Wanita yang miliki saiz badan yang agak besar atau plus size pastinya ingin terlihat anggun dan mempesonakan saat bergelar raja sehari. Masalah yang sering dialami bagi mereka adalah gaya atau busana paling tepat agar tampak langsing dan bergaya.
Lima tip atau cara ini membantu wanita plus size agar tampak langsing dan menyerlah di majlis kahwin.
Pemilihan busana dengan cetusan sexy shoulder membiaskan ilusi terbaik pada bahagian atas badan terutamanya bagi yang mempunyai rangka bahu yang besar dan lebar.
Pilihlah sama ada bukaannya hanya melewati paras bahu (off shoulder) mahupun sehingga ke pangkal dada. Potongan kolar berbentuk v-shape juga sesuai dan akan memberikan kesan leher yang lebih jinjang.
Busana akan tampak lebih indah dengan disusuli rekaan lengan daripada fabrik renda Perancis polos, hanya hujung lengan direka sulam sedikit sarat.
Sekiranya anda memilih fabrik atau busana yang mempunyai corak atau motif, elakkan daripada memilih motif horizontal dan saiz motif yang terlalu besar.
Sebaiknya pilihlah busana bermotif garis-garis vertikal, ini secara tidak langsung menampakkan tubuh gempal lebih tinggi dan ramping. Biasan garisan-garisan yang dihasilkan mencetuskan ilusi yang lebih langsing dan kurus. Tip ini mungkin kelihatan kecil, namun mempunyai pengaruh yang sangat besar secara visual.
Memilih aksesori yang sesuai tidak kurang pentingnya untuk penampilan yang lebih menyerlah. Pemilihan aksesori, tas dan kasut yang tepat sangat penting bagi memastikan penampilan agar anda tidak kelihatan terlalu sarat dan berat.
Kebanyakan wanita mengalami kesulitan menggunakan kasut yan terlalu tinggi, jadi pilihlah kasut yang tidak terlalu tinggi atau gunakan kasut dari jenis wedges. Kasut yang agak tinggi akan memberi kesan tubuh yang lebih jinjang bagi orang yang bertubuh gempal.
Dari segi pemilihan fabrik pula, wanita plus size perlu memilih fabrik yang lebih lembut dan polos seperti sifon, sutera atau satin yang tidak terlalu berkilat. Elakkan daripada memilih fabrik jenis jersi atau fabrik jenis melekat di tubuh kerana ia akan menampakkan lagi susuk tubuh badan anda yang gempal itu.
Anda juga disarankan supaya memilih jenis fabrik yang lebih berat kerana ia bakal menghasilkan siluet yang lebih kemas dan terletak.
Tip terakhir yang tidak kurang pentingnya dalam tip memilih busana bagi wanita plus size adalah dengan memahami bentuk tubuh badan anda sendiri.
Sebagaimana yang kita ketahui, wanita bertubuh curvy juga memiliki bentuk tubuh beragam. Oleh itu, pemilihan busana yang sesuai dan tepat turut menentukan kecantikan dan keanggunan penampilan anda di hari bahagia.