Umur bukanlah pengukur untuk menentukan kematangan seseorang itu. Sebaliknya, cara berfikir dan sikap rasional dalam melakukan sesuatu perkara adalah lebih penting dalam membentuk individu yang berfikiran matang, begitu juga apabila berbicara soal cinta.

Sikap matang amat perlu dalam hubungan percintaan. Ini kerana hubungan akan menjadi lebih baik sekiranya pasangan mempunyai sifat matang dalam perhubungan. Kematangan kedua-dua pasangan akan membentuk jalinan atau hubungan yang lebih erat dan pastinya apa jua masalah yang bakal tiba dapat diselesaikan dengan baik.

Namun, bagaimanakah untuk menjadi seorang yang matang dalam bercinta? Jom Pesona Pengantin kongsikan 8 tip mudah yang boleh dipraktikkan untuk anda menjadi pasangan yang matang dalam percintaan!

1. BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN

Orang tua pernah berkata, “Pengalaman mematangkan lagi seseorang”. Ya, betul! Setiap orang mengalami pengalaman berbeza. Cuba ambil masa untuk muhasabah diri dan ingat kembali apa kesalahan dan kesilapan yang anda telah lakukan dengan cinta anda dahulu. Cuba perbaiki diri anda untuk menjadi sang pencinta yang baik.

2. MENAMBAH ILMU

Praktikkan 8 Tip Mudah Ini Untuk Jadi Matang Dalam Hubungan Cinta!

Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Ilmu akademik mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu dititikberatkan. Menonton rancangan bercirikan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.

Ads

3. BERGAUL DENGAN ORANG YANG LEBIH DEWASA

Anda tidak akan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan anda sahaja. Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan anda. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.

4. MENGUBAH GAYA “BER-SMS”

Praktikkan 8 Tip Mudah Ini Untuk Jadi Matang Dalam Hubungan Cinta!

Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?, makan apa?”, “awak betul-betul sayang saya?” atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”, dan sebagainya. Zaman bercinta monyet di sekolah dahulu bolehlah sebabnya waktu itu nak eja nama pun belum tentu tahu lagi. Inikan pula nak memahami maksud dan nilai cinta.

Ads

5. ELAK BERCINTA 24 JAM

Bukan anda seorang sahaja yang dilamun cinta. Dan jangan disebabkan cinta, tanggungjawab anda sendiri diabaikan. Anda bukan lagi di peringkat sekolah rendah. Tanggungjawab meningkat selaras dengan peningkatan usia. Kalau dahulunya, anda ke universiti untuk belajar tanpa memikirkan soal kerja dan duit.

Tapi sekarang, anda sudah berada di alam pekerjaan iaitu alam dewasa. Banyak tanggungjawab terletak di atas bahu anda. Sesekali ambil masa untuk SMS si dia d iwaktu rehat tidak salah cuma bukan 24 jam berSMS.

6. MEMBACA SURAT KHABAR

Praktikkan 8 Tip Mudah Ini Untuk Jadi Matang Dalam Hubungan Cinta!

Ads

Maksudnya membaca keseluruhan isi akhbar itu dan bukan kolum hiburan atau sukan sahaja. Dan yang paling penting tahu tentang isu semasa yang berlaku sekarang.

7. UBAH PENAMPILAN

Kalau dahulu, anda mungkin tidak mengendahkan penampilan anda setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki. Dengan memakai t-shirt round-neck yang bergambar ‘hantu’ ditambah dengan jeans yang berkoyak-koyak di bahagian lutut. Oh, anda nampak sangat selekeh di mata orang ramai terutama pasangan anda. Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah nampak lebih ayu.

8. BERSIKAP PROFESIONAL

Praktikkan 8 Tip Mudah Ini Untuk Jadi Matang Dalam Hubungan Cinta!

Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa inginkan gelak dan bergembira ke dalam bercinta. Ya, tidak dinafikan semua orang inginkan kecerian yang diriingi gelak tawa dalam perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya. Anda perlu tahu bahawa ada masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dan profesional dalam bercinta.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI