Potong PULUT KUNING Ganti Kek Kahwin, Ni Resepi Lazat Dan TAK MUDAH BASI!

Share

Setiap kali ada majlis persandingan, yang paling ditunggu-tunggu adalah acara memotong kek. Bertingkat-tingkat kek tu bukan senang nak buat. Bila ditempah, harganya pula bukan murah. Ramai yang memilih untuk menggantikan kek kahwin dengan pulut kuning. Dahlah sedap, harga pun murah. Buat sendiri je!

 

Perkongsian reseipi dari Puan Maz Samad ni mudah sangat nak disediakan. Mana yang rajin, bolehlah buat bertingkat-tingkat. Nak bentuk apa pun boleh sebab kita buat sendiri di rumah. Jom kita tengok resipinya.

 

Tips Pulut Kuning tahan lama tidak mudah basi
1) Rendam beras pulut dengan air sejuk
2) Masukkan dua tiga biji garam kasar
3) Rendamkan asam keping bersama beras pulut
4) Rendam sekurang-kurangnya selama enam jam
5) Pastikan sebelum direndam, bersihkan beras sehingga air jernih. Kemudian baru direndam.
6) Semasa rendam, masukkan dua sudu kunyit serbuk.
Kaedah Kukus Beras Pulut
1- Kukus pertama
Beras pulut di campur bersama sedikit minyak masak dan dikukus selama 10 minit.
2. Air Kukusan
Pastikan air kukusan betul-betul mendidih baru diletakkan pengukus beras pulut. Letakkan tiga atau empat helai daun pandan di dalam air pengukus supaya wap air naik ke permukaan.
3. Semasa mengukus
Step kukusan Pertama 10 minit
Rehatkan seketika sebelum mengukus kali ke-2
Step kukusan Kedua 20 minit – Pulut di campur bersama 1/2 cawan Minyak @ Majerin
Pewarna Kuning Telur
200ml Santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
4. Beras Pulut nampak berkilat
Campurkan sedikit minyak atau majerin supaya pulut nampak berkilat. Campurkan sedikit pewarna kuning telur untuk menaikkan ‘seri’ pulut kuning. Walaupun pulut kuning nampak berbiji-biji namun ia tetap lembut dan sedap.
Dah siap pulut kuning, jangan pula lupa sediakan rendangnya. Tak perlu dihiaskan atas atau tepi pulut kuning pun. Lepas habis acara memotong pulut kuning, bolehlah hidangkan pulut kuning itu bersama rendang secara berasingan.
Selamat mencuba dan selamat berjimat!
Kredit: Facebook Maz Samad
Published by
Anis Nor