Pikat Hati Suami Dengan Puding Gula Hangus Ini. Rupanya Senang Je Nak Buat!

Share

Tidak lengkap rasanya apabila juadah berbuka tiada pencuci mulut. Jika sebelum ini kita memilih untuk membeli pencuci mulut di bazar ramadan, tahun ini kita perlu menyediakannya sendiri kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak membenarkan bazar ramadan dibuka seperti biasa kerana bimbang wabak Covid-19 akan merebak.

Jika suami dan anak-anak anda penggemar pencuci mulut yang manis, apa kata cuba sediakan puding karamel yang sememangnya menjadi kegemaran ramai ini. Memang sedap dimakan ketika sejuk sewaktu berbuka. Nikmat sungguh!

Resipi ini dikongsi oleh Juman Islam di grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN) di Facebook. Jom kita intai resipi yang dikongsi olehnya ini.

Puding Karamel

Bahan-bahan karamel:

5 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara-cara:

  • Masak gula api kecil sehingga gula cair dan warna keemasan. Kacau perlahan sehingga sebati & masukkan air panas (hati².. nanti akan meletup² @ merecik..) Tuang dalam loyang dan biar caramel seketika.

Bahan-bahan puding:

6 biji telur
1 sudu esen vanilla (sy lebihkan sikit)
1 tin susu cair @ sejat
1/3 tin susu pekat (manis sedang-sedang je..)
1/4 cawan air masak

Cara-cara:

  • Masukkan semua bahan dan blend sekejap sahaja dan tuang ke dalam loyang karamel.
  • Kukus 20-30 minit

* Pastikan puding ni betul-betuk sejuk sebelum nak keluarkan daripada loyang.. (saya masuk dalam freezer sebab nak bagi cepat sejuk)

Sumber: Juman Islam via Masak Apa Hari Ni… (MAHN)

Published by
Naqiyatul Uzma