Pernah kah anda membeli atau memakai produk kosmetik dan ia kelihatan merah jambu tanpa memakai make up? jika ya, anda perlu berhati-hati dengan produk sebegini. Nampak memang cantik. Tapi tahukah anda, ianya mungkin kesan daripada steroid.

Kesan steroid boleh menipiskan dan mencerahkan kulit seawal 2 minggu. Dengan kulit yang nipis bahagian bawah kulit yang mempunyai salur dan kapilari darah lebih terdedah dan memberikan warna pink di permukaan kulit.

Image result for steroid produk kosmetik

Keadaan ini BUKAN satu kecantikan. Ianya satu keadaan kulit yang boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang teruk. Penipisan kulit akan meningkatkan lagi penyerapan steroid ke dalam badan dan memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan.

Ramai wanita sangat obses kepada kulit putih dan cerah. Namun obsesi ini adalah punca kepada semakin banyaknya produk kosmetik di pasaran yang mengandungi bahan terlarang.

Ada syarikat kosmetik tanpa segan silu membahayakan kesihatan pengguna dengan meletakkan steroid di dalam produk mereka secara senyap.

Untuk mengelakkan daripada menggunakan produk yang bahaya, pengguna sentiasa disarankan untuk menyemak produk mereka di laman web NPRA.

Dan jika anda alami simptom ini, mohon untuk dapatkan rawatan secepat yang mungkin.

 

 

 

 

 

 

Sumber : Public health malaysia