Pindah Rumah Baru Lepas Kahwin, Rumah Ada Gangguan, Ini Cara Rawat Rumah Bermasalah

Share

Semua orang boleh lakukan sendiri dengan syarat yakin saja pada ALLAH !

TANDA-TANDA RUMAH BERMASALAH :

* Kedengaran bunyi guli jatuh

* Kedengaran seperti orang tarik perabot di waktu malam

* Masakkan cepat rosak dan basi

* Kerap bergaduh suami / isteri

* Kedengaran suara orang memanggil

* Tempat berbau busuk atau kemenyan

* Sering nampak kelibat atau bayangan

*Perniagaan merosot secara mendadak

* Suasana muram dan malam

* Bayi sering menangis

CARA – CARA BERSIHKAN / PAGAR RUMAH :

  1. Bersihkan rumah dari segala unsur maksiat / tangkal / azimat / gambar bernyawa dan sepertinya.
  2. Seeloknya rawatan ini dilakukan ketika waktu margrib / selepas margrib atau malam.
  3. Berdiri di tengah-tengah rumah/premis, mulakan dengan azan dengan nada yang kuat. Kalu boleh biar 1 rumah dengar. Kaedah azan pula, suara hendaklah kuat dan deras. Tidak perlu beralun atau berlagu.
  4. Bacakan doa perjanjian Nabi Sulaiman as dengan kaum jin. Saya juga ada sertakan di bahagian komen pertama. Bacaan ini hendaklah diulang sekurang-kurangnya 3 kali. Dibaca dengan nada yang keras dan kuat (seperti mengarahkan penceroboh keluar dari rumah kita)

أُنَاشِدُكُمْ بِالْعَهْدِ الَّذِي أَخَذَهُ عَلَيْكُمْ سُلَيْمَانُ أَنْ تَخْرُجُوْا وَتَرْحَلُوْا مِنْ بَيْنِنَا.

أُنَاشِدُكُمُ اللهَ أَنْ تَخْرُجُوْا وَلَا تُؤْذُوْا أَحَدًا.

  1. Baca ayat qursi dengan 9 wakaf (kaedah 9 kali behenti), sambil berjalan keliling rumah mengikut pergerakan tawaf Kaabah. Ketika ini boleh juga disertakan dengan kaedah merenjis rumah dengan air ruqyah atau paling mudah anda boleh bancuhkan mandian bidara syifa yang telah kita bacakan doa.
  2. Berdiri di satu penjuru rumah sambil menghadap penjuru rumah satu lagi. Baca surah al fatihah diikuti surah yassin ayat 1 – 9. Sambil baca sambil berjalan menuju penjuru rumah satu lagi (ikut arah seperti tawaf juga). Baca kombinasi ini di setiap penjuru sampai bertemu penjuru permulaan.
  3. Bacalah doa-doa di atas dengan penuh pengharapan dan keyakinan kepada ALLAH. Jangan pernah takut dengan gangguan jin. Jin suka manusia yang takut kepada mereka. Takutlah saja kepada ALLAH.

Lakukan kaedah di atas sekurang-kurangnya 3 kali berturut-turut. InsyAllah anda akan terasa perubahannya.

SHARE KEPADA KELUARGA / RAKAN-RAKAN ANDA. SANGAT BERMANFAAT UNTUK MEREKA SEMUA.

Published by
Kim