecah…) duit anda akan terbang ratus2.. kena overhaul la jawabnya.. (kos baik pulih enjin kancil jika timing belt putus RM600++, Opel frontera RM2000 ++ (kos tukar timing belt Opel frontera ni baru RM400..)
Sebab-sebab anda merasakan kereta anda seolah-olah menjadi berat..
- jangka hayat palam pencucuh(spark plug) sudah tamat (tukar setiap 30,000km atau setahun sekali)*
- tepet dalam locker enjin telah lari dari setting asal – buat pelarasan tepet setiap 1 tahun 6 bulan (jika kereta digunakan setiap hari untuk perjalanan jarak jauh) hingga 2 tahun sekali
- penapis minyak petrol(petrol oil filter) tersumbat [minyak tidak dapatflow dengan lancar ke sistem pembakaran enjin (kaburator / suntikan minyak)] – setiap kali anda menukar timing belt, tukar penapis minyak petrol ini sekali.
- Penapis angin (air filter) penuh dgn habuk / debu. Cuci atau tukar air filter ni.
- enapan karbon yang berlaku di dalam sistem pembakaran enjin telah banyak – cuci karbon setiap 2 tahun sekali (boleh buat di pusat Proton Servis atau gunakan Professor rujuk laman web En Azmi
- brek cakera(disc brake) kereta anda tersangkut ; akibat sistem brek yang tidak pernah diperiksa & diservis – biasanya berlaku kejadian piston brek melekat (brake piston takrelease balikdisc brake selepas kita menekan brek). Pandu kereta perlahan-lahan (gunakan gear 1 atau gear 2) & anda boleh mendengar bunyidisc brake tersangkut / bergesel ini. Tukar minyak brek setiap 3 atau 4 tahun, brek pad tukar bila dah nak habis. **
- Bearing roda @ tayar kereta anda telah rosak. (untuk kereta proton bearing roda kereta akan mula buat hal selepas 8 – 10 tahun usia kereta). Bunyi bising (berdengung) akibat kerosakan bearing roda kereta anda akan kedengaran bila anda memandu pada kelajuan 80km ke atas.
- minyak kotak gear(gear box oil) sudah sampai masa, tukar setiap 2 hingga 3 tahun [plat klac(clutch plate) tukar setiap 3 tahun sekali.
9. tekanan angin dalam tayar kereta anda tidak mencukupi.
10. Timing belt dan belting luar (tali sawat/kipas yang memusingkan ’fan’, ’alternator kereta anda menjadi terlalu ketat. Periksa dan buat pelarasan timing belt atau belting luar ini semula (tanda belting luar terlalu ketat diketahui sewaktu menghidupkan enjin ; ada bunyi berdencit yg kedengaran).
11. timing enjin kereta anda terlalu rendah atau telah lari dari setting asal. Buat pelarasan timing enjin kereta anda semula.
12. mungkin berlaku masalah kerosakan di distributor. Periksa sekiranya terdapat kerosakan pada coil distributor kereta anda.
13. Bateri kereta anda sudah sampai masanya (perlu ditukar). Jangkahayat bateri biasanya lebih kurang dlm 2 tahun.
Cerita Pasal Nak’Lowered’ Kan (Bagi Rendah) Kereta TukarAdjustable Absorber & Sport Spring.
Untuk kereta proton, jangka hayat sistem suspensi (gantungan)strut absorber (batang penyerap hentak) dan gelung spring adalah sehingga 5 hingga 7 tahun.. Ramai di antara kita akan memilih untuk menukar kepada jenisadjustable absorber (penyerap hentak jenis boleh laras contohnya jenama GAB), harga memang mahal.. atau bertukar kepadasport spring (contohnya jenamakimex). Setelah menukar penyerap hentak & gelung spring, ramai antara kita yang tidak berpuashati [rasa lagi keras lah, kereta terasa seperti bumpy (melompat-lompat) , lalu kat bonggol tak lepas, tidak selesalah] & akhirnya kembali memakai penyerap hentak & gelung spring proton standard.
(Benda mcm absorbers dan spring ni kalau nak standard je elok pakai yg original protonpart. Tukar absorber jenis minyak, kalau jenis gas cepat jadi keras (3 tahun ++ saja).
P/S : * Kalau banyak duit tukar palam pencucuh jenis NGK G-Power – (harga mahal sikit). Spark plug jenama Bosch Super 4 tidak disyorkan (pengalaman saya sendiri sudah pakai spark plug Bosch Super 4, lama kelamaan prestasi enjin lagi teruk).
** jika lampu isyarat amaran ( ! ) menyala walaupun anda telah melepaskan brek tangan, ini menunjukan minyak brek kereta anda telah berkurangan. Bawa ke bengkel untuk memeriksa kebocoran salur minyak pada sistem brek kereta anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI