Beberapa minggu lagi Syawal bakal menjelang. Ada sesetengah dari kita membuat persediaan lebih awal iaitu seminggu sebelum masuknya bulan Ramadan. Ini kerana ada yang berfikir mahu menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada amal ibadat sepanjang bulan yang mulia itu.Malah ada yang menempah awal baju raya memandangkan tukang jahit ada tempoh tertentu di mana mereka tidak mahu menerima tempahan lebih dari waktu tersebut.
Dalam hal ini wanita sangat arif membuat tindakan pantas menentukan warna tema pilihan untuk pasangan mahupun keluarga. Mereka sudah membuat rujukan iklan baju raya di facebook dan instagram. Tenyata rambang mata dibuatnya. Semuanya nampak menggoda kalau boleh semua ingin diborong. Sudah menjadi kebiasaan memakai rona sedondon di hari raya menjadikan anda dan pasangan tampil bergaya , sehati dan sejiwa.
Sekiranya ingin membuat baju raya tema sedondon, seboleh mungkin elakkan daripada hanya utamakan minat sendiri semata-mata. Manakala warna baju untuk suami seolah-olah terpaksa mengikut yang telah isteri pilih. Akibatnya, ada kemugkinan warna baju raya tersebut tidak menonjolkan kewibawaan diri suami sewaktu dipakai. Contohnya seperti warna shocking pink, oren pinang masak, kuning terang dan hijau pucuk pisang.( agak janggal untuk lelaki memakai rona ini)
Mungkin baju raya warna sedondon itu nampak ceria apabila bergambar sekeluarga. Namun, penggunaannya selepas itu seperti suami memakai sendirian sewaktu ke masjid atau pejabat (etika pakaian sut baju Melayu untuk ke pejabat awam) akan menampakkan dirinya janggal dan tidak berwibawa. Sebaik-baiknya, pilihan tema baju raya warna sedondon perlu mengambil kira kesan terhadap imej dan keperibadian diri suami untuk memakainya pada jangka masa lebih panjang.
1)HITAM
TIP BELI BAJU RAYA
-Sekiranya baju raya memang menjadi kebiasaan untuk dijadikan antara pakaian sewaktu ke pejabat maka pilihannya mestilah menepati kategori pakaian untuk tampil profesional sewaktu memakainya.
-Agar lebih kelihatan menarik, pilih baju raya mengikut trend semasa
-Ikut warna tema tahunan atau warna yang belum pernah dibeli lagi.
-Pilih material kain yang selesa kerana anda yang bakal menyarungnya sepanjang berkunjung ke rumah tetamu
-Lebih praktikal jika pilih baju raya yang boleh dipakai untuk pelbagai majlis
-Pilihlah yang sopan menutup aurat ( bagi wanita)