Adik’s Pertama Begedil Kulit Popia by @adikfoods
ORIGINAL RECIPE, SEDAP DAN MUDAH!
Tak guna tauhu kering pun boleh.
Kulit popia senang disimpan dan tahan lama, jadi kita boleh buat bila-bila masa sahaja.
.
Bulan Ramadhan dah tinggal beberapa hari lagi, kali ini tiada pasar Ramadhan. Jadi simpan resepi ini, nanti boleh buat.
Check AdikFoods Highlight untuk ketahui di mana untuk dapatkan produk Pertama Spring yang terdapat 3 size:
Plain- 8.5 inci
Plain- 7.5 inci
Plain- 5 inci
Ia HALAL & berkualiti PREMIUM
Kekal Segar
Kekal rangup, tahan lama kerangupannya
Boleh digoreng dan dibakar
**media[170074,170075]**
.
Bahan-bahan
Begedil
35-40 keping Pertam kulit popia saiz 5 inci
3 biji kentang – goreng & lenyekkan
300g isi udang- cincang dan stir fry sekejap sahaja
(Boleh guna isi ayam, ketam atau daging)
7 biji bawang merah – hiris dan goreng
3 ulas bawang putih – hiris dan goreng
1 cawan daun bawang dihiris
½ cawan daun sup
1 biji cili merah-buang biji & hiris halus
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 kiub pati ikan bilis
Garam (jika perlu, saya tak letak)
.
3 biji telur
⅓ sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar tepung jagung
.
Sos Kicap
15-30 biji cili padi -goreng & kisar
3 ulas bawang putih-goreng dan kisar
2 cawan air
½ cawan kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar brown sugar
1-2 sudu besar jus limau
1 sudu besar tepung jagung
Biji bijan telah disangrai
.
Campur semua bahan dalam periuk kecuali tepung jagung,jus limau dan biji bijan
Masak hingga kuah dan cili terasa masak dan pekatkan dengan air tepung jagung
Tutup api, masukkan jus limau dan biji bijan
Sumber : Facebook adikfoods
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI