Memilih sekat WhatsApp isteri bila bertengkar, Raffi Ahmad menggunakan cara ini kerana tidak mahu pergaduhan jadi semakin besar dan hubungan lagi keruh.
Kalau ikutkan setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menjaga hubungan suami isteri. Namun pilihlah cara yang terbaik, setelah anda tahu hubungan akan makin jernih setelah bertindak sedemikian.
Disarankan oleh Rasulullah SAW, jika salah seorang dari kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu yang dikehendaki), jika tidak hendaklah ia berbaring. – [HR Abu Daud 4151]. Bahkan seseorang yang sedang marah disarankan mengambil wudhu untuk meredakan kemarahannya.
Bagi selebriti Raffi Ahmad, dia mempunyai cara tersendiri elak gaduh dalam rumahtangga. Dia mengakui tidak selamanya dia dan isteri, Nagita Slavina terlihat romantis seperti dipaparkan di media massa dan mereka juga bertengkar seperti pasangan suami isteri yang lain. Namun keduanya memiliki cara yang berbeza untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
Nagita Slavina mengakui dia gemar menulis whatsapp panjang-panjang untuk meluahkan segala apa yang terbuku di hatinya. Dia gemar menumpahkan perasaan kesalnya itu melalui tulisan berbanding bergaduh depan-depan.
Tapi malangnya segala curahan hati dan kekesalan TIDAK DIBALAS walau dia menulisnya panjang-panjang, katanya yang berkongsi kisah ini di saluran YouTube Trans TV Official beberapa hari lalu.
Namun Raffi Ahmad mempunyai sikap berbeza. Dia mengambil pendekatan untuk menyekat whatsapp isterinya dan langsung tidak membalas atau melayan emosi marah isterinya itu. Ini satu cara mengelak pertengkaran jadi lebih besar dan melarat.
Bagi Raffi sendiri, daripada terus melayan situasi yang mungkin boleh jadi makin buruk, lebih baik dia diam seketika, Lagi pun ada banyak lagi benda lain hendak difikirkan.
Begitulah, jika anda pun selalu bertelagah dengan pasangan, mungkin boleh cuba tip Raffi ini untuk menjernihkan keadaan atau salah faham.
Sumber :- Liputan6