Pesona sang pengantin tidak akan lengkap tanpa sebarang aksesori yang mengiringi busana indah tersarung di badan. Pemilihan aksesori kepada tidak harus dipandang mudah. Perincian-perincian kecil ini mampu menaikkan seri pengantin, oleh itu pemilihan padanan aksesori kepala yang sesuai amat penting.

Idea Hiasan Kepala Untuk Bakal Pengantin Di Majlis Kahwin

VEIL

Pemilihan veil sebagai hiasan kepala sememangnya sinonim dengan perkahwinan. Padanannya dengan gaun pengantin memberikan ilusi romantis kepada si pemakai. Kini veil bukan sahaja terhad kepada jenis yang menutupi bahagian muka sepenuhnya, cara pemakaiannya boleh diubah dengan meminimakan juraian veil yang menutupi bahagian muka.Veil yangdilayang kebahagian belakang sehingga mencecah lantai menjadikan si pengantin kelihatan bagaikan puteri raja.

Idea Hiasan Kepala Untuk Bakal Pengantin Di Majlis Kahwin

Ads

MAHKOTA/TIARA

Semua wanita mahu kelihatan seperti puteri pada hari perkahwinan mereka, satu-satunya hari yang membolehkan anda memperagakan mahkota adalah pada hari perkahwinan anda. Mahkota ataupun tiara menjadi hiasan kepada wanita  sejak berkurun lamanya, khas sempena majlis perkahwinan. Saiz mahkota/tiara perlu dititikberatkan sebelum diletakkan di atas kepada. Ramai yang beranggapan bahawa semakin besar tiara yang dipakai maka semakin gah mereka akan kelihatan, namun sebenarnya mahkota/tiara yang bersaiz kecil lebih kelihatan anggun,glamor dan menarik. Tatacara pemakaian tiara juga haruslah disertakan dengan dandanan rambut yang sempurna.

Ads

Idea Hiasan Kepala Untuk Bakal Pengantin Di Majlis Kahwin

BUNGA SEGAR

Ads

Hiasan bunga-bungaan segar dikepala sememangnya menjadi pilihan ramai pengantin, warna-warna bunga yang segar memberi aura yang tersendiri. Antara bunga-bungaan yang menarik untuk disemat di rambut adalah bunga ros, bunga lily dan bunga Orkid. Bunga ros menampilkan sisi romantis si pengantin manakala bunga lily memberikan aura klasik. Tidak kiralah warna apa yang dipilih, bunga tersebut harus menepati dan sesuai  dengan warna baju.

Idea Hiasan Kepala Untuk Bakal Pengantin Di Majlis Kahwin

CEKAK RAMBUT

Pemakaian cekak rambut merupakan salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan oleh anda, bakal pengantin.  Cekak rambut memberikan sentuhan yang lebih ringkas berbanding mahkota. Dandanan rambut yang sesuai amat penting untuk memberikan look yang menawan. Cekak untuk perkahwinan diolah sedikit berbeza daripada cekak yang digunakan untuk pada hari biasa.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI