Kalau dulu orang guna servis mak andam tetapi zaman sekarang kalau nak mudah boleh upah bride assistant untuk mudahkan pihak pengantin, yang mana akan membantu daripada A hingga Z.
Menerusi portal mStar, inilah yang dibuat oleh seorang wanita bernama Nurul Quirratul. Sudah berkecimpung sejak lebih setahun lalu, wanita yang senang disapa Nur berkata, buat masa ini dia menawarkan servis berkenaan secara separuh masa (part-time).
“Servis BA sebenarnya sudah bertapak lama dekat luar negara. Dekat Malaysia, saya rasa baru ada sejak setahun lalu.
“Bagaimana saya bertitik tolak nak buat servis BA ni? Semuanya bermula selepas menonton satu content mengenai BA.
“Memandangkan saya pernah ada pengalaman jadi pengapit sewaktu majlis perkahwinan ahli keluarga dan kawan-kawan, saya rasa mengapa tidak saya cuba.
“Pada September 2023, saya buat servis BA pertama untuk majlis sahabat saya sendiri. Saya juga buat video mengenai tugas seorang BA dan tak sangka video tu blow up,” ujar wanita berusia 25 tahun ini.
Menurut Nur, dia tidak menyangka perkongsiannya menerima komen yang sangat positif, dengan rata-rata warga maya memberikan sokongan dan pujian terhadap peranan BA membantu kelancaran majlis perkahwinan.
“Ramai komen ‘untungnya pengantin sekarang boleh hire BA’. Sebab ada juga yang kongsi bad experience ketika majlis mereka kerana bridemaids tak function.
“Bagi yang belum familiar, tugas seorang BA adalah membantu melancarkan urusan pengantin. Bukan setakat bantu bersiap, tapi ia bermula daripada preparation lagi.
“BA juga berperanan sebagai floor manager, pengapit, sampailah photoshoot. Bergantung kepada pakej servis yang ditawarkan BA tersebut,” ujarnya lagi.
Berkongsi serba sedikit pengalamannya yang sudah menjadi BA kepada lebih 50 pengantin, Nur berkata terlalu banyak kenangan manis yang secara tidak langsung membuatkannya semakin bersemangat untuk memberikan servis terbaik.
“Sudah tentu apabila dapat feedback yang sangat baik daripada pengantin. Malah ramai yang siap rekomen saya kepada rakan-rakan mereka pula.
“Selain itu, tanpa sangka kita jadi rapat dengan keluarga pengantin dan pengantin sendiri. Daripada klien, boleh jadi coffee buddy.
“Tapi tak nafikan, saya juga pernah berdepan cabaran yang tak dijangka iaitu bride jatuh sakit.
“Ketika itu, bride dah jamah makan lebih awal sebab gastrik. Tapi mungkin makanan lambat hadam, dia muntah beberapa kali. Itulah pengalaman yang agak mencabar namun daripada situ, saya belajar banyak perkara untuk lebih bersedia,” ujarnya yang berasal dari Sungkai Perak.
Melihat profesion BA mempunyai peluang yang sangat cerah pada masa hadapan, Nur dalam pada itu turut berkongsi nasihat kepada individu yang mahu berjinak-jinak dalam lapangan berkenaan.
“Untuk yang baru nak mulakan job sebagai BA, boleh survey harga market, sediakan job list, dan sebagainya.
“Berdasarkan pengalaman, kerjaya ini memang boleh pergi jauh dan menjadi satu profesion baru, jadi semua boleh bersaing secara sihat.
“Kepada bakal pengantin, sangat digalakkan untuk guna khidmad BA bagi melancarkan majlis. Kadang-kadang kita segan nak minta tolong kawan buat itu ini. Tapi BA akan buat semua sebab anda dah hire dia.
“Malah ramai MUA (make-up artist) even wedding planner dan jurufoto pun suggest kerana dapat membantu melancarkan majls. Jadi pengantin tak perlu serabut, tugas anda adalah jadi raja sehari saja,” akhirinya.
Jadi buat bakal pengantin yang memerlukan khidmat ini, mungkin boleh upah bride assistant untuk lancarkan majlis anda.