Berikut beberapa perkara yang perlu anda berikan perhatian agar keadaan badan anda tetap fit dan wajah anda tetap nampak berseri di hari bahagia itu nanti.
Rehat Secukupnya
Dengan istirehat dan tidur yang mencukupi membuatkan badan anda serta stress yang mungkin anda alami berada pada tahap terkawal. Wajah anda juga akan kelihatan lebih cerah kerana mata panda tidak akan menghiasi wajah anda sekiranya anda cukup rehat dan cukup tidur!
Jangan Lupa Bersenam
Bersenam bukan sahaja akan membuatkan badan anda terasa segar, malahan lebih bersemangat. Lakukan senaman secara rutin dan lihat hasilnya di hari bahagia nanti. Anda pasti akan kelihatan lebih fit dan segar.
Jaga Pola Makan Anda
Untuk tampil segar dan cantik berseri di hari perkahwinan anda nanti, anda perlu menjaga pola makan. Jangan kerana mahu berdiet, anda menghindari pelbagai makanan yang sepatutnya anda nikmati. Ia boleh membuatkan wajah anda nampak kusam dan tubuh badan menjadi lemah.
IKLAN
Info Ekstra!
Tips Diet Buat Bakal Pengantin
IKLAN
Pilih Makanan Sihat
Makan ulam-ulaman, buah-buahan serta sayuran lainnya untuk menjaga kesihatan anda. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga akan membantu tubuh untuk membuang racun-racun yang ada di dalam tubuh serta menjaga tekstur kulit anda.
Kurangkan Masin
Garam boleh membuatkan badan lebih mudah terkena dehidrasi dan juga boleh membuatkan selulit di tubuh anda bertambah teruk.
IKLAN
Hindari Makanan Bergoreng & Berlemak
Makanan tersebut boleh membuatkan badan anda tinggi kolesterol atau boleh membuatkan anda sakit tekak. Sedia maklum, jika kolesterol dalam badan terlalu tinggi ianya sekaligus membuatkan kulit muka mula dipenuhi jeragat dan biji-biji kolesterol di bawah mata.
Kurangkan Pengambilan Makanan Yang Manis
Anda boleh menggantinya dengan buah-buahan segar atau madu untuk memenuhi pengambilan gula dalam tubuh anda. Gunakan gula gantian seperti stevia jika anda jenis yang tidak boleh jika tidak makan makanan manis. Ingat! terlebih gula penyebab penyakit kencing manis.
Minum Air Kosong
Pastikan anda minum air kosong atau air putih untuk menjaga kelembaban kulit anda. Set pada minda anda bahawa air manis TIDAK SEDAP! Amalkan air kosong boleh menjadikan kulit anda seperti bayi sekaligus membantu anda menurunkan berat badan menjelang hari bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampak mudah tapi tidak ramai yang mampu mengungkapnya. Perkataan ‘maaf’ atau ‘sorry’ selalu digunakan bila anda dan pasangan bergaduh atau melakukan kesilapan yang boleh menguris hatinya.
Dalam perkahwinan adalah digalakkan untuk anda dan pasangan berbaik dan sentiasa menyelesaikan masalah anda dengan segera. Jangan terlalu ego kerana ia akan memakan diri. Ini sebab kenapa anda perlu meminta maaf secepat mungkin.
1. Mengalah untuk yang tersayang
Apa salahnya mengalah demi orang yang tersayang bukan? Ini juga telah membuktikan yang anda tidak mementingkan diri sendiri.
2. Dapat menjernihkan hati
Ya, dengan meminta maaf ia boleh menjernihkan hati anda. Tetapi jangan hanya bercakap dimulut malah dihati juga. Buang ego dan dendam anda padanya kerana itu akan lebih menyeksa diri.
3. Meredakan keadaan
Ego dan konflik boleh mulai mereda dengan adanya perkataan maaf yang keluar dari mulut anda dengannya. Luahkan perkataan maaf tepat pada matanya dengan hati yang ikhlas dan anda boleh lihat kesannya.
4. Dapat mengawal ego
Ego juga dapat dihapuskan dengan perkataan maaf. Buang ego anda dan jangan berdendam kerana ia tidak bagus untuk diri. Malah, ego juga mampu mengawal seluruh minda anda jika anda tidak dapat mengawalnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masyarakat sering menjadikan topik berat badan sebagai isu terpenting dalam kehidupan. Walau apa pun tanggapan kita terhadap bentuk tubuh yang kurus dan fit itu nampak cantik dan sihat. Cuba singkirkan fikiran negatif dan hapuskan sikap stereotype terhadap orang lain kerana setiap manusia punya cara tersendiri untuk tampil cantik, sihat dan hebat.
Suatu ketika Izzat Zin pernah mencapai berat badan mencecah sehingga 140 kg, seluar size 46 dia sendiri mengakui betapa sukarnya untuk dia menjalani kehidupan ketika itu. Berfikir panjang mengenang nasib sekiranya dia tidak mahu berubah juga bertindak, mungkin dia kekal seperti itu tanpa ada yang menghiraukan kewujudannya. Dia juga mahu menerima kemesraan serta layanan istimewa seperti mereka yang memiliki raut wajah yang tampan, mahu menyarungkan pakaian indah dari label berjenama serta mendapat pekerjaan yang baik seperti orang-orang lain yang menganggap penampilan fizikal sebagai tunjang utama untuk berjaya.
Apa salahnya menjadi orang yang gemuk? “Ya, saya dahulu juga sering menganggap perkara itu normal, namun masyarakat memandang saiz fizikal yang besar ini sebagai satu isu yang sangat besar bagi mereka serta meletakkan yang gemuk sebagai entiti yang lambat, malas, busuk dan tidak boleh melakukan lebih dari luar keupayaan, lebih menyakitkan bila ada yang melabelkan individu bersaiz besar ini sebagai bahan jenaka yang tiada perasaan. Saya menerima setiap kata-kata orang dengan senyuman, sehingga satu ketika ada sahabat yang berkata, sampai bila saya hendak jadi begini, gemuk, berkulit gelap dan nampak busuk. Kata-kata itu cukup menangkap ke dalam hati sanubari, sangat menusuk dan sedikit mengguris. Itu semua ada benarnya dan dari situlah saya tekad mahu berubah.
Dua tahun berdiet
Saya mula menyusun rencana diet, ketika itu saya berusia 24 tahun dan target pertama saya adalah untuk turun sehingga 100 kg. Apa yang saya lakukan? Saya elak dari mengambil nasi, roti dan segala jenis karbohidrat seperti mee kuning dan mee hun. Saya menikmati oat dan buah-buahan sahaja untuk tempoh itu. Hanya berdiet dan tiada sebarang rutin senaman saya lakukan, hasilnya memang kurus, tetapi kurus yang tidak sihat. Sejak itu barulah saya mula melakukan senaman dan mengatur kembali sistem pengambilan diet agar lebih seimbang. Saya mula mengamalkan pengambilan protein dalam setiap hidangan harian, bersenam secara kerap bagi mendapatkan bentuk tubuh yang lebih fit.
Cabaran
Ketika pertama kali berdiet, cabaran paling sukar untuk dilalui adalah berhadapan dengan orang di sekeliling. Pada mulanya mereka kurang memberi sokongan dan menganggap apa yang saya lakukan sekadar angan-angan kosong, setelah melihat hasilnya barulah mereka memberi lebih sokongan dan dorongan. Bukan mudah untuk mengawal nafsu makan, jadi saya harus disiplin setiap hari agar tidak tergelincir daripada matlamat. Selain itu, cabaran untuk mengekalkan bentuk tubuh dan menjadi lebih baik adalah lebih sukar, jadi tetapkan matlamat dan jangan sesekali kembali semula ke sikap lalu. Ubah segala-galanya dan jadilah orang baru yang lebih positif dan sihat.
Motivasi
Saya pernah kembali gemuk semula, ketika itu saya terlalu selesa sehingga alpa dengan diet dan rutin senaman yang saya amalkan selama ini. Namun pengalaman itu mengajar saya erti diet yang seimbang dan memahami tubuh sebaiknya. Apa menu yang boleh menyebabkan badan mudah naik dan sebaliknya, kini berat saya sekitar 82 kg dan sedang berusaha untuk menjadi lebih fit dan sihat. Banyak faktor yang memotivasikan untuk terus kekal sihat, antaranya melihat orang-orang di bawah jagaan saya mendapat bentuk tubuh seperti yang mereka idamkan. Saya tidak boleh gemuk kerana saya sendiri mengajar dan memberi ilmu mengenai kesihatan, di samping perlu kekal aktif dan mengatur pemakanan yang lebih sihat. Saya sering mengingatkan pelajar saya bahawa kita memang perlu hidup secara sihat, tetapi janganlah sehingga mengabaikan corak hidup yang ceria dan membebankan. Diet secara sederhana dan jadikan diet sebagai satu rejim yang menggembirakan bukan menyiksakan.
Perubahan
Sejak mengalami perubahan fizikal ini, rezeki datang melimpah ruah, selain kesihatan lebih terpelihara. Keyakinan diri juga semakin meningkat dan corak komunikasi saya semakin diterima. Selain itu, badan menjadi lebih ringan dan sangat aktif dalam beriadah, jika dahulu saya seorang yang sangat malas untuk bersenam, kini aktiviti seperti mendaki gunung dan marathon adalah rutin senaman yang kerap kali saya lakukan.
Menu yang saya amalkan
Kini, menu diet yang saya amalkan adalah pengambilan protein dalam setiap hidangan. Selain itu saya juga akan minum minuman protein setiap kali bangun tidur kerana ia bagi memulihkan kembali struktur muscle kita setiap pagi. Tengah hari pula saya akan mengambil sayuran bersama ayam dan malam saya lebih kepada siakap stim ataupun sup ayam kurang minyak dan garam. Saya juga mengambil supplement seperti fat burner, vitamin c, magnesium, teh hijau dan black coffee untuk meningkatkan lagi tahap metabolisme dalam badan.
Tip kurus dan sihat
1.Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, manakala 20% senaman akan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda.
2.Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Jika rasa hampir mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang boleh lakukan.
3.Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stres. Bila stres proses penurunan berat akan terganggu.
4.Lupakan pengambilan nasi, kerana jika disiplin paling mudah ini pun sukar untuk anda amalkan, langkah seterusnya akan menjadi lebih susah kerana nasi adalah karbohidrat yang paling mudah kita dapatkan setiap hari, jadi elakkan dari mengambilnya terus.
5.Baca kisah kejayaan orang yang telah berjaya.
6.Banyakkan senaman kardio yang diselang dengan latihan berat bagi mengelakkan badan menjadi terlalu kurus.
Jangan berfikir negatif; “Everybody have their own struggles”
Diet, diet diet dan bersenam untuk hidup yang lebih sihat, jangan terlalu obses sehingga tidak mahu makan. Amalkan diet mengikut piramid makanan yang seimbang serta lakukan senaman. Untuk permulaan, tetapkan niat dan terus lakukan, jika tiada langkah mula mula, ia akan kekal sebagai angan-angan selamanya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Majlis merisik berlangsung sudah, kini tiba untuk majlis bertunang. Bagi menyediakan barang hantaran untuk majlis bertunang janganlah terlalu mahal. Pilihan untuk barang-barang untuk bertunang kebiasaannya lebih ringkas.
Mengikut adat Melayu, barang hantaran tunang hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).
Antara barang hantaran yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
1.Sirih junjung
2.Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
3.Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
4.Kain songket
5.Sejadah
6.Tuala
7.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
8.Coklat atau manisan lain
9.Kek
10.Potpourri
11.Buah-buahan
Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
1.Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
2.Tepak sirih
3.Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
4.Telekung sembahyang