Teruja melihat deko hasil sepasang suami isteri, pilih gaya minimalis untuk sedapkan mata memandang dan dapatkan ruang yang lebih luas.
Pemilik rumah, Dya Zakira dan suami fokus untuk ruang nampak kemas dan teratur susun atur perabut dan begitu juga dengan pemilihan warna dan aksesori kediaman.
Pilih Minimalis
Kongsinya, “Alhamdulillah 2024 genap setahun kami huni #rumahkecilku #syurgaku Main deco-deco bersama suami, suka tengok dalam FB rumah deco cantik-cantik untuk cari idea dekorasi, jadi tercipta lah deco minimalis rumah kami.”
Idea Dekorasi Suami Isteri
Menariknya, segala dekorasi rumah adalah idea bersama suami isteri, tanpa mengupah mana-mana pereka hiasan dalaman.
Namun, pemilik menjadikan dekorasi Pereka Hiasan Dalaman terkenal, Anis Syuhada sebagai sumber inspirasi dan idea mereka suami isteri dalam menghias rumah.
Ads
Barang-barang dekorasi dan aksesori rumah pula kebanyakkan dibeli dari Shoppe, IKEA dan SSF.
Dalam menyusun atur dekorasi rumah, pemilik berpendapat jika memiliki keluasan yang kecil, mengurangkan barang-barang yang tidak perlu dan mempunyai kabinet untuk meletak barang-barang kecil seperti kuali, periuk dan sebagainya membuatkan perkakasan dan barangan nampak lebih rapi tersusun.
Pilih Kemasan Lantai Jubin & SPC
Pemilik juga mempunyai alasan tersendiri dalam mengekalkan kemasan jubin pada lantai dan memasang SPC pada ruang tertentu di rumah.
“Saya beli rumah ni, ruang tamu luar tiles dah cantik. Itu yang saya pasang SPC di dapur, tangga, bilik tetamu dan bilik anak sahaja.
Ads
“Bagi pendapat saya kalau buat full rumah guna SPC, ruang rumah nampak sedikit sempit berbanding pasang tiles. Mungkin sebab effect kilat tiles,”ujarnya.
Untuk ruang dapur pun memang kurangkan barang, kemudian pastikan di tempat asal. Tidak terlalu memerlukan peralatan gantung di dinding pun. Barulah nampak kemas!
Jadi suami isteri yang baru masuk rumah, boleh rujuk idea deko minimalis ini untuk nampak ruang lebih luas dan tersusun rapi. Apa yang penting, suami isteri sama-sama buat dan berminat untuk dekorasi rumah bagi nampak cantik berseri.
Ads
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Roti sedap enak dinikmati ketika masih panas-panas lagi. Sebenarnya tidak susah pun untuk memasak roti. Bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak. Jika anda tiada oven, roti boleh dimasak dengan cara kukus.
Resipi roti yang dimasak dengan kaedah kukus seperti dikongsikan oleh pengguna Facebook, Khairunnisa Mohammad berikut memang sangat mudah. Hasilnya roti gebu dan cantik. Sesuai dijadikan menu untuk sarapan pagi dan juga hidangan minum petang.
RESIPI ROTI KUKUS GEBU
Bahan-bahan:
150 gm tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak
Gula dan mentega yang dicairkan untuk topping
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata.
2. Masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin.
3. Perap sampai doh naik dua kali ganda. Selepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
4. Bulat-bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Boleh guna loyang saiz 6 inci.
5. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang dua kali ganda.
6. Balut loyang dengan ‘cling wrap’ tetapi jangan terlalu ketat. Bagi ruang untuk roti mengembang semasa dikukus.
7. Kukus dengan api sederhana selama 35 minit hingga 40 minit.
8. Apabila roti sudah masak, sapu dengan marjerin/mentega cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Enak juga dinikmati dengan kari dan juga kuah sardin.
TIP PENTING:
– jika doh agak lambat kembang, jangan panik. Tunggu sahaja sehingga doh betul-betul kembang kemudian bolehlah dikukus.
– doh akan mengembang lagi ketika dikukus.
* jangan balut loyang terlalu ketat semasa mengukus. Roti tidak dapat mengembang dan tidak menjadi gebu.
Seorang lelaki yang telah berkahwin mempunyai peranan penting sebagai suami dan memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Sebagai ketua keluarga, ia amanah sangat besar kerana selain mencari kebahagiaan duniawi, mereka bertanggungjawab memastikan kesejahteraan dunia dan kebahagiaan ukhrawi buat ahli keluarganya.
Allah SWT berfirman: “Wahai orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu.” (Al-Tahrim: 6)
Lalu bagaimana pula jika si suami mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami?
Tahukah anda bahawa seorang isteri sebenarnya boleh memohon perceraian daripada suami jika lelaki berkenaan menyebabkan berlaku mudarat kepada wanita tersebut.
Menurut hantaran infografik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) disiarkan menerusi laman sosialnya, ada empat situasi membolehkan si isteri itu berbuat demikian.
Antara kemudaratan tersebut ujar agensi berkenaan, ialah apabila suami itu gagal untuk menyediakan hak-hak ke atas isteri seperti nafkah, pergaulan yang baik dan tempat tinggal.
“Harus juga cerai jika si suami berperangai fasiq seperti melakukan amalan syirik, tidak solat atau tidak berpuasa Ramadan dan isteri itu sudah lama bersabar menasihatinya,” kata Jawi.
Mengulas lanjut, Jawi berkata, isteri turut boleh menuntut fasakh sekiranya suaminya didapati bermusafir terlalu lama seperti lebih enam bulan tanpa ada sebarang pun khabar berita.
“Situasi berkenaan disebabkan kebimbangan si isteri tersebut berasa takut bahawa dirinya pula tidak mungkin dapat mengawal fitnah iaitu keperluan syahwatnya,” jelas agensi itu.
Turut diharuskan ialah keadaan apabila suami itu bertindak menghina termasuk memukul tanpa sebab, melaknat atau memaki hamun pasangannya dengan bahasa yang kesat.
Jawi menerusi keterangan ringkasnya menyatakan bahawa empat situasi itu harus setelah suami tidak mahu melafazkan talak walhal isteri tidak sanggup lagi meneruskan perkahwinan.
Meskipun hal perceraian berada di tangan suami, ajaran Islam masih membolehkan keadaan tertentu untuk isteri memohon cerai sebagai jalan keluar daripada ikatan hubungan itu.
Walau bagaimanapun, ia dibuat selepas segala usaha bagi menyelamatkan rumah tangga menemui jalan buntu dan perceraian diharapkan menjadi penamat daripada diteruskan.
Pada masa yang sama, Jawi turut menyarankan suami isteri agar sentiasa bersabar dan banyak bermuhasabah sesama sendiri supaya perkahwinan mereka terus lama berkekalan.
Bukan calang-calang wanita bergelar ‘Iron Lady’ atau nama sebenarnya Normalia Sidek ini. Beberapa hari lepas, aksinya memanjat Menara Berkembar KLCC menjadi tular. Dari sebuah video yang dirakam pengguna Tiktok @siva_wwc6, Normalia atau Maya terus menjadi bualan.
Kredit foto: Facebook Maya Sidek
Wanita berusia 31 tahun ini merupakan seorang Rope Access Technician dan juga Non-Destructive Testing (NDT) technician. Menariknya, Maya telah bertemu jodoh dengan suaminya yang juga berada di dalam bidang sama.
Menerusi temubual di Mstar, Maya Sidek dan Abdul Hazim memulakan hidup berumahtangga sejak 21 Oktober 2021 dan baharu sahaja bergelar ibu dan ayah pada Ogos 2022.
Kredit foto: Instagram Maya Sidek
“Saya tak sangka suami saya juga berada dalam bidang ini. Saya bersyukur sangat kerana dia sangat memahami kerana kami dalam bidang yang sama. Tak semua orang boleh faham dan menerima kerjaya begini,”ujarnya.
Kredit foto: Instagram Maya Sidek
Menerusi perkongsian Maya di laman Facebooknya, tiga hari selepas melangsungkan perkahwinan, pasangan ini ‘berbulan madu’ di site.
“Terima kasih doa-doa kalian wish birthday saya. Husband and wife honeymoon on site after couple days marriage. I am grateful to be able have a partner in the same field.”
Kredit foto: Facebook Maya Sidek
Minat Maya bermula daripada hobi ‘rock climbing’ dan ia adalah suka kegemarannya.
“Bila saya dapat tahu ada bidang kerja yang memanjat dan menggunakan tali, saya terfikir untuk mencuba. Saya berusaha ke arah itu dan menjalani latihan selama enam bulan,”
Malah, Maya yang baharu sahaja melalui motherhood journey ini juga bakal membawa anaknya mengikuti jejak langkahnya.
Kredit foto: Facebook Maya Sidek
“Jadi ibu tak membataskan seseorang untuk masih kekal dengan hobby dan career yang kita sukakan masa sebelum kita berkahwin. I will bring my son to join soon. Biar jadi budak lasak sikit.”
Semoga terus berjaya dalam bidang diceburi dan kekal bahagia bersama keluarga!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!