assalamualaikum abah qilah…
tentang isu berpoligami… sebenarnya… just for sharing…
Abah saya peniaga. Mak saya hidup berpoligami sejak sekian lama. Walaupun kehidupan mak tak susah dari segi material sebab abah sediakan cukup, tapi saya membesar dengan melihat emosi mak jadi sangat sukar difahami.
Mak bertukar jadi moody, emotional dan mudah marah. Mak tak boleh terima pengkhianatan abah tapi malangnya waktu tu Mak bergantung sumber kewangan daripada Abah saja.
Yang lebih malang lagi, mak tak mampu nak tinggalkan Abah walaupun hati Mak sakit. Mak sedara cakap, Mak kemurungan dan pernah cuba bakar rumah.
Saya tak ingat kejadian ni tapi saya tahu mak banyak menderita kerana soal ini. Saya melihat hubungan Mak Abah yang semakin buruk dan mereka melalui fasa yang sangat menekan perasaan kami sebagai anak-anak.
Mak bantu abah uruskan perniagaan. Mak percayakan abah 100% soal menjaga keuntungan perniagaan. Akhirnya? Abah kongsikan hasil penat lelah mak bersama wanita lain.
Mak tertipu dan dicurangi sehelai sepinggang. Mak terpaksa bina segala-gala bermula daripada awal balik.
Kejadian ini mengajar saya. Sebab itu saya sangat perahsia dan penakut dalam banyak hal. Sejujurnya trauma tu ada dalam diri saya.
Saya tak pernah dedahkan aset saya keseluruhan kepada suami saya dan sesiapa pun. Sebab saya fikir tidak mahu mengulangi kehidupan seperti Mak saya. Saya fikir dalam dunia ini saya tak perlu mempercayai sesiapa 100%.
Sejak abah berpoligami, abang sulung saya mula buat hal sendiri. Kakak saya marahkan abah dan time tu saya paling kecik sebab dua adik belum lahir lagi.
Saya membesar melihat kemarahan mak dan saya menjadi tempat mak meluahkan segala emosi. Tersilap sikit, Mak akan pukul saya. Saya lari ke rumah nenek dan nenek selalu ajar saya untuk memaafkan dan bersabar.
Alhamdulillah dua kualiti ini menjadi sikap saya hingga sekarang. Memaafkan dan bersabar. Simpan perasaan dan bina kebahagiaan sendiri tanpa mengharap pada sesiapa.
Mak dan abah luaran nampak seperti pasangan sempurna hakikatnya dalam perhubungan mereka banyak kepincangan kerana isu poligami ini.
Banyak eksiden yang berlaku dan tak sanggup nak dikenang pun. Tapi saya tahu dan belajar bahawa, setiap wanita tak perlu meletak 100% kebergantungan dan kepercayaan kepada suami.
Tak boleh! Setiap wanita perlu berdikari. Belajar bangkit dan memilih untuk kebahagiaan diri.
Ya, poligami dalam masyarakat hakikatnya nampak indah dan menarik.
Lambat atau cepat jika tidak dikawal ianya menjejaskan keindahan berumahtangga. Dan untuk pengetahuan abah Qilah hingga hari ini selepas puluhan tahun Abah saya masih memiliki dua isteri.
Mak hakikatnya terlalu terikat untuk tinggalkan abah walapun Mak dan madunya tak pernah berbaik. Entahlah.. mungkin ada hikmah yang saya belum nampak bila abah berpoligami. Wallahuallam…