Di saat menanti menjadi ratu sehari pastinya ia satu debaran buat wanita di luar sana. Kadangakala, hal seperti busana dan solekan sering menjadi kerisauan utama buat penampilan wanita. Namun, penggayaan dan pilihan tudung yang tepat harus dititikberatkan agar keseluruhan penampilan tampak menyerlah.
1. Cara pemakaian
style ataupun cara pemakaian tudung seseorang sememangnya mempengaruhi sifat wanita itu. Sebagai seorang wanita muslimah tudung yang dipakai hendaklah menutupi dada agar tampak lebih sopan. Pemilihan tudung juga harus dititik beratkan supaya tidak jarang sehingga menampakkan bentuk telinga dan leher.
2. Material yang sesuai
Tidak sahaja menarik malah material tudung itu sendiri perlu ditekankan kerana ada sesetengah material tudung mungkin akan menjejaskan ‘mood’ atau majlis anda. Elakkan daripada memakai material cotton pada hari pernikahan. Jika dipakai, memang berpeluh dan basahlah jawabnya kerana cotton mudah menyerap air peluh dan sedikit panas. Pilihan material yang paling sesuai adalah material seperti chiffon, glitter atau lycra.
3. Warna tudung
Kebiasaannya anda harus menyusuaikan pemakaian anda mengikut tema majlis begitu juga dengan tudung anda. Bagi majlis perkahwinan adalah amat sesuai jika anda memilih tona warna yang lembut dan pastel. Contohnya seperti rona creamy, lilac, baby pink, beige dan sea blue. Elakkan daripada memilih rona yang bewarna terang kerana ia akan membuatkan anda nampak tenggelam dan tidak menyerlah. Seeloknya padankan dahulu baju anda sebelum memilih tudung untuk dipakai.
4. Manik tudung
Elak dari memakai tudung yang sarat dengan perincian manik atau batu permata. Cukup sekadar kosong dan simple. Padankan tudung anda dengan manik yang kecil dan ringan cukup sekadar perhiasan yang nampak menawan dan elegan.
Sumber Gambar : Google
Pilih biar selesa ya.