Pilih Dapur Rona Putih, Ruang Nampak Luas Dan Kemas

Share

Dari sempit nampak luas bila dapur rona putih. Itulah kesan pemilihan warna yang tepat. Belum lagi ‘bermain’ dengan perabot dan segala gajet yang warnanya cerah juga.

Sebenarnya ramai mak-mak suka warna putih, cuma tak berani tanggung risiko sebab warna ini memerlukan sikap rajin berganda. Maklumlah, putih cepat kotor. Kalau tumpah, memang ketara kena cuci.

Namun, warna ini paling minimalist dan cantik malah boleh membangkitkan mood untuk memasak. Haaa.. kalau anda rasa nak ubah dapur ke warna putih, jom baca perkongsian Dinah Rakhim.

Putih itu ‘timeless’ maka sebab itulah dapur

rona putih adalah konsep kabinet paling popular sepanjang masa. Untuk ruang dapur yang seluas 177 kaki persegi ini, pilihan warna putih dapat memantulkan cahaya dan menjadikan ruang dapur ini kelihatan lebih besar.

Menggunakan kabinet keseluruhannya  warna putih, white quartz countertop, Bosch appliances, Eubiq sockets, Ash timber SPC flooring  dan subway tiles, hasilnya sangat memuaskan hati.

JOM KITA LIHAT TRANSFORMASI PROSES MAKEOVER INI DILAKUKAN:

SEBELUM:

SELEPAS:

 

 

 

 

 

 

 

Kredit owner: Dinah Rakhim

Published by
Nadia