Dalam membuat persediaan untuk melangkah ke majlis kahwin, tentunya banyak persiapan yang perlu dilaksanakan. Kadangkala jika difikirkan apakah pilihan anda sesuai dengan diri ? Oleh itu perlu ada rujukan dan bertanya dengan mereka yang pakar bagi kesangsian yang anda hadapi. Berikut antara persoalan yang sering melanda bakal pengantin. Moga ia memberi manfaat buat anda.

 AKSESORI IDEAL UNTUK AKAD NIKAH

S : Assalamualaikum Pesona Pengantin. Saya bakal melangsungkan majlis pernikahan dan menghadapi kekeliruan untuk memadankan aksesori yang tepat dan sesuai di majlis itu nanti. Memandangkan saya ingin mengenakan hijab, apakah aksesori yang boleh saya gayakan bertepatan dengan majlis akad nikah itu? Terima kasih. – Ainul, Kluang, Johor

Ads

J : Waalaikumsalam Ainul. Aksesori untuk majlis akad nikah haruslah menampakkan anda lebih menyerlah dan tidak terlalu sarat. Pertama, pilihan dan penggayaan hijab itu nanti haruslah lebih ringkas dan minimalis. Elakkan daripada memilih hijab yang sarat dengan labuci atau perincian manik. Anda juga tidak digalakkan untuk memakai tiara., sebaliknya anda boleh mengenakan layah yang mempunyai penataan manik, jemeki ataupun layah yang mempunyai sulaman renda. Pasti anda akan tampil berseri dan anggun di majlis itu nanti.

Pilihan Aksesori Untuk Akad Nikah  &  Fabrik Ideal Bagi Yang Bertubuh Gempal
pic-pinterest

PILIHAN FABRIK BUAT TUBUH GEMPAL

Ads

S : Hai Pesona Pengantin. Saya sering mengalami masalah untuk memilih fabrik yang sesuai dengan bentuk badan saya yang agak gempal. Majlis perkahwinan saya akan berlangsung tidak lama lagi dan saya mahu tampil lebih menyerlah serta langsing. Saya amat berharap Pesona Pengantin dapat membantu saya dalam perkara ini. Terima kasih. – Maria, Gombak, Selangor

Ads

J : Hai Maria. Material yang paling tepat untuk gadis bertubuh gempal ialah fabrik sifon kerana ia memberi ilusi yang lebih terletak, sifatnya yang berat dan mengikut tubuh. Saya menyarankan agar anda memilih fabrik sifon supaya ia jatuh dengan lebih beralun dan indah apabila disarungkan. Elakkan penggunaan renda secara berlebihan kerana ia akan memberi impak yang sarat dan lebih besar kepada gadis bertubuh gempal.

Pilihan Aksesori Untuk Akad Nikah  &  Fabrik Ideal Bagi Yang Bertubuh Gempal

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI