Wanita yang miliki saiz badan yang agak besar atau plus size pastinya ingin terlihat anggun dan mempesonakan saat bergelar raja sehari. Masalah yang sering dialami bagi mereka adalah gaya atau busana paling tepat agar tampak langsing dan bergaya.
Lima tip atau cara ini membantu wanita plus size agar tampak langsing dan menyerlah di majlis kahwin.
1. Potongan Baju
Pemilihan busana dengan cetusan sexy shoulder membiaskan ilusi terbaik pada bahagian atas badan terutamanya bagi yang mempunyai rangka bahu yang besar dan lebar.
Pilihlah sama ada bukaannya hanya melewati paras bahu (off shoulder) mahupun sehingga ke pangkal dada. Potongan kolar berbentuk v-shape juga sesuai dan akan memberikan kesan leher yang lebih jinjang.
Ads
Busana akan tampak lebih indah dengan disusuli rekaan lengan daripada fabrik renda Perancis polos, hanya hujung lengan direka sulam sedikit sarat.
2. Fabrik Bercorak
Sekiranya anda memilih fabrik atau busana yang mempunyai corak atau motif, elakkan daripada memilih motif horizontal dan saiz motif yang terlalu besar.
Sebaiknya pilihlah busana bermotif garis-garis vertikal, ini secara tidak langsung menampakkan tubuh gempal lebih tinggi dan ramping. Biasan garisan-garisan yang dihasilkan mencetuskan ilusi yang lebih langsing dan kurus. Tip ini mungkin kelihatan kecil, namun mempunyai pengaruh yang sangat besar secara visual.
Ads
3. Aksesori Yang Sesuai
Memilih aksesori yang sesuai tidak kurang pentingnya untuk penampilan yang lebih menyerlah. Pemilihan aksesori, tas dan kasut yang tepat sangat penting bagi memastikan penampilan agar anda tidak kelihatan terlalu sarat dan berat.
Kebanyakan wanita mengalami kesulitan menggunakan kasut yan terlalu tinggi, jadi pilihlah kasut yang tidak terlalu tinggi atau gunakan kasut dari jenis wedges. Kasut yang agak tinggi akan memberi kesan tubuh yang lebih jinjang bagi orang yang bertubuh gempal.
Ads
4. Pilih Fabrik Yang Betul
Dari segi pemilihan fabrik pula, wanita plus size perlu memilih fabrik yang lebih lembut dan polos seperti sifon, sutera atau satin yang tidak terlalu berkilat. Elakkan daripada memilih fabrik jenis jersi atau fabrik jenis melekat di tubuh kerana ia akan menampakkan lagi susuk tubuh badan anda yang gempal itu.
Anda juga disarankan supaya memilih jenis fabrik yang lebih berat kerana ia bakal menghasilkan siluet yang lebih kemas dan terletak.
5. Sesuai Dengan Bentuk Tubuh
Tip terakhir yang tidak kurang pentingnya dalam tip memilih busana bagi wanita plus size adalah dengan memahami bentuk tubuh badan anda sendiri.
Sebagaimana yang kita ketahui, wanita bertubuh curvy juga memiliki bentuk tubuh beragam. Oleh itu, pemilihan busana yang sesuai dan tepat turut menentukan kecantikan dan keanggunan penampilan anda di hari bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gagap adalah gangguan komunikasi yang dihadapi oleh sesetengah individu. Gangguan ini bukan sahaja menjejaskan komunikasi si penghidap malah turut memberi kesan kepada orang di sekelilingnya ketika berkomunikasi. Ada kajian yang menagitkannya dengan sebagai penyakit keturunan.
Lebih-lebih lagi buat bakal pengantin lelaki, gagap adalah perkara yang paling ditakuti semasa majlis akad nikah berjalan. Pasti anda mahu semua percakapan anda berjalan lancar bukan? Jangan risau, anda mungkin boleh ikut tips ini untuk hilangkan sedikit rasa gementar!
Bercakap secara perlahan-lahan
Semasa bercakap ambil masa untuk menghabiskan ayat. Ia dapat bantu seseorang untuk merangka terlebih dahulu kata-kata yang mahu diucapkan dalam fikiran. Ini dapat mengurangkan tekanan pertuturan menjadi lebih baik.
Menarik nafas dalam-dalam
Dah kalau gementar semua boleh jadi, oleh itu nak redha kan sikit gementar tarik nafas dalam-dalam sebelum anda meneruskan pertuturan. Latihan pernafasan adalah perlu buat bakal pengantin untuk membantu mereka dari pernafasan yang tersekat-sekat.
Membaca dengan kuat dan jelas
Ketika melafazkan akad, anda hendaklah membaca dengan kuat dan jelas supaya semua dapat mendengarya. Nanti tidaklah kena ulang balik sampai 2-3 kali.
Berfikiran positif
Buang perasaan rendah diri dan jangan malu untuk bercakap. Sentiasa positif yang kekurangan boleh diperbaiki dan diatasi. Jangan terlalu memikirkan “Kalau aku gagap nanti macam mana ya” atau “Aku boleh ke cakap sekali lafaz je ni?” . Minta sokongan orang di sekeliling anda dalam mencapai masalah ini sebelum majlis berlangsung. Masalah ini bukan boleh diatasi hanya dalam sehari dua, jadi jangan putus asa dan terus konsisten untuk mengatasinya .
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan masalah cemburu sering menjadi perbalahan utama dalam krisis rumah tangga. Walaupun kata orang cemburu tandanya sayang, tetapi jika sikap itu berlebihan boleh mengundang pergaduhan.
Sebenarnya masalah cemburu ini boleh diatasi agar rumah tangga yang dibina sentiasa hangat dan penuh dengan kasih sayang.
Ikuti beberapa tip untuk mengatasi masalah cemburu di kalangan pasangan.
Percaya Pada Si Dia Kepercayaan anda buat si dia amatlah penting. Cubalah percaya dengan percakapan si dia. Bukan semua yang diucapkan itu ialah kebohongan semata-mata. Kadangkala setiap pasangan ini lebih memilih berbohong daripada menyakiti hati pasangannya. Kepercayaan yang anda berikan boleh menarik si dia untuk lebih sayang dengan anda.
Tolenrasi Sikap toleransi perlu ada untuk kedua-dua pasangan. Jangan sesekali anda menyekat tingkah laku pasangan. Tidak semestinya keluar bersama-sama dengan kawan yang tidak sama jantina itu boleh mengundang kecurangan terhadap anda. Cuba anda bertanya dengan santai dengan siapa dia mahu keluar dan kenapa. Cukup hanya itu bukannya dengan memarahi si dia.
Berhenti Berimaginasi Pengaruh imaginasi kadangkala boleh meruntuhkan rumah tangga anda dengan mudah. Jika anda mempunyai imaginasi yang negatif tentang pasangan, lebih baik anda hentikan. Jika pengaruh imaginasi itu mengatasi rasa sayang dan cinta anda buat si dia maka anda sedang melukai hatinya.
Lakukan Terapi Jika segala cara untuk menghilangkan sifat cemburu itu telah dibuat. Anda boleh mencuba dengan meminta bantuan pakar tentang masalah dalam diri anda itu. Cemburu boleh diibarat seperti perasa dalam makanan. Terlebih perasa juga boleh menghilangkan selera seseorang untuk memakan. Begitu juga dengan cemburu, cemburu tandanya sayang tetapi perlu kena pada tempat dan masanya.
Jangan Membanding-Bandingkan Kadangkala sifat membanding-bandingkan diri boleh mengakibatkan anda merasa cemburu. Apatah lagi tatkala si dia bergurau senda bersama-sama dengan kawan yang berlainan jantina. Percayalah bahawa anda punya kelebihan tersendiri berbanding orang lain.
Sepatutnya cemburu yang ada pada lelaki apabila: 1. Cantik – membiarkan kecantikan dan tubuh badan isteri dan anak perempuan dinikmati oleh lelaki lain sepanjang berada di luar rumah contoh di pejabat.
2. Balik kerja lewat- membiarkan isteri dan anak perempuan balik lewat dari pejabat yang secara tak langsung membuka lebih banyak ruang ke arah maksiat seperti pulang bekerja dengan lelaki lain.
3. Aurat – membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasa oleh orang lain yang bukan mahram seperti terselak kain ketika membonceng motosikal.
4. Berdua-duaan- membiarkan isteri dan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram seperti membiarkan anak perempuan dengan tunang atau pasangannya.
5. Sakit puan- membiarkan doktor lelaki merawatnya padahal banyak lagi klinik atau hospital yang memiliki doktor wanita kecuali jika terdesak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam melayari kehidupan berumah tangga pertengkaran antara suami isteri pasti terjadi tambahan pula buat pasangan yang baharu berkahwin, pastinya anda masih belum mengenali tabiat pasangan.
Namun jika pertengkaran hampir setiap hari, bererti ada yang tidak kena dalam perhubungan anda. Perkahwinan yang bahagia, masing-masing akan berusaha menghindari pertengkaran dan lebih saling menghormati.
Suami isteri memiliki tugas dan tanggungjawab berbeza, namun keduanya perlu saling melengkapi dan membahagiakan.
Demi menjaga kerukunan rumah tangga hingga ke Jannah, ada banyak perkara yang harus anda awasi. Apakah perkara yang tidak harus dilakukan dan dilarang dalam menjaga hubungan suami isteri?
Manfaatkan pesanan Ustaz Kazim Elias moga rumah tangga anda kekal bahagia dan mampu menerbitkan rasa cinta kepada pasangan.
1. Jangan Tinggikan Suara
Jangan sesekali meninggikan suara apa lagi menjerit kepada pasangan. Kurang sopan. Tegur dan nasihatkanlah dengan nada rendah dan lembut agar tidak mengguris hati pasangan. Ingat bahawa pentingnya menjaga hati pasangan kita.
2. Jangan Puji Orang Luar
Jangan sesekali puji orang luar misalnya jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan. Ini akan buat suami atau isteri terasa diperbandingkan. Malah cara ini juga boleh menimbulkan rasa tidak senang di hati suami atau isteri. Jangan bangkitkan rasa cemburu atau kemarahan pasangan kita dengan memuji orang lain.
3. Elakkan Jauh Daripada Isteri
Jangan sesekali cuma menjauhkan diri daripada isteri. Meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah ialah perbuatan yang keji. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walaupun ketika isteri sedang haid.
4. Jangan Berbohong
Paling penting jangan sesekali berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. Ingat tu!
5. Jangan Abaikan Pasangan
Berusahalah untuk sentiasa menjadi pendengar yang baik buat pasangan kita. Ibaratkan seperti kawan, kita bercerita dan berkongsi segala masalah bersama pasangan. Ini buat hubungan jadi lebih baik. Jangan sesekali abaikan pasangan bila dia luahkan masalahnya. Jadilah pendengar yang terbaik.
6. Sentiasa Mengaku Salah
Setiap kali buat salah, mintalah maaf dan bersedialah untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sekali merasakan diri tidak sentiasa betul setiap masa. Kita pun manusia biasa!
Sumber: Keluarga.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!