Ada pasangan suami isteri pilih bercerai secara baik apabila sedar perasaan cinta tak lagi wujud dalam rumahtangga.
Pelik, ingat disebabkan orang ketiga atau masalah kewangan, tetapi rupanya cuma disebabkan tiada lagi perasaan sebagai suami isteri yang saling mencintai dan yang tinggal hanya perasaan sebagai kawan.
Pilih Bercerai Secara Baik, Bila Hilang Perasaan Cinta
Banyak kes perceraian (sivil) yang kami buat, pasangan datang bersama ditemani anak-anak. Mereka nampak mesra, tak ada gaduh-gaduh pun, siap sembang dan gelak-gelak lagi.
Siap kadang bila masuk satu famili, saya tanya, nak buat urusan beli rumah ke? Lalu dijawab oleh suami, tak, kami nak failkan divorce.
Saya tanya joint ke single petition? Jawab dek isteri kat tepi, joint la, murah sikit. Sambil senyum-senyum kat suaminya. Dari mula, saya memang tak sangka, merekalah suami isteri yang nak bercerai tu. Nampak mesra betul.
Kekal Hubungan Baik Dengan Pasangan
Ada suami yang bergaji RM5k sebulan tapi sanggup bagi nafkah RM3k buat isteri dan seorang anak. Hakim siap tanya, RM3k ni banyak, lebih dari separuh gaji kamu. Betul kamu nak bagi jumlah ni?
Dan suami jawab, ya saya sanggup. Saya tahu isteri saya akan jaga anak saya dengan baik.
Ada isteri yang bila suaminya bagi nafkah 3 anak sebanyak RM500 sahaja. Hakim tanya, betul kamu sudi terima nafkah banyak ni je untuk 3 anak? Isteri jawab, saya sanggup, saya tahu dia pun tak bergaji tinggi.
Nampak tak? Masing-masing masih saling menjaga, saling belas dan saling bertolak ansur.
Ads
Saya pernah dengar hakim bertanya, “Kamu berdua nampak ok je, kenapa nak bercerai?”
Jawapannya…
“Tiada persefahaman” “Tak sehaluan”
Yang tak melaluinya, pasti akan kata, kalau masih sayang, masih ok, tak ada masalah, kenapa nak bercerai?
Tak semua yang kita lihat di mata kasar adalah apa yang sebenarnya berlaku.
Tinggal Serumah Tapi Tak Bersama Sebagai Suami Isteri
Saya pernah tanya seorang isteri yang bercerai secara baik. Katanya walaupun mereka tinggal serumah tapi mereka dah tak bersama sebagai suami isteri sejak anak bongsu lahir. Dan anak bongsunya dah berusia 14 tahun pada masa tu.
Ada seorang suami tu, katanya, dia dan isteri jarang jumpa. Dia balik, isteri dah tidur. Dia bangun, isteri dah pergi kerja. Anak-anak banyak dengan isteri dan famili sebelah isteri sebab rumah mereka dekat dengan rumah famili isteri.
Ads
Tidur asing-asing, bilik asing-asing. Kalau terserempak dalam keadaan aurat terbuka, terus lari sembunyikan diri macam jumpa ajnabi sedangkan itu pasangan kita yang tiada aurat antara kita.
Tak ada istilah rindu dah. Jumpa, jumpa lah. Tak jumpa pun tak apa. Ada hal penting, wassup je.
Risau? Pandailah si dia jaga diri.
Tiada ucapan hari lahir? Hari ulangtahun perkahwinan? Bercuti sama-sama? Tengok tv sama-sama? Makan sama-sama? Saling bercerita kisah harian.
Jawapannya, entahlah. Tak ada rasa apa-apa pun.
Makan sendiri, tidur sendiri, susah sendiri, segalanya sendiri. Senang cakap, suami atau isteri tu ada dengan tak ada, sama je. Tak ada beza.
Ads
Punca Bercerai Secara Baik
Kenapa perkara ini terjadi?
Kebanyakan yang nak bercerai secara baik ni, bukannya ada kekasih lain, bukannya dah membenci, bukannya dah tak suka. Tapi mereka dah tiada perasaan sebagai suami isteri terhadap pasangan. Perasaan mereka sama seperti kawan lain.
Yang masih mengikat mereka, hanyalah tanggungjawab kepada anak-anak, dan kesedaran bahawa dia suamiku, aku isterinya. Itu saja.
Kadang setiap kali cuba untuk berbual, ada saja perkara yang buat masing-masing rasa macam, ah malas nak cakap, cakap pun macam tu jugak. Atau tiap kali berbincang untuk satu-satu keputusan, tak berakhir dengan keputusan yang dipersetujui, tapi hanya keputusan yang dibuat atas dasar malas nak gaduh.
1 hari, 2 hari, berlarutan seminggu, sebulan, setahun, sepuluh tahun. Keadaan masih begitu, hati makin tawar. Tambahan dengar rakan-rakan bercerita tentang betapa indahnya perkahwinan mereka. Sedang dia hanya mampu senyum.
Sebenarnya segalanya berpunca dari perasaan tak puas hati yang disimpan, tak terluah. Umpama gunung berapi. Disimpan puluhan tahun, sampai masa ia meledak. Lepaskanlah dari hubungan terus mengikat dalam keterpaksaan.
Fitrah Suami Isteri Dalam Hubungan
Fitrah suami isteri adalah bersama dalam suka dan duka. Teman susah dan senang. Tidur bersama. Makan bersama. Sentiasa saling mencintai. Sentiasa rasa dihargai dan menghargai. Jika semua tu dah tak ada, apa guna lagi sesuatu hubungan.
Jika pasangan kita dah tak macam dulu, carilah puncanya. Kalau lelaki tak nak bercakap, sebab sifatnya yang tak suka bercerita. Kalau perempuan tak nak bercakap, sebab mungkin dia dah penat bercerita.
Semoga perkongsian ini membuka mata dan hati pasangan suami isteri di luar sana. Jaga dan hargailah selagi masih ada cinta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau boleh, semua orang nak cepat jodoh. Mahu ada pasangan dan hidup bahagia dengan insan tersayang membina mahligai namun jika masih hidup solo, itu bukan satu masalah. Raikan!
Tetapi bercakap tentang jodoh ini, tidak bermaksud anda hanya perlu menunggu sehingga jodoh itu datang sendiri tanpa berusaha. Kalau duduk saja pun, jodoh tak datang bergolek.
Jadi anda kena teruskan usaha untuk mendapatkan jodoh yang baik.
Lumur Serbuk Kulit Manis Untuk Cepat Jodoh
Tentu sahaja ada kepercayaan dan tradisi dari seluruh dunia untuk mendapatkan jodoh ini. Kedengaran seperti pelik dan lucu, tetapi petua melumurkan serbuk kulit kayu manis pada seluruh badan adalah salah satu tradisi unik masyarakat di Denmark untuk mendapatkan jodoh dengan cepat.
Sebenarnya amalan ini sudah lama dipraktikkan iaitu sejak abad ke-16 lagi dan masih diamalkan sehingga ke hari ini.
Sejarah Guna Amalan Ini
Serbuk kayu manis akan dimandikan kepada mana-mana individu yang sudah mencecah usia 25 tahun, tetapi masih belum berkahwin. Amalan ini dipanggil sebagai ‘pebersvend’ atau lebih dikenali sebagai ‘paper dude’.
Menurut salah seorang penduduk di sana, Oliver, aktiviti tersebut diamalkan bagi memperingati golongan pedagang rempah-ratus pada zaman dahulu. Pada ketika itu, pedagang kerap mengembara ke seluruh dunia untuk menjual hasil dagangan mereka.
Oleh sebab itu, golongan ini selalu terlupa tentang masa depan mereka terutamanya dalam mencari pasangan dan mendirikan rumah tangga. Jadi untuk mengelakkan golongan muda terlupa tentang perkara yang sama, amalan mandi serbuk kulit kayu manis dicipta.
Upacara mandi serbuk kayu manis kebiasaannya akan dilakukan ketika seseorang individu itu menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25.
Amalan ini akan dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat yang akan membantu memandikan mereka yang diraikan.
Untuk rekod, selain daripada serbuk kayu manis, ada sesetengah amalan menggunakan bahan-bahan lain seperti bunga, lada hitam, kek dan sebagainya untuk memandikan seseorang.
Namun ini hanyalahsalah satu ikhtiar untuk seseorang bertemu jodoh. Tak perlu risau kerana soal jodoh, maut dan rezeki itu sudah tersusun cantik Allah aturkan. Tinggal usaha dan doa sahaja.
Tidak dapat dielakkan pasti akan berlaku sedikit perbalahan, persengketaan dan malah ada sampai pasangan merajuk. Selalunya yang paling ‘kuat’ dan mudah merajuk tentulah kaum isteri. Kalau isteri merajuk, suami kenalah pujuk. Jangan biarkan isteri mengasingkan diri. Jangan biarkan isteri merajuk terlalu lama atau memendam rasa.
Sebagai manusia biasa dan tidak sempurna, kita ada kelemahan. Masing-masing perlu selesaikan. Ketika inilah suami perlu bijak memainkan peranan kerana suami adalah imam dalam sesebuah keluarga.
Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk. Hati Wanita Sangat Halus. Kesian Isteri. Wanita dari tulang rusuk lelaki. Sifat tulang rusuk ni mudah patah. Begitulah hati wanita ni sangat halus, mudah sangat nak terguris.
Jangan samakan hati suami dengan isteri. Hati lelaki tak sama sama dengan perempuan. Orang laki lebih cepat memaafkan berbanding wanita sebab lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.
Isteri lebih banyak melayani emosi, jangan marah pada isteri, sebab Allah sudah jadikan fitrah wanita begitu. Cuba kita tengok orang perempuan bila bersembang suka laga pipi, berpelukan sesama mereka, dan perkara ni kalau jadi kat kaum lelaki orang akan pandang jelek.
Jadi bila isteri merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian. Dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia. Orang perempuan kebanyakannya suka dipeluk.
Tak rugi peluk isteri, hormon Oxytocin isteri akan bertambah, dia akan jadi orang yang sangat happy bersuamikan kita. Bukan itu sahaja, bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami.
Lantai mozek memang cantik tapi agak mahal harganya. Sebagai alternatif boleh guna cat epoxy untuk mencantikkan lantai simen rumah. Bagi pasangan pengantin baru, sudah tentu mahu berjimat cermat.
Lantai simen akan kelihatan cantik bersinar apabila dicat dengan cat epoxy. Kos untuk membeli cat epoxy juga tidaklah mahal. Sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin.
Sekadar ingin berkongsi di sini. Nak pakai mozek..belum ada rezeki….pakai tikar getah 2 tahun…dah koyak rabak.. Fikir punya fikir…nak tukar tikar getah 2 tahun lagi kena tukar pula….
Letih nak angkut perabot….2 pilihan dalam fikiran..nak pkai vinyl atau cat epoxy.. Fikir punya Fikir….kami suami isteri ambil keputusan untuk cuba cat epoxy dulu…sebab nampak lawa..bersinar macam mozek.
Apabila selesai..rasa berbaloi juga…dengan kos RM300+ dapat ruang tv, ruang tamu dan dapur. Memang cantik….nak tengok ketahanan cat epoxy ini macam mana….mengelupas atau tidak..kita tengok nanti..tapi setakat ini memang rasa puas hati….
Setahun selepas banjir, cat semula lantai dengan car epoxy. Jimat sebab satu tin boleh guna dua kali. Cat bahagian laluan sahaja. Bawah karpet, peabot tak perlu cat.
Lebih jimat dari guna tikar getah. Kalau banjir, nak kena keluar dalam RM500 untuk beli tikar getah baru. Guna cat epoxy, tidak sampai RM150. Kesimpulannya memang jimat guna cat epoxy.