Bila tiba majlis kahwin, sering menjadi persoalan apakah pilihan cenderahati yang sempurna buat tetamu yang datang. Pelbagai pilihan cenderahati terdapat di pasaran namun mana satu yang dirasakan meninggalkan kenangan buat tetamu? Berikut dikongsi bagaimana memilih cenderahati yang sempurna. .
Jenis-jenis Cenderahati
Makanan atau Minuman – (Kacang, coklat, gula-gula, kopi, tea..)
Kelebihan: Dalam kategori ini, pengantin baru mempunyai banyak jenis barangan untuk pilihan. Kebaikan memilih barang-barang dalam kategori ini senang untuk dibungkus dan direka, bersifat peribadi dan yang penting sekali ia tidak mahal. Makanan yang diisi boleh dimakan oleh tetamu ketika dalam perjalanan balik ke rumah atau hotel.
Kekurangan: Makanan dan minuman mungkin senang rosak. Jika memilih coklat, ia harus disimpan dalam peti sejuk. Anda mungkin perlu membuat perancangan yang tepat tentang bila harus menempah barang-barang yang dipilih untuk mengelakkan kerosakan.
Hadiah – (lilin perkahwinan, sabun wangi, alas meja)
Kelebihan: Pelbagai saiz, warna, bentuk dan corak untuk pilihan. Boleh memilih barang-barang yang betul-betul bersesuaian dengan tema majlis anda.
Kekurangan: Melibatkan kos yang lebih berbanding memilih barang-barang lain seperti coklat dan kacang.
Cara-cara untuk menghadiahkan cenderahati perkahwinan
Terdapat 3 kaedah yang boleh dijadikan rujukan.
1. Di Pintu Masuk Majlis
Biasanya pelbagai perhiasan akan diletakkan di pintu masuk dewan majlis perkahwinan. Semua tetamu yang ingin memasuki dewan majlis boleh mengambilnya.
2. Di Pintu Keluar Majlis
Anda boleh merancang sesi pemberian cenderahati apabila majlis perkahwinan berakhir. Dengan cara ini, setiap tetamu tidak akan lupa untuk membawanya balik rumah. Pengantin perlu membuat pengumuman kepada semua orang tentang penyediaan cenderahati tersebut.
3. Di atas Meja Makan
Tuan rumah boleh meletakkan cenderahati perkahwinan di setiap meja makan. Contohnya jika meja tersebut untuk 10 orang tetamu, maka tuan rumah boleh meletakkan 10 cenderahati di atas meja.
Pengantin boleh memilih cenderahati yang boleh mewakili personaliti mereka. Biasanya bajet merupakan faktor penentu pemilihan cenderahati. Cenderahati yang dipilih tidak mahal jika kuantiti yang dibeli sikit, tetapi jika bilangan tetamu yang dijemput adalah ramai, maka wang yang perlu dibayar juga berganda. Jangan lupa, kadang kala cenderahati perkahwinan yang dibeli memerlukan kos yang lebih untuk proses tambahan seperti pembungkusan.
Moga perkongsian ini memberi panduan buat bakal pengantin.
Sumber: https://www.renowngift.com
Ikuti bicara pentingkah doorgift buat tetamu yang datang ke majlis perkahwinan.