Kalau anda suka makan puding roti, anda mesti cuba buat ‘Puding Roti Kayangan’ ini. Makan pula sejuk-sejuk ketika berbuka puasa dengan suami tercinta, tentulah nikmatnya tidak terkata.
Resipi Puding Roti Kayangan ini pula berbeza dengan puding roti yang biasa kerana bahan utamanya menggunakan roti coklat berkismis. Mungkin sebab itulah nama resipinya ‘Puding Roti Kayangan’.
Berikut resipi Puding Roti Kayangan seperti yang dikongsikan oleh Munirah Jasamai
PUDING ROTI KAYANGAN
Bahan Puding Roti:
* 2 kotak susu coklat
* 2 biji telur
* 1 bungkus roti coklat kismis
Bahan Sos:
* 1 tin susu cair
* 1 tin air
* 1/2 sudu tepung jagung
* 1 sudu tepung kastard
* 5 sudu gula
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Lapik dulang dengan kertas penaik.
2. Penyekkan roti di dalam dulang.
3. Pukul 2 biji telur bersama 2 kotak susu coklat hingga sebati.
4. Tuang di atas roti, biarkan terendam dan kembang seketika.
5. Bakar pada suhu 180c selama 10 minit.
6. Sejukkan dan masukkan di dalam peti sejuk.
Cara buat sos:
1. Campurkan susu cair, air (tin susu), 1/2 sudu tepung jagung, 1 sudu tepung kastard dan 5 sudu gula.
2. Masak dengan api perlahan, kacau sehingga pekat dan kental.
3. Sejukkan dan masukkan di dalam peti sejuk.
4. Potong roti dan hidangkan bersama sos berkrim.
Kredit: Facebook Munirah Jasamai
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr Say Ulas Topik Anak Ramai, “Isteri Jadi Garang Sebab Penat, Suami Jangan Dungu, Bantulah Isteri”
Baru-baru ini tular satu perkongsian oleh seorang suami yang ingin menceraikan isterinya kerana terlalu garang sejak mengandung anak kedua. Si suami memilih untuk bercerai kerana isterinya dikatakan tidak lagi lemah lembut seperti ketika dia mula mengenalinya semasa belum berkahwin dulu.
Alasan lelaki ini untuk bercerai semata-mata kerana isterinya garang, selalu marah sambil menjerit pada anak sulung dan tidak lagi lemah lembut memang tidak boleh diterima akal. Ada banyak faktor yang perlu diperhatikan. Bukan hanya sekadar menyalahkan pihak isteri sahaja.
Terpanggil untuk memberi respon tentang topik yang hangat diperkatakan ini, berikut ulasan yang diberikan oleh Dr Say Shazril Shaharuddin
Topik: Anak Ramai, Bini Mengilai, Suami Minta Cerai
Memandangkan 47% pilih topik ni jom kita ulas lagipun. I am in this situation yakni beranak dua, dua-duanya lelaki dan anak sulung saya autistic kiranya mencabar habis dah.
Bukan in this situation tang bini mengilai tu naa. Dalam kes saya, bini saya memang bukan seorang yang lembut sebelum kahwin. Beliau seorang yang firm, competitive dan logical tapi i marry her for that.
Saya tak suka yang lemah lembik nak makan mana direplynya “urmm ikut u lah”, nak pergi mana “urmm ikut u lah” yg takde ketetapan hati & tak visionary. Tapi bini saya sedikit “loud”. Kita sembang sebelah dia, dia reply macam pakai airpods, cukup lantang.
Tambahan wanita kalau awal-awal dah tak lembut, apetah lagi bila ada anak ahaha. Tapi looking back, bila ada anak dua ni, bini saya lebih lembut berbanding masa ada satu anak dulu.
Mungkin masa satu anak dulu, kami takde experience membesarkan anak tu, tak tahu apa tanggungjawab masing-masing, saya in denial yang anak saya autistic, saya tiada manager dan saya ralit dengan Mobile Legends.
Banyak kali jugak bini menangis break down sebab tekanan dan sebab suami ibarat kerja di pelantar Kemaman. Diminta cerai oleh bini toksah bilang berapa kali mujur talak tak jatuh kat wanita kalau tak hidup mati balik pun saya tak boleh kawin dengan dia.
Apa yang saya pelajari dari incident ni adalah, sejauh mana kita tengok betapa kuatnya isteri kita, everyone has their limit. Indicator dia simple, kalau wife banyak tinggi suara, itu tandanya mereka penat, as easy as that.
Dan kita sebagai suami janganlah jadi dungu hanya ber-huhu instead ringankan mana yg perlu. Bini masak, kita kemas. Bini bagi anak makan, kita mandikan anak. Bini tidurkan satu anak, kita tidurkan satu lagi anak.
MARRIAGE IS A TEAMWORK. Coming together is a beginning, keeping together is progress, working together is success. Alhamdulillah bini sekarang lebih tenang, perkahwinan kami lebih riang, tu yg kami rasa kami mampu menimang. What say u on this topic? Ke patut je suami-suami ceraikan bini-bini singa+naga+serigala ni?
Sumber: Dr Say Shazril Shaharuddin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenal Suami Melalui Gelandangan, Cinta Terus Berputik Hingga Ke Jenjang Pelamin. Majlis Kahwin Pun Unik!
Sudah agak lama kita tak nampak pengantin yang mengadakan majlis resepsi dengan bertemakan Melayu Klasik. Kalau zaman mak-mak kita dulu, datang majlis kahwin pun makan bersila. Tetapi lain pula dengan pasangan Nur Hidayah Muzaffar dan Mohamad Faimi Fuad, 33. Mereka mengetengahkan konsep dulu kala untuk majlis resepsi.
Istimewanya tentang pasangan ini bukan hanya pada majlis tetapi kisah mereka berkenalan juga sangat berbeza.
“Saya berkenalan dengan suami melalui seorang gelandangan bernama Pak Din. Ketika itu suamilah yang menguruskan makanan, pakaian dan tempat tinggalnya, sungguhpun mereka tiada pertalian darah. Saya pula ketika itu menjalankan perniagaan gunting rambut di Kampung Hulu Melaka. Setiap bulan saya akan memberikan perkhidmatan potong rambut percuma kepada Pak Din. Dari situlah saya mula kenal suami. Dan kerana sikap prihatin suamilah saya memilih dia menjadi teman hidup.”
Balai Adat Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka menjadi lokasi untuk merealisasikan konsep perkahwinan impian. Majlis akad nikah dan resepsi telah diadakan pada 10 Oktober 2022 dengan wang hantaran sebanyak RM10,000.
“Hantaran kami tidak seperti orang lain, yang beri barangan keperluan seperti handbag dan sebagainya. Untuk saya, pihak lelaki hanya memberi satu set perhiasan emas.” tulis Hidayah.
“Saya memilih tema ini kerana ingin mengangkat budaya Melayu klasik yang cukup unik, mengikut adat, istiadat serta memilih untuk berbusana klasik agar ia tidak terus ditelan zaman.”
Untuk majlis ini, pengantin perempuan kelihatan sangat anggun bersongket, lengkap bersanggul lintang mengikut adat perkahwinan Melaka yang kian dilupakan. Menurut Hidayah, majlis diadakan sepenuhnya mengikut adat orang dulu-dulu.
“Dari hidangan sehingga ke hiasan pelamin semuanya mengikut konsep. Tetamu yang hadir makan bersila sepanjang majlis berlangsung. Lebih unik, bukan sahaja keluarga pengantin, malah tetamu yang hadir juga lengkap berbaju Melayu lama dengan memakai capal, tengkolok, dan bersongket.
Di sekitar dewan majlis pula terdapat gelangang silat dan lima buah rumah pahlawan melayu Melaka, perigi Hang Tuah dan muzium dengan artifak sejarah perkembangan Melaka. Tidak cuma itu, bilik pengantin juga indah dihiasi kelambu dan katil besi peninggalan arwah nenek lebih dari 100 tahun. Majlis juga diserikan dengan persembahan tarian, pemuzik asli serta persembahan silat dari Institut Warisan Melaka.”ujarnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Perkara Yang Perlu Diperhatikan Sebelum Mencukur Rerambut Di Bahagian Organ Intim
Setiap wanita tentu selalu ingin tampil cantik, menarik dan mengesankan di hadapan diri sendiri atau orang lain. Apalagi, jika di hadapan suami, seorang wanita akan berusaha menjadi secantik mungkin.
Agar terlihat cantik, segala perawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki akan dilakukan termasuk perawatan untuk daerah organ intim. Salah satu perawatan untuk daerah intim ini sendiri adalah mencukur rerambut di sekitar organ intim.
Ramai wanita memang memilih untuk mencukur rerambut sekitar organ intim agar penampilan bahagian tersebut akan semakin menarik.
Tidak hanya membuat penampilan makin menarik, mencukur rerambut di sekitar organ intim rupanya juga sangat baik untuk kesihatan organ intim.
Namun sebelum mencukur rerambut di sekitar daerah organ intim, disarankan untuk tidak hanya mencukurnya terus.
Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Hal tersebut antara lain adalah:
Pencukur Yang Tepat Dan Berfungsi Dengan Baik
Ketika hendak mencukur rerambut di sekitar organ intim, sangat disarankan agar kita memiliki alat cukur yang tepat, berfungsi baik, bersih dan masih tajam. Dr. Heidi Waldrof dari Mount Sinai Hospital New York mengungkapkan bahawa penting untuk memilih alat cukur yang tajam dan bersih. Hal ini agar tidak terjadi iritasi atau melecet saat mencukur. Bukan itu sahaja, pencukur yang tepat dan bersih menghindarkan dari penyebaran bakteria di daerah organ intim.
Gunting Rerambut Sebelum Dicukur
Sebelum mencukur habis rerambut di bahagian organ intim, sangat disarankan agar menggunting rerambut terlebih dahulu. Menggunting rerambut bertujuan agar rerambut yang hendak dicukur lebih mudah dicukur. Semakin pendek rerambut maka semakin mudah untuk dicukur bersih.
Cukur Rerambut Selepas Mandi
Hal selanjutnya yang sangat perlu diperhatikan adalah waktu mencukur. Menurut Dr Heidi, waktu terbaik untuk mencukur rerambut di sekitar organ intim adalah setelah selesai mandi. Kenapa setelah mandi? Menurut Dr Ava Shamban dari UCLA, setelah mandi kulit menjadi lembut. Tidak hanya kulit, rerambut di sekitar organ intim pun juga akan menjadi lebih lembut daripada waktu lainnya. Jika rerambut berada dalam keadaan lembut, mencukur rerambut pun akan semakin selesa dan selamat. Iritasi atau pun melecet juga boleh dihindari.
Gunakan Perapi
Untuk mencegah iritasi atau melecet di sekitar organ intim, disarankan agar memakai sedikit perapi pada rerambut sebelum dicukur. Tujuan memakai perapi ini agar rerambut dan kulit menjadi semakin lembut serta semakin mudah untuk dicukur.
Itulah beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum mencukur rerambut di bahagian organ intim. Selain itu, perkara lain yang sangat perlu diperhatikan adalah perawatan selepas mencukur dan perhatikan celana dalam yang harus digunakan setelah rerambut dicukur. Cukurlah rerambut di sekitar organ intim dengan cara yang baik agar kesihatan mahupun kecantikan organ intim dan sekitarnya selalu terjaga. Semoga informasi ini bermanfaat ya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI