
Rona putih menggambarkan kesucian dan keluhuran hati bakal mempelai. Dengan gabungan hiasan manik dan juga bunga artifisial semestinya menyerlahkan gaya romantis.
Dulang hantaran juga tidak perlu aksesori atau gubahan yang terlalu sarat. Cukup hanya minimalis.
TIP: Tidak perlu diletakkan pelapik dulang, cukup unik jika memilih jenis dulang yang punya aura tersendiri dalam mempamerkan gaya ukirannya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Chrome Bukan Emas Putih, Jangan Tertipu Ketika Jual Emas Nanti

Buat masa ini, emas akan menjadi topik panas bagi kebanyakan rakyat Malaysia, namun peningkatan harga menjadi logam berharga ini lebih mahal. Malah, dagangan dalam talian juga kurang aktif disebabkan harga tinggi dan rakyat lebih memilih keperluan asas ketika PKP. Namun atas desakan itu, jika anda mahu menjual emas, jangan sampai tertipu ya. Tambah ilmu dan pastikan anda mendapat hak anda yang selayaknya!

1. Awas, strategi untung lebih!
Pergi ke kedai emas, tunjuk gelang ada chrome putih. “Ini talak laku. Ambik murah-murah saja. Kalau jual tempat lain, orang tak ambik.” Sebenarnya itu adalah strategi mereka untuk mendapat untung lebih. Sepatutnya emas yang ada calit putih itu sama saja harganya. Melainkan kalau ada batu, permata, barulah ianya diasingkan dan hanya emas sahaja yang ditimbang.
2. Chrome bukan emas putih
Yang calit-calit putih itu sebenarnya chrome, bukan emas putih. Chrome = saduran cat ke atas emas. Tukang emas letak chrome pada barang kemas agar ia nampak cantik dan terkini. Bila sampai masanya, cat chrome itu akan hilang dan kembali kepada warga emas yang asal.
3. Harganya sama saja
Ramai orang salah faham kalau barang kemas yang ada chrome itu tidak bernilai bila dijual semula. Ramai yang beranggapan barang kemas yang ada chrome itu lebih mahal dari barang kemas yang tiada chrome. Sepatutnya harganya sama sahaja.

4. Antara emas putih dan platinium
Emas putih pula adalah emas yang mengalami proses pelunturan atau ‘bleaching’. Emas putih dicampurkan dengan logam nikel bagi menampakkan ia seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum kerana platinum memerlukan suhu yang tinggi untuk meleburkannya.
Kualiti emas putih adalah 17K dan harganya lebih rendah berbanding emas biasa. Emas putih tidak sesuai untuk dibuat sebagai pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan dan barang kenang-kenangan.
5. Emas kemik atau calar
Isu emas kemik dan calar tidak diterima pun sama juga. Kononnya tidak laku dan mereka ambil murah. Padahal kelak barang kemas itu akan dipatahkan dan dileburkan juga. Sebab itu, ilmu mengenai emas itu penting. Bila kita ada ilmu, kita tidak akan mudah atau senang ditipu dan dimanipulasikan oleh pihak lain. Sebarkan informasi ini dan wujudkan masyarakat celik emas di dalam kalangan kita.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perempuan Bila Dah Kahwin, Masa Untuk Diri Sendiri Pun Tak Ada

Isi Kandungan
ToggleBiasanya perempuan bila dah kawin, ada anak, masa untuk diri sendiri pun dah tak ada. Bukan tak mahu cipta hari bahagia sendiri tetapi tak cukup masa.
Ini yang golongan suami kena faham. Sebab itu lah kena toleransi apabila berkahwin. Sama-sama buat mana yang tak siap, jom baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin kejap.
Perempuan Bila Dah Kahwin
Dah tak sempat nak bergaya macam bujang-bujang dulu. Pakai dan tangkap muat apa yang sempat sahaja. Mekap ala kadar, letak yang asas sahaja dan diri pun dah tak berapa nak wangi dah macam dulu-dulu.
Sibuk nak siang ikan, sibuk nak memasak, sibuk nak buat kerja rumah, sibuk nak mengemas, sibuk dengan anak-anak. Kejap lagi suami balik rumah, sibuk nak layan suami pula.
Bila lah nak ada masa untuk diri sendiri.
Nak rehat, nak lapangkan fikiran, nak tenangkan perasaan, nak hilangkan tekanan. Ingatkan bila anak-anak sudah tidur, suami sudah tidur, boleh lah nak buat semua itu tetapi bila letak sahaja kepala, sedar-sedar sudah pagi.
Berterusanlah hari ke hari macam itu.
Esok-esok ini, laki bunyi: “Isteri dah tak cantik, isteri dah berubah bentuk, badan isteri dah tak macam dulu.”
Tetapi suami tak pernah perasan pula yang isteri itu rehat pun tak sempat, tak cukup.
Apatah lagi nak ada masa utk diri sendiri, memanjakan diri sendiri.
Bagi Isteri Me Time
Cuba dalam seminggu itu, bagi isteri off memasak kejap dalam 2 hari. Tak kisah lah hari apa pun, tapi untuk hari itu kena gantung kuali dan biar dapur tak berasap. Lauk suami beli untuk sarapan, tegah hari dan malam.
Suami pula duduk rumah, tak keluar mana-mana. Suami handle anak-anak, suami uruskan anak-anak untuk sehari. Ambil 1 pakej spa untuk isteri, 2 jam ke, 3 jam ke, suruh isteri pergi rehat dan relaks.
Bila bagi ruang ini, auto isteri dapat pulihkan mental, fizikal dan emosinya.
Isteri kita itu penat sebenarnya. Tetapi dia tak boleh rehat sebab kalau rehat, tak ada siapa yang nak buat kerjanya. Itu sahaja kenapa dia buat kerja tanpa henti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Perkara Isteri Mahukan Daripada Suami. Kalau Suami Faham, Confirm Isteri Happy!

Semua isteri sukakan belaian daripada seorang suami. Bukan mengada-ngada tapi sikap manja inilah yang membuatkan isteri bertambah sayang kepada suami, bahkan mengeratkan lagi hubungan suami isteri agar kekal romantik dalam rumah tangga.
Walaupun suami sudah menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri, itu bukan bermakna tugas anda sudah selesai. Sebagai suami anda haruslah memahami apa yang isteri inginkan daripada anda. Selain belaian, ada 10 perkara yang isteri mahukan daripada suaminya.
1. Seorang isteri biasanya inginkan perhatian sepenuhnya suami terhadap dirinya. Isteri akan susah hati apabila anda mula beri perhatian selain dirinya terutama apabila anda memuji wanita-wanita lain.
2. Seorang isteri inginkan suaminya meluangkan waktu bersamanya berbanding lepak di luar bersama rakan-rakan.
3. Seorang isteri mahukan komitmen daripada suami terutama apabila melibatkan hal keluarga. Sikap suami yang selalu lepas tangan akan menyebabkan isteri rasa tertekan. Secara tidak langsung, hubungan suami isteri akan mula menjauh antara satu sama lain.
4. Seorang isteri mahu suaminya selalu memuji dan memikat dirinya. Sikap isteri yang mahu dipuji bukanlah bermakna isteri itu bersikap gedik dan sebagainya tetapi dia cuma mahu dirinya dimanja dan dibelai suaminya.
5. Seorang isteri mahu suaminya sentiasa bersikap romantik terhadap dirinya. Setiap hari dia pasti berangan-angan si suami akan kejutkan dia dengan hadiah seperti bunga dan sebagainya. Wanita sangat suka pada perkara kejutan.
6. Seorang isteri juga mahu si suami selalu berbual dan bertukar pendapat dengan dirinya. Apabila berkahwin, isteri sebenarnya telah beri 100 % komitmen terhadap diri anda. Jika anda tidak berbual dengan isteri anda, tidak ada yang akan berbual dengannya. Oleh itu, rapatkan diri anda dengan isteri anda dengan selalu berkomunikasi dengannya dalam pelbagai hal.
7. Seorang isteri sentiasa mahukan suami yang memahami dirinya. Dia mahu suaminya selalu menyelami hatinya.
8. Seorang isteri mahu suaminya sentiasa menggoda dirinya dan rasa seronok melakukan hubungan seks dengannya.
9. Seorang isteri mahukan seorang suami yang sentiasa menghargai dirinya. Maksud dihargai itu bukanlah suami perlu beri hadiah pada setiap masa. Ucapan terima kasih juga sudah memadai kerana isteri selalunya ikhlas berkhidmat terhadap keluarga.
10. Seorang isteri mahukan suaminya sentiasa beri sokongan terhadap dirinya. Dia mahukan suaminya percaya akan dirinya berbanding percaya pada orang lain.
Semoga perkara-perkara di atas dapat membantu anda untuk lebih memahami isteri anda.
Sumber : Pakar Diari Hati
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI