Praktikkan 5 Amalan Romantik Cara Nabi Ini, Pasti Rumah Tangga Tambah Bahagia!

Share

Perkahwinan yang romantik pasti menjadi idaman setiap pasangan yang berumah tangga. Walaupun sudah sekian lama menjadi pasangan suami isteri, amalam romantik perlu dipraktikkan oleh setiap pasangan agar rumah tangga yang dibina sentiasa mekar dan dipenuhi kasih sayang. Islam juga amat menggalakkan amalan romantik ini dan ia juga merupakan sunnah Nabi.

Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah SWT membimbing Baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang dan pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara Baginda dan isteri-isterinya.

Jom kita lihat antara amalan romantik cara Nabi SAW yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan anda sebagai pasangan suami isteri.

1. HANTAR ISTERI KELUAR RUMAH

Seperti yang dilakukan Rasulullah SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Baginda berkata, “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu ( menemani sampai ke pintu ).”

2. SUAPKAN MAKANAN

Bagi menambahkan romantis kepada isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Seperti mana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.”

Walaupun hadis ini berkisarkan mengenai pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?

3. MANDI BERSAMA

Baginda pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa: “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad SAW dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim bersama pasangan.

4. PANGGILAN MANJA

Sehinggalah ayat cinta terukir daripada bibir seorang Nabi SAW dengan memanggil panggilan manja kepada isterinya. Suara indah memangil Ya Humaira kepada Aisyah yang bermaksud Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah. Ini membuatkan ikatan itu menjadi lebih intim.

Ada kalanya Baginda memanggil Aisyah dengan singkatan manja Ya Aisy yang bermaksud kehidupan ketika beliau menyampaikan salam daripada malaikat Jibril untuk Aisyah ra. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan Baginda.

5. BAWA ISTERI BERSIAR-SIAR

“Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.” Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah ra tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Published by
Fadhli Ismail