Kegunaan air fryer ini juga menjadi barangan wajib ada di rumah buat ibu yang bekerja. Sudah terbukti, penggunaan air fryer ini bukan sahaja boleh menggoreng malah kalau anda nak buat pizza pun boleh juga guna gajet serba canggih ini!

Oleh itu, terdapat satu perkongsian resepi pizza roti telur yang diletakkan dalam cup kecil dan dimasak menggunakan air fryer sahaja. Tak payah nak uli-uli dan memerlukan oven, menu ini sangat sesuai dihidangkan pada waktu petang dan anak-anak bawa bekal ke sekolah.

IKLAN

Pizza Paper Cup Untuk Bekal Anak Juga Sumber Perniagaan Baru Isteri Di Rumah

Pizza Paper Cup Untuk Bekal Anak Juga Sumber Perniagaan Baru Isteri Di Rumah

Pizza Paper Cup Untuk Bekal Anak Juga Sumber Perniagaan Baru Isteri Di Rumah

IKLAN
IKLAN

PIZZA ROTI TELUR ( dpt 8 papercup)
1. 2 biji telur
2. 3 keping roti (potong cube)
3. 2 btg sosej
4. 2 sb butter (cairkan)
5. 2 sb sos spahetti
6. 5 sb susu cair
7. 1 sb mayonis
8. 2 keping cheddar cis (sekeping potong 4)
nk tambah cis mozarella pun sodap
9. sedikit oregano (hiasan atas cis)
campur semua bahan 1-7.. masukkan dlm papercup..letak cis.. tabur sedikit oregano.. bakar suhu 160 selama 10minit..
selamat menjamu selera

Kredit : noriza Zainal Abidin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI