pic
Wajah yang berseri di hari bahagia pastinya jadi igauan ramai bakal pengantin di luar sana. Rata-rata bakal pengantin semuanya cuma menyerahkan tugas mencantikkan wajah mereka pada mak andam. Namun sebenarnya kecantikan yang sempurna adalah yang terpancar dari dalam diri bakal pengantin itu sendiri.
Bagi memastikan anda cantik dari dalam ia memerlukan lebih masa untuk anda menjaga pemakanan, minum banyak air kosong, bersenam, penjagaan kulit dan sebagainya. Perkra ini perli diambil kira dari seawal mungkin dan juga sesuai dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.
Jadi, bagaimana untuk lebih realistik dalam keadaan yang singkat untuk tampil berseri sebelum menjelang hari bahagia. Amalkan petua lama ini agar bakal mempelai di luar sana berseri saat menjelang hari perkahwinan anda.
Petua lama ini bukan hanya untuk wanita sahaja, bakal pengantin lelaki juga sesuai untuk mengamalkan agar tampil segak bergaya pada hari tersebut.
Basuh muka dengan air rebusan daun sireh.
Kelebihan air rebusan daun sireh ni untuk elakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka.
Gunakan timun sebagai Eyemask.
Manfaat petua timun sebagai Eyemask ni antaranya menghilangkan lebam bawah mata atau kita sebut sebagai Eye Bag. Selain tu boleh juga hilangkan rasa tak selesa pada mata sebab selalu tidur lewat atau kerja lewat malam. Paling best, timun ni khasiatnya boleh tegangkan otot-otot dibawah mata.