Pulang Ke Kampung Sambut Hari Raya Dengan Cara Berjimat

Share

Lebih kurang dua minggu sahaja lagi kita bakal meraikan Hari Raya Aidil Fitri. Pasti masing-masing sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambutnya bersama sanak saudara. Juadah perlu disediakan begitu juga duit raya sedia diperuntukkan. Tentunya poket anda akan terasa mengalir deras dengan pelbagai perbelajaan ini. 

Maka di sinialah anda perlu bijak menguruskan wang cara berhemah. Bagaimana? Berikut disenaraikan tip untuk berjimat cermat.

Ikut bajet yang diperuntukkan untuk berayaPu

Apabila anda telah menetapkan belanjawan untuk Hari Raya, perlulah ikut apa yang anda telah rancangkan. Seeloknya, rancang perbelanjaan anda sebelum bulan Ramadan lagi, terutamanya perbelanjaan-perbelanjaan besar. Buat senarai semak untuk membantu anda tidak tergelincir dari bajet yang ditetapkan.

Masak sendiri juadah berbuka puasa

Semasa dalam perjalanan dan di kampung, tidak dapat dinafikan keinginan untuk membeli juadah di pasar ramadan ataupun berbuka puasa di luar amat tinggi. Tahun ini, apa kata anda masak sendiri juadah berbuka anda. Anda akan terkejut dengan jumlah penjimatan yang bakal lakukan. Tambahan pula, memasak dan makan bersama-sama akan lebih mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga.

Rancang perjalanan anda

Kepada yang menggunakan pengangkutan awam seperti bas, kereta api dan kapal terbang, rancang perjalanan pulang anda sebelum bercuti lagi. Dengan menempah tiket lebih awal, anda dapat berjimat kerana harga tiket kebiasaannya adalah lebih murah, di samping diskaun yang ditawarkan. Andai anda memandu pula, rancang perjalanan anda dengan menyediakan alternatif laluan pulang ke kampung untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Jangan lupa untuk berehat sebentar selepas 2-3 jam memandu!

Tip penjimatan petrol

Jika anda memandu untuk pulang ke kampung, gabungkan perjalanan-perjalanan pendek anda untuk menjimatkan petrol. Untuk penjimatan yang lebih efektif juga, kurangkan memasang penghawa dingin kereta, terutama sekali jika anda memandu dengan halaju yang rendah. Selain itu, jika anda mempunyai rakan-rakan yang menuju ke destinasi yang sama, anda boleh berkongsi kenderaan. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan belanja petrol dan tol.

Gunakan ganjaran kad kredit anda!

Di musim perayaan ini, bank akan menawarkan keistimewaan dan penjimatan eksklusif.  Terutamanya bagi pemegang kad kredit, seperti pelan ansuran 0%, mata ganjaran dan promosi istimewa. Maka untuk lebih penjimatan dan meraih ganjaran, gunakan kad kredit anda, namun ingat anda harus gunanya dengan bijak!

Semoga raya anda kali lebih menjimatkan dari tahun sebelumnya.

https://www.comparehero.my

 

Published by
Putri Adila