Dari sempit nampak luas bila dapur rona putih. Itulah kesan pemilihan warna yang tepat. Belum lagi ‘bermain’ dengan perabot dan segala gajet yang warnanya cerah juga.
Sebenarnya ramai mak-mak suka warna putih, cuma tak berani tanggung risiko sebab warna ini memerlukan sikap rajin berganda. Maklumlah, putih cepat kotor. Kalau tumpah, memang ketara kena cuci.
Namun, warna ini paling minimalist dan cantik malah boleh membangkitkan mood untuk memasak. Haaa.. kalau anda rasa nak ubah dapur ke warna putih, jom baca perkongsian Dinah Rakhim.
Putih itu ‘timeless’ maka sebab itulah dapur rona putih adalah konsep kabinet paling popular sepanjang masa. Untuk ruang dapur yang seluas 177 kaki persegi ini, pilihan warna putih dapat memantulkan cahaya dan menjadikan ruang dapur ini kelihatan lebih besar.
Menggunakan kabinet keseluruhannya warna putih, white quartz countertop, Bosch appliances, Eubiq sockets, Ash timber SPC flooring dan subway tiles, hasilnya sangat memuaskan hati.
JOM KITA LIHAT TRANSFORMASI PROSES MAKEOVER INI DILAKUKAN:
SEBELUM:
SELEPAS:
Kredit owner: Dinah Rakhim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selesai Akad Nikah, Masih Perlu Ke Buat Kenduri Kahwin? Ini Jawapan DR ZULKIFLI AL-BAKRI
Selesai akad nikah, bakal pengantin sibuk pula untuk buat majlis resepsi sebelah pihak pengantin perempuan. Belum habis penat, ada pula majlis sambut menantu. Bila dah banyak sangat majlis, tentulah bajetnya pun tinggi. Tapi, perlu ke ada majlis walimah ni?
Baru-baru ni, Datuk Dr Zulkifli al-Bakri selesai menerima kehadiran hali keluarga baharu. Anak lelaki sulungnya, Mohammad Hasanain dan pilihan hatinya, Nurul Azzlina Nabilah binti Abdul Aziz telah selamat bernikah. Majlis yang diadakan di Kuala Pilah menghimpunkan ahli keluarga dan sanak-saudara dari belah pihak perempuan.
“Alhamdulillah selesai majlis perkahwinan di sebelah keluarga menantu di Kuala Pilah.
Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada besan dan seluruh keluarga dan saudara maranya yang menyediakan sambutan dan layanan yang amat meriah.”
Dalam posting itu, Dr Zulkifli turut berkongsi pendapat tentang sambutan majlis kahwin atau walimah.
“Para ulama’ berbeza pandangan samada walimah ini wajib atau sunat muakkad (dituntut). Para ulama’ Syafi’iyyah menghukumkannya sunat muakkad. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A bahawa Abd al-Rahman bin ‘Auf telah berkahwin. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya:
أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ
Maksudnya: Hendaklah kamu melakukan majlis perkahwinan sekalipun dengan seekor kambing.Riwayat Muslim (1427)
Para ulama’ berpendapat bahawa walimah disunatkan kepada suami (pengantin lelaki). Melainkan sebahagian ulama berpendapat bahawa ia disunatkan dengan seruan yang umum (iaitu tanpa dikhususkan kepada sesiapa), bagi tujuan menzahirkan kegembiraan dan keseronokan. Jika ia telah dilaksanakan di pihak pengantin perempuan, maka telah dikira tertunai sunnah berkenaan. Itulah yang dinyatakan dalam kitab Syarah Yaqut al-Nafis.
Adapun adat kebiasaan kita, kedua-dua belah keluarga mengadakan kenduri. Di sebelah lelaki, ia disebut Majlis Sambut Menantu. Ia adalah adat yang baik untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat hidup berumahtangga.”
Begitulah jawapan yang diberikan kepada persoalan sama ada perlu atau tidak diadakan majlis kenduri kahwin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Elok Amalkan Makan Buah Tembikai, Boleh Tingkatkan ‘Kekuatan’ Stamina Tubuh
Memang mengasyikkan bila dapat makam buah tembikai terutama ketika cuaca panas. Terasa sejuk bila ‘lalu’ ditekak. Buah yang dikenali dengan nama saintifiknya citrullus lunatus ini mempunyai vitamin C yang tinggi, vitamin A dan banyak sebatian tumbuhan yang menyihatkan.
Buah tembikai bukan setakat menyegarkan tubuh tetapi juga baik untuk kesihatan. Secawan jus buah tembikai mengandungi hanya 46 kalori. Bagi mendapatkan khasiat tembikai, makanlah buah tembikai yang segar.
Jika mahu meminum jus yang dihasilkan daripada buah tembikai, jangan pula menambah pemanis atau gula ke dalamnya. Amalkan pengambilan buah tembikai dalam pemakanan seharian kerana banyak khasiatnya untuk tubuh.
Melalui perkongsian Dr Suri Roowi banyak khasiat buah tembikai untuk kesihatan. Paling penting, buah tembikai juga elok diamalkan oleh kaum lelaki? Nak tahu apa kebaikannya pada kaum lelaki? Berikut penjelasan yang diberikan saintis ini.
MAKAN TEMBIKAI ATASI SAKIT BADAN DAN OTOT?
Meminum jus tembikai boleh memulihkan sakit otot selepas bekerja. Ini kerana tembikai boleh menambah air dalam badan dan kaya dengan asid amino L-citrulline.
Asid amino L-citrulline bertindak sebagai antioksidan. Bahan ini akan ditukarkan oleh badan kepada L-arginine, asid amino yang bantu kendurkan salur darah dan perbaiki peredaran darah.
Bahan ‘L-citrulline’ juga boleh bantu meningkatkan stamina ‘kekuatan’ lelaki dan ‘erectile function.’
L-Citruline lebih tinggi dalam tembikai kuning (isi dan kulit) berbanding tembikai merah
Terdapat juga kajian menunjukkan jus tembikai boleh kurangkan sakit dan kerosakan otot selepas bersenam.
Kajian yang melibatkan 7 atlit mendapati meminum 500 mL jus tembikai dapat kurangkan sakit otot 24 jam selepas bersenam.
Bagaimanapun, tembikai mempunyai GI yang agak tinggi. Sumber tinggi GI kurang sesuai untuk pesakit diabetis.
Kajian antarabangsa menunjukkan tembikai mempunyai index glisemik (GI) 72, namun kajian universiti tempatan mendapati GI tembikai hanya 55.
Makan terlalu banyak tembikai pula boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, kembung perut dan cirit-birit.
Kesimpulannya makanlah berpada-pada. Apa-apa jua makanan yang dimakan secara berlebihan pasti akan mendatangkan kemudharatan.
Sumber: Dr Suri Roowi Kredit foto (top image) Pixabay
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cikgu Fadli Tak Setuju Ayat ‘Isteri Cerminan Suami,’- “Setiap Individu Bertanggungjawab Atas Sikap & Kelakuan Sendiri”
Dalam rumah tangga, suami isteri mesti sama-sama memainkan peranan masing-masing kerana masing-masing saling memerlukan. Baik suami mahupun isteri, masing-masing punya kelemahan.
Jika kita hanya mencari kesempurnaan, kita akan mula nampak atau ternampak kekurangan masing-masing. Mulalah nampak perkara-perkara kecil yang menjadi kekurangan seperti sikap malas membantu membuat kerja rumah, suka melawan, suka mengungkit dan sebagainya yang negatif tentang pasangan kita.
Bagaimanapun jika kita fokus pada perkara yang besar dan lebih penting, yakni tentang hala tuju keluarga, maka perkara-perkara kecil itu tidak menjejaskan apa-apa pun dari segi hubungan dan perasaan. Tetapi, kalau kita sibuk dengan perkara yang kecil-kecil dan remeh-temeh, akhir perkara itu menjadi besar dan mendatangkan kesan yang besar.
Istilah ‘Isteri Cerminan Suami’ seakan sudah sinonim dengan masyarakat kita. Bagaimana seorang melayan isteri maka begitulah yang akan dilakukan oleh si isteri. Pendek kata sikap isteri sangat bergantung pada sikap seorang suami.
Namun ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan ungkapan ini termasuklah Cikgu Mohd Fadli Salleh
Cukup terkenal menyuarakan pandangan dan kebenaran di dalam sistem pendidikan negara, pendidik ini juga gemar melontarkan pendapatnya berkaitan isu-isu semasa.
Berikut perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh
Maaf, saya langsung tak setuju dengan ayat ‘isteri cerminan suami.’
Isteri itu ada akal yang waras, segala tindak tanduk mereka bergantung pada cara mereka mengawal emosi, cara mereka berfikir.
Langsung tak boleh nak salah pihak lain terutamanya suami bila seseorang isteri meroyan, merentan, mengamuk dan berkelakuan tidak elok.
Kenapa asal nampak isteri bersikap teruk nak salahkan lelaki atau suami? Tindak tanduk isteri itu terhasil dari sikap dia sendiri, bukan orang lain.
Isteri Nabi Lut a.s dan isteri Nabi Nuh a.s derhaka dan bersikap tidak elok. Adakah ia mencerminkan layanan suami mereka?
Bahkan ramai sahaja pasangan yang suaminya panas baran, sering memukul, tidak solat, suka berjudi, tapi si isterinya begitu sabar dan solehah. Menjaga aib suami, tetap taat dan redha.
Bila isteri solehah dan baik sedangkan suaminya tidak baik, tidak pula keluar kata-kata ‘isteri itu cerminan suami’.
Tapi bila isteri itu meroyan, biadap, melampau batas dan berkelakuan tidak elok, tiba-tiba suami dipersalahkan dan segelintir mereka menuduh isteri menjadi tidak baik kerana cara suami santuni mereka itu tak betul.
Eh, boleh gitu pulak?
Teringat kata-kata Zainuddin dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka,
“Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya”.
Setiap individu yang akil baligh dan matang fikiran mereka perlu bertanggungjawab terhadap sikap dan kelakuan mereka.
Bila lelaki salah, dia salah. Dan bila wanita salah, mengaku sajalah. Tak perlu salahkan lelaki pula.
Sumber: Mohd Fadli Salleh Kredit foto (top image): Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI