Bakal menginjak usia 44 tahun, penyampai radio terkenal, Fara Fauzana menitiskan air mata apabila diajukan soalan tentan jodoh semasa sedang bertugas di konti radio Hot FM baru-baru ini.
Fara atau nama sebenarnya, Farah Fauzana Mohd. Fadzil tidak dapat menahan sebak apabila ditanya apakah pilihannya berkenaan cinta dan duit.
“If you ask me (kalau anda tanya saya), saya takkan pilih duit, saya akan pilih cinta,” katanya seraya mengesat tangisan yang membasahi pipinya.
Video yang dikongsikan menerusi Instagram Hot FM itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial tersebut.
“Perempuan yang tahu cari duit, ada duit akan pilih cinta, duit boleh dicari dan Insya-ALLAH semoga dipermudahkan utk kita semua,”
kata seorang pengguna, Nurayka.“Semoga kamu bertemu dan berjodohan dengan orang yang tepat buat kamu Farah,” komen kelipmalam77.
“Insya-ALLAH semoga Kak Farah akan memiliki cinta suatu hari nanti. Solat hajat doa biar yang hadir itu paling terbaik,” ujar Nuraryanaa pula.
Untuk rekod, Fara pernah mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang lelaki bernama Mohamed Hafiz Badiuzzaman pada Julai 2016.
Bagaimanapun, perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan pada saat akhir.