Tidak lengkap penampilan sang ratu tanpa menggenggam bunga tangan. Ada jugak yang anggap fungsi bunga tangan adalah untuk hilangkan rasa gugup pengantin perempuan ketika tunggu pasangannya. Dalam memilih bunga tangan, sesuaikan dengan ketinggian anda tidak terlalu besar atau kecil. Pilihan warna bunga juga memainkan peranan dalam menyerlahkan penampilan anda.
Perkongsian tip oleh Muas Mo Wedding & Event Stylist boleh bantu bakal pengantin untuk buat pilihan.
1- Pemilihan warna bunga mesti harmoni dengan baju pengantin (tidak terlalu kontra atau terlalu sama warna dengan baju)
2- Pilihan bentuk bunga tangan yang bersesuaian dengan tema dan majlis (panjang, bulat atau liar)
3- Pilih jenis bunga-bunga yang bersesuaian dengan iklim di Malaysia jika tidak bunga akan cepat layu.
4- Tidak terhad hanya sekadar bunga, crystal, brooch atau mutiara juga cantik dibuat bunga tangan.
5- Pelbagaikan jenis bunga dalam satu gubahan, lebih banyak jenis lebih cantik.
6- Pastikan pangkal bunga sentiasa direndam di dalam air & diletakkan di tempat dingin sehinggalah saat-saat majlis hendak bermula.
7- Pengikat bunga atau reben perlu harmoni dengan warna bunga tangan.
8- Digalakan untuk menempah bunga tangan, bunga hidup kerana tampak lebih segar dan eksklusif.
9- Pemilihan jenis bunga yang jarang dilihat dan bukan kebiasaan akan membuatkan sesuatu bunga tangan itu lebih menarik
10- Saiz bunga tangan mesti bersesuaian dengan pengantin (tidak terlalu besar untuk pengantin yang bersaiz kecil & sebaliknya)