Keintiman bukanlah diukur dengan frekuensi hubungan seksual yang anda lakukan. Kadang kala sekadar berbicara di tempat tidur (no sex allowed) mampu meningkatkan ikatan emosional diri anda dan pasangan. Ia menambah keintiman pasangan terutamanya jika perbualan antara pasangan bertepatan dengan keadaan.
Bicara dari hati ke hati setelah berasmara ternyata menjadi kunci kejayaan hubungan dengan pasangan. Pillow talk ialah salah satu caranya.
Membicarakan tentang hari anda
Perbualan yang berkaitan dengan aktiviti harian ialah bahan bicara yang ringan dan mudah dilakukan. Sekadar berbicara tentang perjalanan kerja, politik kerja dan sebagainya dapat membuatkan pasangan menjadi lebih tahu tentang kesibukan hari-hari yang anda lalui. Bahkan perbualan sebegini juga akan mengurangkan risiko cemburu kerana anda berkongsi dengannya apa saja yang anda lakukan sepanjang hari.
Memori romantik
Talking about romance is a happy time in bed. Cuba ingatkan pasangan bila pertama kali bertemu atau mungkin saat-saat bahagia ketika dia melamar anda. Saling mengingati perkara romantis bersama pasangan akan membuatkan anda berdua merasa beruntung apabila ditemukan antara satu sama lain.
Tentang masa hadapan
Perkongsian masalah
Pernah tak anda dan pasangan saling berbaring dan membicarakan masalah yang sedang dihadapi? It feels good just listening to each other, doesn’t it? Pillow talk sering dijadikan sebagai ruangan curahan hati ketika anda mengalami masalah kerana suasana tempat tidur yang selesa disertai kewujudan orang yang anda kasihi membuatkan anda lebih mudah mencurahkan isi hati dan beban fikiran.
Anda akan terkejut betapa Pillow Talk boleh menjadi jambatan daripada kebuntuan komunikasi pasangan suami isteri. Nikmatnya luar biasa di ketika anda berkomunikasi dengan pasangan. Anda juga boleh mencurahkan segala yang terkandung dalam hati tanpa rasa segan silu. Lakukan secara konsisten. Jika boleh setiap hari adalah lebih baik!