Pilih Isteri Betul-Betul, Hantaran Nak Tinggi Tapi Malas Nauzubillah, Solat Entah Ke Mana

Share

Memilih isteri yang kuat pegangan agama dapat memelihara kerukunan rumah tangga dan kebahagiaan bersama. Ibnu Hajar berkata bahawa ini adalah suatu saranan yang wajar difikirkan seorang lelaki dalam memilih pasangannya yang mempunyai agama dan akhlak yang baik.

Agama ini akan menjadi penanda aras kepada perlakuan isteri dalam setiap hal yang mereka lakukan. Justeru, tidak mungkin akan berlaku perkara yang tidak diingini dalam kehidupan berumah tangga kerana seorang wanita yang kuat agamanya akan memahami batas-batasnya dan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Alangkah sejuknya hati seorang lelaki yang mendapat wanita seperti ini sebagai isteri. Hendak marah pun mungkin tidak jadi.
Benarlah kiranya sabda baginda SAW yang bermaksud:

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik perhiasan adalah wanita yang solehah.”



HR Tirmidzi
Akan tetapi, tidaklah bermakna bahawa Islam tidak mementingkan atau melarang seorang lelaki daripada memilih wanita yang cantik, berharta dan berketurunan yang baik. Cumanya, agama adalah sesuatu yang perlu diutamakan.

Sekiranya anda bertemu dengan perempuan yang beragama, manis wajahnya, baik keturunannya dan berharta maka dialah wanita yang terbaik untuk anda. Walaupun pada realitinya sukar untuk mencari yang cukup pakej seperti ini.

Kecantikan wanita kata Syeikh Daud boleh menyebabkan suami menjadi suka dan menumbuhkan rasa cinta dalam rumah tangga. Begitu juga keturunan dan harta yang akan menjadi nilai tambah kepada kehidupan bersama. Cumanya, pakej agama adalah menjadi suatu keutamaan sebelum faktor-faktor yang lain. Ini kerana kecantikan, harta dan keturunan bukan semua dapat menggapainya namun dalam soal agama, siapa berusaha pasti akan mendapatnya.

Maka, rebutlah perempuan yang beragama kerana mereka akan mendidik anak kita menjadi anak soleh dan taat pula. Samalah kita berdoa akan dikurniakan seorang bidadari yang lengkap pakejnya kepada kita dalam kehidupan ini.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami beroleh dari isteri-isteri kami dan keturunan kami perkara yang menenangkan hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa

(Al Furqan: 74)
Seorang isteri adalah pasangan wanita dalam hubungan perkahwinan yang berterusan (marital relationship). Istilah ini terus dipakai untuk wanita yang telah berpisah kedudukan dengan pasangannya, dan tidak lagi berlaku untuk wanita tersebut hanya ketika pernikahannya telah berakhir, setelah perceraian yang diakui secara sah atau kematian pasangannya.Peranan seorang isteri sangat penting sehingga dia dapat membina atau memecahkan keluarga.

Published by
webadmin