Pinggul wanita antara bahagian yang cukup sensitif untuk diperbahaskan sesetengah masyarakat.
Malah subjek ini jika tidak kena dengan gayanya boleh dianggap sebagai topik seksual.
Ada wanita yang malu memiliki punggung besar kerana sering menjadi perhatian lelaki, namun itu dianggap ‘aset’ daya penarik khususnya menggayakan sesuatu pakaian.
Bagaimanapun, dalam ilmu perubatan, memiliki punggung yang besar bukan saja salah satu aset kecantikan wanita malah mampu menghalang daripada menghidapi pelbagai penyakit kronik, selain memiliki kebijaksanaan.
Kajian sekumpulan pelajar dari Universiti Oxford, Amerika Syarikat, tahun lalu yang menganalisis data 16,000 wanita, mendapati mereka yang memiliki punggung besar rata-ratanya tidak hanya lebih pintar tetapi mempunyai ketahanan badan melawan pelbagai penyakit kronik.
Ketua Penyelidik Kajian, Prof Dr Konstantinos Manolopoulos, berkata kajian mendapati lemak yang tersimpan di paha dan punggung melindungi tubuh daripada penyakit kronik seperti jantung dan diabetes.
Mempunyai punggung besar akan merangsang pembentukan hormon leptin dalam badan wanita dan hormon bertanggungjawab untuk mengawal berat badan.
“Pada masa sama, hormon dinopectina bermanfaat menjadi ejen anti-radang, jantung dan anti-diabetes.
“Tisu adipose pula mampu memerangkap zarah lemak di punggung dan menghalang penyakit kardiovaskular.
“Ini kerana lemak pada bahagian itu menyimpan asid lemak bagi menjaga kestabilan tubuh,” katanya.
Dr Konstantinos berkata, lemak dalam tubuh mempengaruhi kesihatan dan tahap kecerdasan seseorang, namun lemak pada perut meningkatkan risiko penyakit, sebaliknya lemak di punggung beri kelebihan.
“Perlu diingat, lemak perut dan lemak badan dianggap tidak sihat dan boleh menyebabkan banyak masalah kepada kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.
“Penemuan kajian ini menunjukkan wanita dengan postur tubuh lebih tinggi cenderung mempunyai kolesterol dan glukosa lebih rendah dan tahap lemak Omega 3 yang lebih tinggi bagi perkembangan otak,” katanya.
Makanan membantu anda menegangkan punggung dan beberapa senaman yang berkesan:
• Protein – Anda disyorkan minum ‘protein shake’ selepas senaman.
• Karbohidrat – Beras coklat, oat, bijirin dan ubi membantu mengekalkan otot yang baik.
• Lemak – Tidak seperti lemak tepu, lemak yang baik memberi pelbagai manfaat kesihatan.
– Membantu berat badan ideal.
– Antara makanan patut diambil ialah minyak ikan, minyak zaitun, badam, walnut, dan mentega kacang.
• Sayur-sayuran – Bayam, kailan, brokoli dan sayuran hijau kaya dengan antioksidan.
• Senaman – Rutin senaman untuk membentuk punggung yang menarik seperti squats, butt bridges dan lunges.